Category Archives: Keluarga

Tahukah Anda?

Berdasarkan pemerhatian aku menunjukkan bahawa bilangan komputer Jabatan yang diserang virus untuk tempoh 5 bulan pertama amatlah tinggi. Berbanding dengan kerosakan lain seperti Windows Corrupted, No Display (Not Boot), Hard Disk Failure Boot dan sebagainya. Pemerhatian aku juga menunjukkan bahawa, komputer yang diserang virus lebih cendorong untuk mengalami kerosakan lain seperti Windows Corrupted, Windows Always Restarting, Windows Run To Slow, Icon Desktop Missing, Windows Hybernate dan sebagainya.

Dan apabila semua ni berlaku disebabkan virus, memang menyampah apabila nak dibaiki. Kurang-kurang mengambil masa 3-4 jam untuk scan and clean virus tersebut. Ada cara yang cepat tapi keberkesanannya kurang la. Sedangkan hakikatnya semua orang tahu betapa pentingnya mencegah jangkitan virus ni.

Tapi kenapa ada segelintir manusia yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam menangani masalah ni? Cuma satu jer sebabnya. Ini harta kerajaan. Apabila rosak, ada orang yang akan baikinya. Dan yang paling penting, bila komputer rosak, tak payah nak buat kerja. Aduss alasan macam ni memang terbaik dan sangat kacak!!! Korang memang best tak payah buat kerja. Kesian la pada juruteknik-juruteknik sekalian. Diorang lagi pening bila selesaikan masalah korang.

Sudah beberapakali pesanan ringkas dibuat. Antaranya :-

  1. Scan dahulu pendrive sebelum digunakan pada komputer. Sekarang Kaspersky dan boleh buat autoscan. Gunala kelebihan yang sudah kita perolehi tu sebaiknya.
  2. Buat folder autorun.inf dalam kandungan pendrive. Langkah ni boleh mencegah virus autorun daripada memasuki pendrive.
  3. Jangan sesekali gunapakai pendrive pada komputer yang telah dijangkiti virus.

Virus kian pesat membangun selaras dengan peredaran teknologi hari ini. Kita tidak boleh dan tidak mampu untuk menghalang virus daripada menyerang komputer kita. Sebaliknya kita hanya mampu mencegah sahaja. Kita bukan programer untuk mengubah kod virus jahat menjadi virus baik.

Kalau kita baca dan cari maklumat dalam internet, banyak sumber-sumber boleh kita jadikan rujukan bila menghadapi situasi macam ni. Tapi kenapa kita tidak manfaatkan kelebihan yang kita ada? Kenapa kita lebih suka menghabiskan masa free dengan bermain Poker di internet? Bermain game online? BerFacebook? Adakah itu semua bidang kerja kita?

p/s : Tepuk dada tanya la selera. Apa yang baik dalam entri ni korang jadikanlah teladan. Apa yang buruk, jadikan sempadan. Semoga tahun 2012 ini merupakan tahun yang kacak bagi korang semua.

Lawatan Ke Jakel – Gedung Tekstil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jakel. Bila disebut jakel, apa yang anda bayangkan? Orang kata kain di Jakel, mahal-mahal belaka. Orang kata juga, kain yang terdapat di Jakel tidak terdapat di kedai-kedai lain. Betul ke??? Aku sendiri pun tak pasti. Hehe.

JakelKebetulan masa luang ada, aku bersama keluarga pergi la melawat di Jakel. Sebenarnya sudah beberapa kali kami rancang untuk kesana tapi ada jer halangannya. Pernah sekali tu, sampai jer di Jakel, hujan turun dengan lebatnya. Sampai terbantut mood aku. Tungu lebih kurang 30 minit, hujan cam tak nak henti jer, aku pun dengan muka frust giler masuk gear kereta, terus balik rumah. Sayang kan anak tak nak bagi kena ujan, rela la korbankan hasrat ni.

JakelSekali tu pulak, perancangan memang rapi giler aku buat. Tip top. Tut-tut kena kerja daa. Frust giler rasa. Dah la masa tu Jakel buat promosi. Apala dugaan macam ni. Haha. Dan kali ni tiada perancangan dibuat. Terus pergi ke Jakel. Dalam perjalanan, hujan lebat giler. Jalan pun nampak tak nampak jer. Rasa macam nak patah balik. Tapi dengan kedegilan aku, sampai juga di Jakel. Rupanya di kawasan Kota Bharu tak hujan pun. Langit cerah dengan pemandangan matahari petang yang menyinar. Fuhhh. Lega. Haha.

jakelAku tertarik dengan kain tudung yang dijual oleh rakan blogger Kak CT tuan punya blog Sweet Kurma. Yang mana menurut cerita beliau, pernah aku baca, kain yang diambil dari Jakel semuanya berkualiti. Dan sapa tak kenal kualiti kain yang dijual di Jakel?

JakelRasa juga nak borong tudung dari kedai Kak CT, tapi masa tak sesuai lagi. Hehe. Dan ini pula kata-kata puan bee pemilik blog puanbee.com. “bila disebut kain semua di beli dari jakel , semua orang tahu jakel jual kain yang macam mana , sangat-sangat berkualiti , tak mudah pecah , benang tertarik dan sebagainya …”

JakelHarga kain di Jakel tidak la mahal sangat dan mampu dibeli oleh orang kebanyakan. Ada juga kain yang dijual RM4 semeter dengan kualiti kain yang terjamin. Untuk beraya aku rasa berbaloi kalau beli di Jakel. Hehe.

Jakel[table id=4 /]

p/s : Nak ambil ukuran badan jap nak buat baju melayu. Hehe

Anak Anugerah Terindah Dalam Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Diberikan kepada pasangan yang bergelar suami isteri untuk di jaga dan di didik agar menjadi insan yang soleh. Anak ibarat kain putih yang akan dicorakkkan oleh ibu bapa menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Dalam kehidupan ahli keluarga Pondok Kecil, anak adalah segala-galanya. Dia membawa sinar, keceriaan dan kegembiraan buat kami suami isteri. Tanpa anak, suram lah cahaya dalam Pondok Kecil ini. Impian untuk melihat anak berjaya memang kami nanti-nantikan.

Wazif Picture
Jalan-Jalan @ Bukit Keluang

Memang tidak dinafikan pasangan yang berkahwin pasti akan mengharapkan kehadiran cahaya mata. Bagi ibu mengandung pula, anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari akan dijaga sebaik mungkin. Sanggup bersusah-payah membawa kandungan kemana sahaja dia pergi. Pengorbanan ibu memang tiada nilainya. Susah senang semasa melahirkan anak menjadi memori terindah dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Wazif Picture
Taman Permainan @ Bukit Keluang

Masa yang terluang akan aku habiskan untuk anak dan keluarga tercinta. Lima hari sibuk dengan tugasan kerja, masa yang lapang tidak pernah aku sia-siakan. Dulu banyak masa aku habiskan diluar bersama kawan-kawan. Tapi dengan hadirnya anak, aku lupakan segala-gala. Aku isikan memori yang terindah dalam Pondok Kecilku ini.

p/s : Adik, cepat besar yer..Kita main Polis Entri Pulak. Haha.

Syukur Diberi Kemahiran Sebegini

Salam 1Malaysia. Hari ni 1 Mei 2012. Semua orang yang bergelar manusia yang berstatuskan Penjawat Awam akan diberi cuti. Wahh Seronoknya. Setiap tahun dan setiap 1 Mei, Kakitangan Awam akan menikmati cuti rehat yang percuma. Haha. Dulu masa aku kerja dengan swasta, 1 Mei jarang sekali diberi cuti. Maklumla My Exboss dulu pentingkan kualiti kerja. Kerja kena Tip Top. Emm macam-macam.

Apakah pengisian korang semasa hari cuti?? Ada ke tak istilah cuti dalam hidup korang?? Hehe. Tapi aku punya aturan hidup, istilah cuti jarang sekali aku isi dengan rehat secukupnya. Kerja yang perlu dibuat sentiasa ada. Haa apakah tafsiran korang semua berkenaan dengan cuti? Adakah ia perlu di isi dengan rehat secukupnya? Ataupun menghabiskan masa bersama keluarga yang tercinta?? Korang tepuk dada tanya la selera. Huhu.

Bagi aku, cuti tu sentiasa ada, tapi aku punya kerja tidak kenal cuti. Hari Jumaat dan Sabtu pula aku sibuk duk tolong My Dad uruskan tanam semula kelapa sawit. Penat tuhan jer yang tahu. Lambat nya siap ladang sawit My Dad.

Hari ni aku siapkan satu menda yang sangat bermakna dalam hidup aku sekeluarga. Aku tahu menda ni tak seberapa, tapi aku rasa amat berpuas hati. Walaupun cuti hanya sehari, dan cuti sebegini setahun sekali jer dapat, tapi aku rasa berbaloi. Apakah mendanya??? Dammm..

Almari Baju Untuk Anak Ayah

Limited Edition