Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu platfon untuk menjadikan seseorang itu pandai hidup berdikar. Pandai hidup dalam menyelesaikan setiap apa jua masalah yang dihadapi. Program ini dijalankan selama tiga bulan bertujuan untuk membina sahsiah dan jatidiri dalam mengukuhkan semangat kewarganegaraan dikalangan generasi muda. Bersesuaian dengan tema 1Malaysia, program ini juga dapat memupuk perpaduan kaum dan kerjasama diantara satu sama lain.
Kredit : Portal Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara
Mengenang kembali saat manis bersama Program PLKN ni sedikit sebanyak dapat mencoretkan kuntuman kegembiraan. Senyuman yang terukir setiap kali mengenangkan kenangan bersama rakan sepasukan menjadi pengubat dikala duka. Walaupun Allah telah menganugerahkan harta yang sangat bernilai, tapi kenangan lalu tetap menjadi penyeri dikala duka melanda. Pengalaman pertama menerima surat paksaan untuk menyertai program PLKN telah memberi sedikit tekanan. Maklum la lepas SPM fikiran ni tak sama dengan fikiran orang yang dah matang.
Selepas diberi sokongan dan kata-kata semangat oleh kedua orang tua, akhirnya aku kuatkan diri untuk menghadapi tekanan ini. Masa tu aku kena lapor diri di Kem PLKN Kuala Kubu Bharu. Kali pertama menjejakkan diri ke kem PLKN, hati ni terasa begitu sayu. Fikiran asyik terbayang wajah mak ayah jer. Adoiii kuatnya tempias kasih sayang mereka. Namun semua itu semakin hari semakin hilang. Perasaan gembira dengan aktiviti yang dihidangkan oleh pihak kem, sedikit sebanyak menjadi pengubat kerinduan pada kedua orang tua.
Tiga bulan bersama rakan sepasukan, aku sebenarnya ada menaruh harapan pada seorang awek ni. Wanita cantik dan berlemah lembut, telah mencuri pandangan aku. Kebetulan si awek tu satu pasukan dengan aku. Kadang-kadang aku rasa macam dah tertulis jodoh aku dengan si dia. Tapi sayang semua itu hanyalah mimpi. Sebulan sebelum program PLKN tamat, kami semua telah dipindahkan ke Universiti Putra Malaysia. Kat sini tidur pun sedap. Dalam bilik, atas katil, ada kipas dan sungguh selesa. Sebulan aku berada di UPM, fikiran aku sentiasa ligat mencari peluang.
Peluang untuk aku mengungkapkan kalimah cinta pada si dia. Dari hari ke hari, mulut aku terasa kaku, hati terasa mati apabila ada sahaja peluang untuk aku mengungkapkannya.
“Arghhh kalau macam ni, melepas la awek ni” Perkataan ini sentiasa bermain dibibir tiap kali peluang yang ada aku sia-siakan. Hari terakhir aku di UPM, aku dapat satu peluang. Semasa majlis perpisahan, aku cuba beranikan diri untuk melafazkan kalimah cinta pada sidia. Alhamdulillah, peluang sudah terbentang luas didepan mata. Hanya yang tinggal keberanian aku sahaja. Dan malam tu segala-galanya terjawab. Persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya akhirnya mendapat satu jawapan yang pasti.
“Emm esok kita dah nak balik ke kampung halaman dah” Aku memulakan perbualan.
“Iya. Mungkin lepas ni kita tak kan jumpa lagi kan? Kalau awak jumpa saya kat mana-mana tegur la yer” Balas si awek dengan muka yang agak suram.
Maka dipendekkan cerita.
“Sebenarnya saya ada sesuatu yang dah lama saya pendamkan. Tapi saya tak tahu macam mana nak luahkan” Tu dia dialog aku dengan muka yang selamber.
“Apa dia? Ala bagitau je la. Esok entah jumpa ke tidak dengan awak, dengan rakan-rakan yang lain” Balas si awek dengan nada yang agak lembut.
