Category Archives: Komputer

Langkah Mudah Berkongsi Pencetak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berkongsi pencetak dalam satu tempat yang sama memang di galakkan kerana ianya boleh menjimatkan kos pembelian dakwat disamping dapat merialisasikan impian kerajaan kearah teknologi hijau. Pengalaman yang diperolehi akan aku kongsikan di halaman pondok kecil untuk kegunaan dan rujukan bagi mereka yang memerlukan.  Dalam entri ini, aku khususkan penceritaan kepada pengguna sistem operasi Windows 7 sahaja. Tapi sebenarnya langkah ini lebih kurang jer dengan windows XP mahupun windows Vista. Cuma berlainan tajuk, icon dan tempat konfigurasi sahaja. Bagi pencetak yang sudah disediakan port ethernet (rangkaian), kebiasaannya aku install dan ikut langkah yang terdapat dalam CD printer tu. Bagi mereka yang memerlukan pencetak untuk dikongsi, aku rasa lagi baik jika dibeli pencetak yang sudah tersedia dengan port ethernet ni.

Semalam pondok kecil telah berjaya update wordpress 3.4.1 kepada wordpress 3.4.2. Sudah lama sebenarnya aku nak update wordpress ni. Entah kat mana silapnya, dalam wordpress tak boleh nak update automatik. Fikir punya fikir, terlintas la cpanel. Dan akhirnya aku berjaya update wordpress 3.4.1 kepada wordpress 3.4.2 melalui cpanel. Cepat dan selamat. Hehe. Betul la kata rakan blogger, try & error adalah salah satu proses pembelajaran juga.

Continue reading

Windows 7 Blue Screen – Error 0x0000007b

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama rasanya aku tinggalkan sudut komputer di halaman pondok kecil ini. Aku ingat nak luput terus jer cerita ni dari masuk ke halaman pondok kecil. Tapi rasa macam rugi pula. Mungkin disebabkan cerita macam ni adalah satu cerita dan sudut yang tak akan basi. Dan ia akan laku sampai bila-bila selagi komputer itu wujud.

Tak banyak entri yang aku hasilkan dalam sudut komputer ni. Sebabnya aku jarang-jarang jer baiki komputer sekarang ni. Kalau nak dibandingkan dengan kerja tempat lama dengan tempat kerja sekarang ni, banyak ilmu yang aku dapat dari kerja lama tu. Ilmu berkenaan dengan permasalahan komputer. Tapi tak kisah la kan. Ilmu tu boleh cari mana-mana jer atas muka bumi ni. Sifu yang paling dekat dengan aku adalah internet. Hehe.

4 entri sahaja yang aku hasilkan sampai bulan Ogos ni berkenaan dengan komputer. Hehe.

Continue reading

Tips Format Komputer Versi Pondok Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cara yang mudah dan terpantas untuk menyelesaikan masalah windows adalah dengan cara format komputer. Gantikan windows yang telah rosak dengan windows yang baru. Tidak perlu memikirkan hal-hal remeh untuk menyelesaikan masalah seperti boot menu hilang, desktop icon hilang, button start hilang, cara menghapuskan virus, windows hanging dan segala hal lagi yang merumitkan pemikiran.

Tetapi bila melakukan cara yang senang begini, adakalanya akan timbul jua perkara yang sukar untuk kita selesaikannya. Antaranya masalah mencari driver untuk setiap hardware yang terdapat pada papan induk utama seperti sound, network controller, VGA, modem dan chipset. Bagi komputer yang berjenama seperti HP dan Acer, tak menjadi masalah sangat sebab semua tu boleh diperolehi dalam laman web pengeluar tersebut.

Sehubungan dengan itu, sekiranya hendak membeli komputer, eloklah membeli komputer yang sudah mempunyai sistem pengoperasian asli (Original Windows). Yang mana Original Windows ini boleh menyelesaikan masalah yang disebutkan diatas kerana sudah terdapat fungsi untuk recovery dan restoration balik windows. Pada bila-bila masa tak kira tempat, kita boleh lakukannya sendiri. Senang kan?

Sedikit sebanyak, aku mahu kongsikan perkara yang aku lakukan sebelum format komputer. Anatarnya antaranya adalah :-

1. Backup semua data yang terdapat dalam partition C yang mana partitions ini mengandungi fail-fail windows. Partitions ini juga yang akan di format. Untuk windows XP, pergi ke Partitions C > Document & Setting > Administrator. Dalam folder Administrator ini lah aku akan copy folder Desktop dan folder My Document seterusnya paste ke dalam External Hard Disk / Partition D.

2. Backup semua drivers yang terdapat dalam Device Manager dengan menggunakan Driver Magician. Driver Magician ni aku download dalam internet. Banyak yang Freeware. Cuma pilih jer mengikut kesesuaian.

Sumber : Goolge

3. Check Microsoft Office versi mana yang digunakan supaya ia akan menyenangkan kerja aku nanti. Sekurang-kurangnya akan menjimatkan masa untuk kenalpasti Microsoft Office versi mana yang digunakan sebelum ini.

3 langkah ini sahaja yang biasa aku lakukan apabila hendak format komputer. Teringat zaman aku bekerja sebagai Technician Computer 3 tahun lepas. Habis data dalam komputer pelanggan hilang dan tidak dapat untuk recovery 100%. Hehe. Padahnya, aku terima makin hamun yang cukup mengenyangkan hati aku selama beberapa hari. Sampai hari ni wajah pelanggan tu masih segar dalam memori aku.

Sumber : Google

p/s : Andai ada yang kurang dalam entri ni, tolong tambahkan. Ini cerita mengikut pengalaman sendiri.

 

Excel 2007 (Direction Right To Left)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masalah sama berlaku pada komputer kawan aku. Mujur la aku ada simpan cara-cara settlekan masalah ni dekat blog lama dulu. Hehe.

Problem macam dalam gambar dibawah.

Cara nya senang sahaja.

Cara Pertama

1. Klik pada Office Button > Excel Options >  Advanced > Default direction > Tick pada Left to Right > Ok

2. Close Excel dan buka semula. Tengok apa yang berlaku. Excel dan berfungsi macam biasa.

Cara Kedua

1. Alt + F11 untuk membuka VBA editor 2. Ctrl + G untuk Immediate window

Dalam ruangan Immediate window taip Application.DefaultSheetDirection = xlLTR > Kemudian Enter

3. Alt Q to close the VBA editor. Kemudian buka Excel dan tengok hasilnya.

p/s : Kawan, kalau masalah sama berulang lagi, rujuk kat sini ekk.

Cara Meningkatkan Kelajuan Komputer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri ni aku tulis khas untuk menjawab persoalan yang ditanya oleh rakan blogger aku iaitu Man. Man, kalau entri ni tak membantu sory ek. Aku hanya tahu ni jer sebab masalah teknikal macam ni memang payah nak dijelaskan melalui penulisan. Kena ada objek di depan mata baru boleh nak explain lagi jelas. Lagipun aku bukan otai dalam membaiki komputer. Banyak lagi ilmu yang aku tak tahu. Hehe.

Antara perkara yang biasa aku lakukan bila komputer Running Slow :-

1. Check komputer tersebut ada virus ke tidak. Kadang-kadang masalah slow ni berpunca juga dari virus.

2. Kenalpasti antivirus yang dipakai. Adakah ia berlesen ataupun yang period. Kalau nak selamat, pakai yang berlesen. Aku suka pakai Kaspersky. Dah 3 tahun setia dengan Kaspersky.

3. Pastikan kapasiti hard disk tidak sepenuhnya digunakan. Data yang terdapat dalam hard disk boleh la buat Disk Defragmenter. Kurang-kurang 2 bulan sekali. Disk Defragmenter sudah tersedia dalam windows. Start Program > accessories > system tools.

4. Buang semua Registry dan History yang telah rosak dan tidak digunakan lagi dalam komputer dengan menggunakan perisian CCleaner.

5. Sekiranya windows yang digunakan jenis period, elokla turn off system update windows dan firewall.

6. Disable semua aplikasi yang tidak berguna pada startup. klik Run > msconfig > tab startup. Disable Winamp Agent, Hp Update (Sekiranya ada).

7. Setting balik performance Visual Effect. Right Clik My Computer > Properties > Advanced System Settings > Tab Advanced > Pada ruangan Performance > Setting.

Ikut sepertimana dalam gambar ni. Kemudian klik Apply > Ok.

Ni jela sedikit sebanyak apa yang aku boleh kongsikan. Kalau yang kurnag tu halalkan lah. Hehe.

p/s : Korang semua, kalau ada penambahan pasal maklumat ni, kongsi la ngn aku jugak. Komen korang amatlah dialu-alukan. Hehe