Cakna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa yang korang faham bila aku sebut perkataan cakna? Cakna atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami adalah ambil berat akan sesuatu perkara. Ambil serius tentang perkara yang berlaku di sekeliling kita. Mengambil berat adalah suatu perbuatan yang jarang-jarang aje manusia mampu lakukan dengan sempurna. Cakna pada diri Agama, diri sendiri, masyarakat dan negara.

kehidupanKredit : Indahnya Kehidupan Berkeluarga

Yang mana satu pilihan hati korang? Ada juga manusia yang cakna tak original. Sengaja dibuat-buat. Hipokrit cakna. Bila dah kantoi, mula la nak bermasam muka. Mula la nak cipta alasan-alasan yang tak munasabah dan tak logik. Untuk apa kita buat semua tu? Untuk dapatkan nama? Ya memang betul. Cakna ni boleh buat kita famous. Tapi lama mana sangatla nak bertahan kan? Sebab tu, kalau rasa diri kita tu tak berapa nak cakna, jangan nak menunjuk sangat.

Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Tepuk dada tanya selera. Benarla kan. Manusia memang tak boleh nampak apa yang terbuku di hati kita. Tapi Allah S.W.T nampak semua tu. Walaupun kecil sekecil zarah, Dia boleh melihatnya dengan terang, jelas dan nyata. Manusia ni akan sedar bila nampak di depan mata aje. Bak kata pujangga, sudah terang lagikan bersuluh.

Sama juga kongsepnya dalam kehidupan kita sekeluarga. Kita sebagai suami memang aku sendiri akui. Masa yang ada agak terhad. Masa untuk mencari rezeki, melayan kerenah anak-anak yang seribu satu macam tu dan melayan kerenah isteri-isteri memang terhad. Tapi kita selaku suami yang baik, suami yang mithali, jarang-jarang sekali ambil cakna juga lah hal di dapur.

Balik kerja, buat muka penat dan stress, terus lepak di sofa. Sedangkan isteri berhempas pulas menyiapkan masakan untuk kita sekeluarga. Anak-anak ajak bermain, langsung tak layan. Panggilan isteri di dapur buat-buat tak dengar pun. Suruh ambilkan lengkuas kita pergi ambil serai. Lepas tu mula lah nak mengamuk dekat isteri. Padahal kita tu yang tak berapa cakna untuk mendengar dengan baik.

Cakna dalam makan nasi goreng Dapat makan macam ni selalu pun, kira bersyukur dah…

Memang tugas dan tanggungjawab isteri sediakan semua tu. Kita hanya melengkapkan aje apa yang kurang. Tapi bila dah sama-sama ada kekurangan, sama-samalah kita saling melengkapkan. Betul tak? Kita sebagai suami mithali ni, jangan suka tuding jari aje. Jangan suka berikan arahan aje. Walaupun kita sebagai ketua keluarga, kita tak berhak untuk buat semua tu.

Apa yang kita buatkan, apa yang kita sedang lakukan sebenarnya itu adalah pemusnah kebahagiaan dalam rumah tangga. Anak-anak pun tak selesa hidup dalam suasana tegang macam tu. Ada masa kita kena bertolak ansur juga. Ada masa kita kena tegas dan berdisiplin. Apa kata korang cuba amalkan 5 Tips Kebahagiaan Dalam Kehidupan untuk menambahkan lagi kebahagiaan korang yang semakin hari semakin pudar tu.

p/s : Dah. Aku tak nak merepek lagi. Orang lelaki bukan niche dia suka merepek. Haha.

61 thoughts on “Cakna

  1. Pingback: 3 Blog Yang Menggunakan Bahasa Indah | KAKI BLOG

  2. Pingback: Tips Elak Keringnya Idea Versi Pondok Kecil - Pondok Kecil

  3. Pingback: 9 Cara Menurunkan Rank Alexa - Pasaran Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge