Category Archives: Sukan

Jadual Lengkap Liga Perdana Inggeris #BPL 2012/2013

 

Tinggal beberapa hari lagi, liga bolasepak paling popular di dalam dunia akan membuka tirai pertandingan. Liga Perdana Inggeris atau BRL akan memulakan sepak mula pada 18hb Ogos 2012.

Pasukan seperti Manchester City pasti sedang melakukan persiapan bagi mempertahankan kejuaraan musim lepas. Manakala pasukan pesaingan kejuaraan sedang memperkuatkan pemain dan juga pengurusan masing-masing.

Eyriqazz vs Denaihati : Siapa Lagi Bagus ?

Selepas sahaja peminat bolasepak tempatan disajikan dengan aksi bertaraf  BPL dengan kehadiran pasukan Manchester City, Arsenal dan juga QPR ke Malaysia. Kini bulan dan hari semakin hampir bagi semua pasukan BPL untuk memulakan persaingan.

MANCHESTER CITY

Mampukah Man City Pertahan Kejuaraan ?

Pasti hujung minggu peminat-peminat di Malaysia akan kembali ceria dengan menonton aksi-aksi bertaraf dunia. Tokei kedai mamak pasti gembira kerana kedai mereka akan mula dipenuhi pada waktu perlawanan Liga Perdana Inggeris berlansung. Suasana seolah-oleh riuh umpama di stadium membuatkan ramai peminat-peminat lebih suka lepak menyaksikan perlawanan bolasepak di kedai mamak berbanding di rumah sendiri.

Bagi mereka yang tidak ingin melepaskan aksi-aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris ini boleh memuat turun jadual lengkap liga perdana inggeris bagi musim baru 2012/2013 di link di bawah.

DOWNLOAD JADUAL PENUH LIGA PERDANA INGGERIS 2012/2013

Video Gol Malaysia vs Arsenal 2012

Malam tadi seperti mana yang kita maklum, Harimau Malaya menentang Arsenal di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan yang disiarkan secara lansung menerusi Nadi Arena Saluran 801.

Walaupun tanpa kelibat Kharul Fahmi Che Mat yang tercedera, aksi memukau Farizal memang mengagumkan.

Hampir 40’000 peminat setia arsenal di malaysia, danjuga singapore mengambil peluang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat aksi pemain kesayangan mereka. Apa-apun pujian sepatutnya diberikan kepada pasukan malaysia yang mempamerkan aksi bertenaga di separuh masa pertama sehingga membuahkan hasil gol yang cantik.

Namun asakan demi asakan daripada the gunners membuatkan pemain-pemain malaysia keletihan dan membuat beberapa kesilapan yang akhirnya membolehkan arsenal menjaring gol sekaligus mencatatkan kemenangan 2-1.

Bagi mereka yang belum melihat aksi gol-gol daripada perlawanan Malaysia vs Arsenal 2012 boleh video di menerusi link bawah ini.

malaysia vs arsenal 2012

sumber : sokernet

Asia Tour 2012 : Kelantan vs QPR

Malam ini satu lagi aksi yang dinantikan-nanti oleh peminat bolasepak tanah air. Juara Liga Super Malaysia 2012, Kelantan The Red Warriors menentang Queens Park Rangers ( QPR ).

Aksi pertembungan ini akan berlaku di Stadium Shah Alam, Selangor. Perlawanan akan bermula pada jam 9:15 malam. Apa yang menatik, sebelum perlawanan dimulakan akan berlansung solat sunat tarawih yang akan diimamkan oleh imam jemputan yang dibawa khas dari negeri kelantan sendiri.

Bukan itu sahaja, malah pengurusan pasukan menjanjikan habuan RM 50,000 bagi setiap pemain jika mencatat keputusan seri atau menang dalam perlawanan malam nanti.

Suatu yang boleh dipuji, setidak-tidaknya pemain-pemain QPR yang hadir Asia Tour 2012 ini mendapat sesuatu yang baru bagi mereka dalam menghormati umat Islam yang akan menjalani ibadah berpuasa.

Perlawanan ini juga akan disiarkan secara lansung di saluran Nadi Arena 801 dan juga RTM 1. Yang pasti ini satu peluang yang baik bagi pasukan Kelantan dalam mempersiapkan pasukan untuk menjulang Piala Malaysia 2012.

Mampukah Kelantan mencatat keputusan yang membanggakan ?

//