Cara Meningkatkan Kelajuan Komputer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri ni aku tulis khas untuk menjawab persoalan yang ditanya oleh rakan blogger aku iaitu Man. Man, kalau entri ni tak membantu sory ek. Aku hanya tahu ni jer sebab masalah teknikal macam ni memang payah nak dijelaskan melalui penulisan. Kena ada objek di depan mata baru boleh nak explain lagi jelas. Lagipun aku bukan otai dalam membaiki komputer. Banyak lagi ilmu yang aku tak tahu. Hehe.

Antara perkara yang biasa aku lakukan bila komputer Running Slow :-

1. Check komputer tersebut ada virus ke tidak. Kadang-kadang masalah slow ni berpunca juga dari virus.

2. Kenalpasti antivirus yang dipakai. Adakah ia berlesen ataupun yang period. Kalau nak selamat, pakai yang berlesen. Aku suka pakai Kaspersky. Dah 3 tahun setia dengan Kaspersky.

3. Pastikan kapasiti hard disk tidak sepenuhnya digunakan. Data yang terdapat dalam hard disk boleh la buat Disk Defragmenter. Kurang-kurang 2 bulan sekali. Disk Defragmenter sudah tersedia dalam windows. Start Program > accessories > system tools.

4. Buang semua Registry dan History yang telah rosak dan tidak digunakan lagi dalam komputer dengan menggunakan perisian CCleaner.

5. Sekiranya windows yang digunakan jenis period, elokla turn off system update windows dan firewall.

6. Disable semua aplikasi yang tidak berguna pada startup. klik Run > msconfig > tab startup. Disable Winamp Agent, Hp Update (Sekiranya ada).

7. Setting balik performance Visual Effect. Right Clik My Computer > Properties > Advanced System Settings > Tab Advanced > Pada ruangan Performance > Setting.

Ikut sepertimana dalam gambar ni. Kemudian klik Apply > Ok.

Ni jela sedikit sebanyak apa yang aku boleh kongsikan. Kalau yang kurnag tu halalkan lah. Hehe.

p/s : Korang semua, kalau ada penambahan pasal maklumat ni, kongsi la ngn aku jugak. Komen korang amatlah dialu-alukan. Hehe

22 thoughts on “Cara Meningkatkan Kelajuan Komputer

    1. hafizul Post author

      Emm saya tak pasti bagaimana cara nak setting memory cache. Cara mudah,cikgu upgrade RAM komputer tu. Secara automatik, kapasiti cache pun berubah..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hahahaha..kawe baru nok oyat lagu tu..de demo pitas dulu..kapasiti hard disk demo tu salah satu penyebab jugok..kalau banyak file yang bersaiz besar dekat desktop demo tu pun komputer buleh jadi slow jugok..pah tu tengok jugok RAM hok demo pakai loni..berapo GB.. Kadang-kadang antivirus pun boleh jadi penyebab jugok.. Biasa kalau notebook hok performance baik, laju, KIS tak ada masalah..pahtu kalau komputer demo dah 3 tahun dop format, buleh doh tu nak format..data dalam komputer kalau demo nak senang, demo simpan dalam external HDD..dop ganggu ruang hard disk..pah so lagi takut komputer demo ado virus…haha

      Reply
    1. hafizul Post author

      Sama-sama..kaspersky ni, memang ada effect sikit kelajuan komputer jika ram komputer tersebut tak tinggi..Tetapi, saya dah 5 tahun pakai kaspersky..memang puas hati..hehe..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge