Category Archives: Sulaman Tangan

Cerita Disebalik Sulaman Tangan

Salam 1Malaysia. Sulaman tangan memang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Sulaman tangan sudah menjadi popular pada masa kini. Ia memainkan peranan penting dalam menggayakan pakaian. Tak kiralah sulaman tangan pada tudung, pada baju, pada cenderehati dan sebagainya. Saya ambil contoh sulaman tangan di tudung la. Kalau kita lihat di pasaran, kebanyakan tudung yang disulam harganya lebih mahal daripada yang tidak disulam. Adakah sulaman tangan ni sukar untuk dibuat? Adakah sulaman tangan ni memerlukan masa yang lama untuk disiapkan? Bagi mereka yang sudah ada pengalaman dan popular dalam bidang ni, mungkin ia adalah perkara yang senang dan cepat untuk disiapkan.

Namun pada pendapat aku, dan pada penglihatan aku, sulaman tangan ni memang ambil masa. Paling cepat sehari. Bergantung pada masa dan mood. kadang-kadang mood juga memainkan peranan. Kalau tengok tudung macam tak lawa jer sulaman dia, comfirm orang yang buat ni sedang dalam keadaan moody. Tak percaya??? Aku pernah mencuba nya. Haha. Tahun 2012 bukan tahunku yang kacak jika melibatkan aktiviti sulaman ni.

Galeri Sulaman Benang My Wife

Aku dan belajar buat sulaman tangan ni seminggu jer. Pas tu brenti terus. Sebab tak leh tahan sabar. Nasib tudung tu aku tak bakar. Haha. Sory my wife. Im not ready to do this. Huhu.

Hari raya ni comfirm penjual tudung sulaman tangan akan mendapat durian runtuh. Kalau tak percaya, wait & see. Apa-apa pun produk yang melibatkan penggunaan di hari raya, memang akan nampak margin keuntungan yang tinggi. Wahh bagi peniaga, masa ni la nak buat promosi. Nak bagi durian runtuh la. Apa la. Kenapala hari-hari macam ni jer dibuat. Kalau dibuat sebulan sekali apa salahnya. Kan2??

p/s : Tahniah My Wife. Dapat tempahan lagi tu. :-) Lepas ni boleh ler belikan iphone 5 yang menjadi gadjet impian selama ini.