“Sebenarnya… Emm sebenarnya awk…” Nada aku tersekat-sekat sambil muka ditundukkan.
“Apa dia? Bagitau aje la. Saya tak suka la macam ni” Kata-kata yang agak kasar sikit membuatkan hati aku tercabar.
“Saya sebenarnya dah lama perhatikan awak. Saya sebenarnya dah lama jatuh cinta pada awak. Cuma saya tak berani nak cakap kat awak” Aku bercakap dengan serius. Aku memandang jauh ke dalam mata si awek.
“Ha???” Aku pun tak pasti. Si awek ni betul-betul terkejut atau buat-buat terkejut.
“Sebenarnya kan wak, saya dah ada boyfriend.” Si awek meneruskan kata-kata sambil tangan ditunjukkan pada seorang lelaki yang berada di penjuru meja makan.
“————————————-“ Aku tak tau nak cakap apa. Aku bangun dari kerusi dan menuju ke bilik.
Haha. Sedikit cerita kenangan lalu di Program PLKN tahun 2004. Apa yang aku ingin kongsikan pada mereka yang ada hati pada seseorang, jangan pendam lama-lama. Nanti lama-lama dia di kebas orang. Sebenarnya aku ada tajuk lain nak dikongsikan dengan korang semua. Tapi terlanjur cerita ni pulak. Adoiii. Kenangan manis dan pahit, memang sukar nak dilupakan. Kan?
p/s : Harap korang tak jemu dengan artikel ni.
waaaaa..bertuahnya dapat join PLKN. fyna tak dapat pun.
zaman saya dulu takde plkn ni. tak pernah lalui kenangan macam ni pun.
Adakah ini satu kerugian?hehhee
zaman aku takde plkn. tak rasa rugi pun.
alamak
dah terlepas la pulak awek cun
tapi kenangan tu masih tek ke mana2, kan
hehe
jgn terbayang2 lagi sudahlah…hohohoho
Best gak tuh. Tetapi saya belum pernah menjalani latihan PLKN sebab zaman saya masih belum ada.
zaman kawe belum ada lagi program ni…
yang ada time tu BTN.Itupun tak dipanggil…
Errr…ore tino demo dok jeles ko kalu dio baco ni?hehe
keh3…ambe mikir jugok tadi…kita tunggu ape kate bro PK..hehe
haha…mesti gempak punyer cite nih…
Dop kot..sebab dia tahu kawe ado dia jah loni..kenangan lampau yang tak mengembirakan dah lama berkubur..haha
tapi terdetik juga walau sedikit perasaan cemburu dek kerana demo masih lagi mengingati ‘si dia’ itu…haha
Haha..ok2..kawe wak statement sini lah sene..KEPADA ISTERI KU YANG DICINTAI, ABE BUANG LAUT DALAM DOH MEMORY HOK ABE SIPE SEBELUM KITO KENAL DULU..LEPAS KENAL AYG, ABE DUK SIPE MEMORY KITO BERSAMO JAH..AYG, ABE SAYE KO AYANG SANGAT2..Hahaha..guano?bereh?huahuahua
kalu press statement lagu ni….ambe rase…lepah ni makin sayanglah bini deme ke deme….
kelah bro PK!
suko ambo bace komen ni…mane boh yusri ni?
Nilah komen paling sejati sekali kawe wak keluar..haha..entah la pah mana yusri menghilang nih..haha
Aku tak pernah join PLKN.. Mesti best.. Tambah2 ada peluang untuk cari jodoh.. Hehehe..
tmpt cari jodoh tu….kwn eca,kt plkn malu2 nak luah perasaan…hbs plkn,fuh..bercinta sakan..haha
ciktom xdpt plkn ms tue..tp bgs jgk..
best jgk kdg2 imbau balik kenangan lama kan..hee
pengalaman takde ulang tayang. ramai juga yg minat tapi tak terpilih.
