Cara Buat Akaun Paypal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Paypal merupakan perniagaan e-dagang global yang mana membenarkan pembayaran dan pemindahan wang boleh dibuat melalui Internet. Transaksi wang dalam talian adalah sebagai alternatif elektronik untuk pembayaran melalui kaedah kertas cek dan kiriman wang. Cara untuk membuat akaun paypal tidak merumitkan sepertimana sangkaan beberapa pihak yang menyatakan akaun paypal sukar untuk dibuat. Kebanyakan negara di Malaysia telah mengiktiraf penggunaan akaun paypal.

cara buat akaun paypal

Beberapa hari yang lepas, aku berkesempatan untuk membuat akaun paypal. Sebenarnya sudah lama terdetik di hati. Namun keberanian belum ada disebabkan oleh beberapa faktor ilmu pengetahuan yang belum mencukupi. Namun masa terus berjalan. Setiap detik berharga seandainya dilepaskan begitu sahaja sangat merugikan. Tujuan utama aku membuat akaun paypal ni adalah untuk memudahkan proses penerimaan bayaran oleh syarikat di luar negara yang mana penggunaan paypal diakui lebih selamat dan cepat.

Bahan rujukan yang dijadikan panduan adalah melalui artikel rakan blogger juga. Jutaan terima kasih kepada rakan blogger, Wan Zawawi pemilik blog wazy84 dot com diatas artikel beliau yang bertajuk Cara Daftar PayPal Malaysia. Tidak lupa juga kepada rakan blogger, One Blog Social pemilik blog oneblogsocial dot com diatas artikel beliau yang bertajuk Cara Mudah Membuat Akaun Paypal.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada korang semua. Tanpa artikel korang yang penuh keyakinan itu, tak mungkin aku berjaya membuat akaun paypal. Apabila sesuatu perkara melibatkan penggunaan wang ringgit, melibatkan penggunaan akaun bank, kebanyakan dari korang semua pun akan berhati-hati termasuklah aku. Akhirnya aku sudah memiliki akaun paypal. Banyak lagi yang harus aku pelajari berkenaan dengan penggunaan akaun paypal.

Cara buat akaun paypal :-

Cara membuat akaun paypal sangat mudah. Panduan yang diberikan diatas sudah memadai untuk mereka yang tidak mempunyai ilmu berkenaan dengan perkara ni. Apa yang aku nak kongsikan, berani tanggung risiko dan belajar daripada pengalaman sendiri. Seandainya korang ada pertanyaan dan korang betul-betul nak tanya aku, hubungilah aku di ruangan contact. Aku hanya tolong apa yang aku tahu sahaja. Kalau pertanyaan korang merumitkan, aku tak mungkin dapat menolongnya.

cara buat akaun paypal

Akhirnya berjaya!!!

Dengan adanya akaun paypal ini, aku harap aku aku boleh memberi lebih tumpuan untuk kerja jobdirumah. Tak guna kalau buat akaun paypal tapi langsung tiada manfaatnya. Kan? Entahlah banyak sangat perkara baru dalam dunia perniagaan online. Kalau diikutkan hati ni, nak ber’internet’ dimana sahaja. Dalam tandas internet, mandi internet, makan internet, tidur internet, segala hal ada internet. Bab pengurusan masa, memang aku fail.

p/s : Tanggungjawab mengundi dah sempurna. Jari pun dah diwarnakan dengan warna biru hitam.

56 thoughts on “Cara Buat Akaun Paypal

  1. Gen-Q

    Saya pun dulu terasa begitu… sulit mesti. Ternyata tak begitu sulit ya? Baiklah, jika berkesempatan akan saya cuba. Terimakasih atas sharingnya, sangat bermanfaat sekali (terutaman bagi saya yang belum memiliki account paypal) ^^
    Gen-Q recently posted..Friendships and GiftMy Profile

    Reply
  2. Pingback: Pendapatan Ke 13 Dari Jobdirumah - Pondok Kecil

    1. hafizul Post author

      Emm susah juga saya nak jawab ni bro..try cari lagi dalam google..tapi rasanya boleh kot…sory yer bro..saya pun tak ada pengalaman mana dalam bab ni..buat paypal dulu pun adasebab..sekarang dah tak hiraukan lagi dahhh..

      Reply
  3. Khalid92

    Alhamdulillah bro. Paypal sy dah normal balik. Sy ingat kene limit terus. Lpas chat dgn Paypal trus diorg restore balik 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge