Category Archives: Perumpamaan

Perumpamaan Part 7

” Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu “

Sumber : Google

Maksud : Hidup dalam kemelaratan.

Contoh Ayat : Kesian aku tengok Anak Pak Usu kampung seberang tu. Cakap orang tua buat tak kisah jer. Sekarang duk merana kesan menghisap ganja. Bak kata pepatah bagai kerakap tumbuh dibatu, hidup segan mati tak mahu.

Perumpamaan Part 6

Bagai Bulan Di pagari Bintang

Sumber : Google

Maksud : Kecantikan makin terserlah apabila dikelilingi orang yang cantik.

Contoh Ayat : Aku tengok muka kau tak ada la cerah mana. Tapi bila kau bergaul dan berkawan dengan rakan-rakan yang muka cerah macam timah, endun dan pi’ah, muka kau aku tengok turut berseri-seri dan bercahaya. Betul la kata perumpamaan, bagai bulan dipagari bintang.

p/s : Apa yang Siti Saleha dan staf PETRONAS buat di Bukit Kala, Gombak??