Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
“Cara buat sistem akaun tahu tak bang??? Rumit ke bang??” Tanya Fatiha yang sedang enak memerhatikan aku sejam yang lalu….
Kewujudan syarikat tidak akan sempurna jika pengurusan akaun tidak dilakukan dengan cara yang sistematik. Penggunaan buku lajer ataupun perisian sistem akaun tidak menjadi masalah dalam membuat pemilihan. Kedua-duanya mempunyai persamaan yang menjadikan akaun syarikat teratur, kemas dan sempurna.

Cara Buat Sistem Akaun Syarikat
Jangan sesekali mengambil mudah dengan kewujudan akaun syarikat kerana ia memberi kesan yang mendalam terhadap kemajuan syarikat. Apabila pengrusan wang syarikat dilakukan dengan baik dan sempurna, masalah kebocoran wang ringgit dapat diatasi.
Sekaligus masalah kepada ketidakcukupan wang syarikat dapat kita atasi dengan bijak dan berhemah. Akan tiada lagi masalah yang dipanggil “ketirisan wang syarikat”. Banyak cara untuk membuat akaun syarikat. Cuma korang harus pandai membuat pilihan. Bukan apa, tak nak korang rasa menyesal dikemudian hari.
Aku melihat, ada beberapa faktor yang penting yang harus diambil kira untuk membuat sistem akaun syarikat. Akaun tersebut mestilah :
- Boleh mencipta kod produk. Ini penting bagi memastikan setiap produk yang dibawa masuk kedalam syarikat akan dapat kita simpan rekodnya seperti kos produk, harga jual, margin keuntungan dan sebagainya lagi.
- Ada senarai pembekal yang membekalkan produk kepada syarikat. Ini juga penting untuk kita buat perbandingan dan analisis dikemudian hari.
- Boleh buat laporan automatik seperti ringkasan akaun, imbangan duga dan laporan kewangan. Laporan-laporan inilah yang akan memberikan kita jawapan kepada kemajuan dan kemunduran sesebuah syarikat.
Tiga perkara itulah merupakan asas kepada sistem akaun yang harus diberikan perhatian.
Dan 3 perkara diatas sangat sukar untuk dilakukan pada buku lajer. Dengan bantuan komputer dan perisian microsoft Excel barulah mampu untuk merialisasikan 3 perkara diatas.
“Nak buat macam mana bang??? Saya mana pandai buat semua ni. Nampak macam rumit aje…”
Dah. Fatiha tak payah nak merumitkan keadaan yang semenangnya rumit tu. Abang dah sediakan cara yang senang. Fatiha punya pasal… Kan?
Klik aje ~~> Perisian Untuk Membuat Akaun Syarikat
Senang aje kan? Klik jer pun. Haha.
Golongan yang memerlukan perisian untuk membuat akaun ini ialah :
- Usahawan yang memiliki perniagaan.
- Bakal usahawan yang siap sedia memulakan perniagaan.
- Usahawan yang tengah cari sistem perakaunan yang murah.
- Bos/majikan di syarikat tempatan.
- Akauntan di syarikat tempatan.
- Pengusaha IKS
Korang tergolong dalam senarai diatas? Jadi apa yang ditunggu lagi. Dapatkan segera sementara wang syarikat masih belum tiris dengan sepenuhnya.
Kalau korang kata nak buat sendiri sistem akaun dengan perisian Microsoft Excel, aku tak ada masalah nak halang korang. Korang ada pilihan sendiri. Buat apa susah-susah jika dah ada sistem akaun yang bagus macam ni. Betul tak?
Tepuk dada tanyalah selera.
~~~> Perisian Untuk Membuat Akaun Syarikat
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
kalau bab akaun ni memang saya angkat tangan.. hihihi
Hehe..sebab tulah dia buatkan kita sistem akaun ni..just key in jer..hehe
penting ni pengurusan akaun yang bersistematik…
Hehe..tahu tak apa..
Terima kasih di atas perkongsian info…. Lepas ni kalau saya teringin nak buka sebuah syarikat, saya boleh baca balik info-info yang terdapat di blog ini… 😉
Yup..terima kasih bro..hehe..harap berguna info yang saya hidangkan ni..
kalau ada sistem maka tugas perakaunan lebih mudah..
Yup..betul tu bro..hehe.. tak de la duit hilang macam tu jer..
bagus ni. inshaAllah tengah nak usaha buat business. tapi masih belum confirm. boleh try perisian yang bro rekomen
Hehe..terbaiklah bro..nanti try la yer bila dah bukak bisnes ni..
benda ni tak susah kalau tahu caranya. hoho
Yup..betul tu Encik Titan..hehe
kalau aku bukak syarikat, kena amek staf comey sorang handle bab bab akaun ni.ahaha
Kenapa harus yang comel? Itu belum tahu jujur ke tak..haha
Kalau tiada sistem akaun memang caca merba la jadinya
Huhu..biasanya macam tu la kan..haha
syukur juga saya sbb dulu kerja bidang akaun sebelum belajar masak.
byk juga syarikat yg pernah saya kerja dan dapat jugalah tgk perbagai software akaun yg digunakan…
Kesimpulannya, mmg penting buat akaun nie utk menilai prestasi bisnes kita dan aliran tunai..
Yup..setuju dengan apa yang bro katakan ni..ia juga merupakan penambah semangat untuk kita terus berusaha memajukan syarikat kita tu..hehe
Jujur… memang rumit dan leceh nak buat, tetapi tetap kena buat
Huhu..tu la pasal kan..kalau tak buat lagi la melecehkan..haha
Sblum ni buat guna excell ja rekod kluar masuk… haha
Ha ah..sama dengan saya juga sekarang ni..guna excel je..hehe
Salam bro tak ada pun artikel pasal buat akaun ni? Macam mana nak tengok