Assalamualikum dan Salam Sejahtera.
Gatal tapak kaki adalah sesuatu perkara yang pernah berlaku dalam hidup kita. Ia menyerang tanpa kita menduganya. Pernah kah tapak kaki korang gatal??? Dan macam mana cara korang menghilangkan kegatalan tersebut??? Dan aku tahu tiap kali kegatalan tu menyerang, pasti korang berada dalam tekanan. Sampai nak concentrate pada blog pun korang tak de mood.
Orang tua-tua kata, kalau gatal tapak kaki, nak pergi jalan-jalan. Kebetulan pada hari tu, aku memang nak balik kampung. Balik ke rumah orang tua. Aku seronok balik ke rumah mak. Sebanya dapat lakukan kerja di rumah. Talian internet, OK. Hehe. Mungkin betul jugak la apa yang orang tua katakan. Dan perumpamaan ini telah lama diperkatakan serta telah sinonim apabila tapak kaki gatal. Entahlah macam mana orang tua dulu-dulu dapat perumpamaan ini. Kadang-kadang bila difikirkan balik, memang hebat orang tua dahulu kala. Macam-macan petua dan macam-macam amalan yang mereka pelajari.
Bab gatal tapak kaki ni, aku pernah mengalaminya. Pernah juga merasainya. Perasaan masa tu, memang tak boleh nak bagitau sesiapa. Macam-macam cara aku cuba. Garu dengan pisau. Garu dengan sikat rambut dan macam-macam lagi objek yang aku guna. Namun gatal tu makin sedap jer menyerang tapak kaki aku. Tension kalau kena serang macam ni hari-hari.
Sampailah isteri aku suruh aku guna lighter. Aku mula-mula tak percaya. Macam nak bakar tapak kaki sendiri jer. Hehe. Last-last tak tahan sangat, aku pun pasrah. Aku cuba jugak cara yang isteri aku bagitau tu. Dan hasilnya, terus hilang.
Korang yang berani saja boleh buat. Korang jangan letakkan lighter dekat dengan tapak kaki. Masak la tapak kaki korang. Korang letak jauh-jauh dan biar haba panas jer rasa pada tapak kaki. Biarkan selama 2 minit, dan korang tengok la hasilnya.
Mahukan Kerja Sambilan Dirumah? Ini dia sumbernya. Klik SAHAJA.
Buntu Untuk Membuat Sistem Akaun? Ini Penyelesaiannya. KLIK SAHAJA
Kalau gatal berterusan, korang pergila jumpa doktor. Jumpa bomoh pun ok jugak. Haha. Aku dan buat dan rasa berbaloi jer. Tu pasal aku kongsikan kan dengan korang semua.
p/s : TIDAK DISARANKAN PADA MEREKA YANG LEMAH SEMANGAT. Haha.
Mujarab ke? Bakal cuba nanti tapi jarang gatal tapak kaki~
ProfHariz recently posted..Luahan hati lelaki kacak
Emm bagi sy mujarab jugak..cuba la..jgn smp masak tapak kaki sudah..hehe
mungkin apa yg menyebabkan ia gatal telah dibakar..huhu
Jebeng Otai™ recently posted..Nasi Ayam Istimewa
Haha..bakar untuk matikan kuman jer…
Hehehehe… Jangan ada yang geget kaki dengan alasan kaki dah x ada kuman 😀
Izzuddin Fauzi recently posted..Masa Makin Sempit dan Sempit
Hahaha…nak gigit, gigit kat tmpt tak de org..kan ingt kurang segar pulak..hahaha
Rasa cam gatal tu kat dalam kulit kan? 🙂 bakar sampai masak. Pastu cicah ngan air asam
Cikgu Hairul recently posted..Resipi Mudah Gulai Tempoyak Ikan Patin
Hahaha…ingat ni perut lembu ke nak cicah air asam…cikgu2..huhu
gatal tapak kaki sememangnya tak tergaru dek kuku…tak pernah try lagi ‘layo’ pakai lighter ataupun ‘meceh’…hehehe
yusri recently posted..Kelantan Juara
hahaha..try la kalu nak tahu jadi lagho mano….
Dh try. Berkesan.
Hehe..terima kasih…
Hahaha! Tak sangka ada juga orang yg buat mcm saya bakar tapak kaki dgn lighter. Kalau nak best lg cuba tuang air baru mendidih ke dalam gelas kaca atau tembikar yg ada handle. Pastu tekankan permukaan tepi gelas yg berlekuk kat tapak kaki yg tgh gatal. Panas wo tp nikmat sgt. Hehe.
Terima kasih bro..leh cuba tips yang diberikan ni..hehe
Memang berkesan sangat.. harini spm , masuk dewan priksa , gila,tapak kaki buat hal , jawab priksa pon xtenang , blk terus search cara hilangkan gatal ., jumpa blog ni , terus buat dan terus hilang.. tenkiu brader
Alhamdulillah…sesetengah orang memang menjadi..sesetengah orang pulak, memang tak menjadi..tapak kaki kita ni tergolong dalam kategori yang dgr kata..hahaha
kalau x nk pakai lighter boleh rendam kaki dalam air suam yang dicampur garam..saya sudah cuba..Alhamdulillah berkesan disamping merawat mslah dalaman apabila merendam kaki kita dlam air suam bergaram.
Ohh ye ke?? Orait nanti saya cuba.. terima kasih kongsikan petua ni..hehe