Emm betul tu DH..kadang-kadang yang terpilih tu banyak yang tak minat..tapi bila pergi baru mereka tahu macam mana keseronokan PLKN nih..haha
awek plkn ke..btn ke..apa ke. aku tak percaya sangat. Dah jadi bini, baru leh percaya. haha..
hahahhaa…ayat ni macam ayat org kecewa…jgn mare bro…keh3
tak. memang dari dulu aku susah percaya orang perempuan. Setakat jadi skandal, itu lain ceritanya. haha..
ble jadi skandal encik titan ne…hari2 dating g makan cendok agaknya yer…kuikuikui =P
skdal gua suka cara lu bro titan haaa
hahahaha…aku dah agak dah…
aku biasa dgr camni “setakat buat awek bolehlah…nak buat bini….no no no…”
keh3
Kadang-kadang bini sekarang tak sama macam bini zaman dahulu kala..skandal lah, apa lah..entah apa2 diorang nih..hahaha
Ambe takde pengalaman camni..jadi setakat bace jerlah..
rasenya ayat awek tu ayat nak larikan diri jer tu bro…hehehe
kenangan pahit dan manis tu…
oh bro sempat masuk PLKN yer…zaman den dulu takde lagi…
Ooo masa zaman saya tu kalau tak silap yang pertama tuh..
nasib abik aku takde awek kat plkn
forever alone
dalam kurusu sempt cri awek dah
Kesiannya..tak apa la sekurang-kurangnya boleh tumpu 100% pada program dan ilmu yang ada dalam PLKN tu..
wahhhh fizul tak sangka akak, ada kenangan “cinta lokasi” rupanya hehe
Hahahahaha..biasa la kak CT..nak hidup kan…
rindu zaman PLKN………masa tu,xde la ngurat2 sesapa,tpi ada crush dgn someone,cuma dia anggap eca mcm adik weiii,sebab dia tua 2thn lmbt plkn sebab tangguh seketika….one day,dia g india continue study sana….memula boleh lagi a berbual menerusi friendster..masa tu fb lum popular,xlama pastu…tenggelam.sampai skrg xjumpa….tpi dia macho a..terkenang2 😛
tetiba rasa nak cakap, “ORANG YANG TAK PEGI PLKN ne RUGI SESANGAT”….sebab hari tu kan,tengah susun sijil nak gi interview..kwn siap pakej tunjuk sijil dia sampai 2fail..eca satu fail pun xpenuh…sekali tunjuk sijil PLKN…terus kata, “mahal ne sijil,nda (tidak) ramai org yg ada….”..bangga gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr 😛
#excited terus nak mengomen kat sini…sebab kalau diikutkan byk pengalaman PLKN ne.
Wahhh boleh karang artikel berkenaan dengan pengalaman PLKN ni eca..hehe
erk nama saya suri hiii…
kenanga plkn sy rasa nak joit depa kta blh mohon yer ker?
Emm betul ke?tua2 pun boleh mohon jugak ke?
hihi..org rumah tak jeles ke ni bro ? kekeke
Emm dia sporting..dia tahu suami dia ni sayang dia sorg ajer..maklumlah dapat suami yang baik hati…huahuahua
puji diri sendiri nmpk bro PK..hahaha =P
Haha..biasala kan..kalau bukan diri sendiri siapa lagi..hehe
bro PK sudahpun mengeluarkan kenyataaan media di atas…harap maklum…
cewah…macam personal assistant pulok rase..hehehehe
bila baca entri ni, terlintas dalam pala, bila nak kahwin ni..hahaha
Haha..kuat jugak tempias artikel ni..cept2 kawin..saya tahu man ramai peminat tuh..hehe
plkn tak best..hahahaha kena botak kepala lagi tu..
Ha ah..PLKN memang mcm tu..saya pun kena botak kepala jugak..makin ensem..hehe