Assalamalaikum dan Salam Sejahtera.
Suasana pilihanraya semakin hangat sekarang ini. Menjelang tarikh 5 Mei 2013, berbagai kempen, poster, bendera, banner dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan pilihanraya sedang hangat di persembahkan. Ceramah sana sini kedengaran. Ada yang baik untuk kita hayati dan ada yang kurang baik untuk kita hayati. Namun semua itu terpulang pada pandangan dan keputusan masing-masing. Pilihan kita akan menentukan masa depan negara. Siapa pun yang bakal menjuarai PRU 13, kita tetap dengan rutin harian juga. Tetap kena carikan nafkah untuk keluarga kita. Untuk perut kita. Kan?
Jadi, bab pilihanraya aku sikit pun tak masuk campur. Aku hanya menjadi pemerhati jer. Sampai masa untuk pangkah memangkah, aku pangkah jer yang mana terdetik dihati waktu tu. Haha. Adil kan macam tu. Undi adalah hak kita. Apa pun kita nak buat, orang lain tak leh nak kata apa. Lagipun undikan rahsia. Rahsia manusia tiada tandingan dengan rahsia Allah. Kadang-kadang rahsia manusia hanya di mulut sahaja. Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal. Haha.
Continue reading Undilah Saya →