Castrol Untuk Motor Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan Kedai : Apa mahu encik?
Aku : Nak beli minyak selinder. Yang shell tu berapa harga?
Tuan Kedai : Yang murah RM 12. Yang elok sikit RM17.
Aku : Yang RM 17 tu pekat tak minyak dia? Saya nak yang pekat.
Tuan Kedai : Motor baru ka encik?
Aku : Ha ah. Kali pertama nak tukar selinder.
Tuan Kedai : Ambil yang castrol la encik. Khas untuk motor baru punya. Pesten tak de karat maaa.
Aku : Betul ke? Ok nak yang castrol tu la.

Aku berterima kasih pada mekanik motosikal kedai tersebut. Sebab sudi memberi sedikit nasihat dan ilmu untuk aku yang tak tau benda pasal penjagaan enjin motosikal. Maklumla motosikal ni kena jaga macam jaga bini la. Tak leh bagi dia merajuk. Bila kotor kena basuh.

Barula dia pun sayang kat kita. Baru la tak meragam dan buat hal tengah jalan.

Sekadar Hiasan

Dulu semasa aku ulang alik ke politeknik dulu, aku biasa tukar minyak hitam pakai jenama castrol jugak. Tapi castrol yang paling murah jer. Tak dan sebulan, minyak pun hitam likat seperti kopi. Tapi aku tak ambil kisah sangat pun sebab masa tu tak fikir sangat nak jaga enjin motosikal. Start hidup, boleh naik, dah kira ok.

p/s : Apa kata korang berkenaan dengan minyak selinder jenama castrol ni?

30 thoughts on “Castrol Untuk Motor Baru”

    1. emm tak pe la..tak tau hal-hal motor, hal kereta mesti tahu kan..sebab ibu tiap hari naik kereta..kurang2 masalah kereta kena tahu jugak bu..hehe

  1. saya peminat motorosikal (setakat ni masih menggunakan skuter Honda Icon) .. tiap kali tukar minyak pelincir ejin, saya selalu pilih jenama Castrol hasil recemmendation kawan-kawan yang dah selalu guna minyal Castrol ni.

  2. owh nasib baik sekadar hiasan pic tu, ingatkan motor bro baru nak pinjam skjup hehhe..:)
    dulu je selalu pakai motor skrg dah takde motor lansung x ambil tahu hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *