Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah masa yang sibuk sudah pun aku lepaskan pergi. Hari jumaat dan Sabtu merupakan hari yang amat sibuk. Mengalahkan hari raya pula aku rasa. Maklumla orang jauh pulang ke kampung halaman. Terubat sedikit kerinduan pada anak-anak buah. Sebulan sekali jumpa pun belum tentu. Walaupun tak banyak masa dapat dihabiskan bersama, namun ia adalah suasana yang paling berharga. Hehe.
Hari Jumaat yang lepas, berkesempatan membawa keluarga pergi berkelah di La Hot Spring. Jarak perjalanan tidaklah begitu jauh. Hanya mengambil masa 30 minit dengan melalui kawasan ladang kelapa samit, memang mengujakan. Suasana yang lapang dengan pemandangan pokok-pokok kelapa sawit, memang amat mendamaikan jiwa. Tambahan pula sekarang ini Felda membuat projek penanaman semula kelapa sawit dan kawasan penanamannya ibarat padang jarak padang terkukur.
Melihat telatah kegembiraan anak, sedikit sebanyak merawat emosi aku yang sebelum ini gundah gulana. Hehe. Pada hari sabtu pula aku dan keluarga pergi ke Kota Bharu. Melawat anak sedara peninggalan arwah kakak aku. Anak buah yang sorang ni pun bukan main payah nak jumpa. Bila pulang ke kampung halaman baru lah berkesempatan untuk berjumpa.
Selama dua hari tak berhubung dengan dunia blogging, banyak kemajuan yang boleh aku banggakan untuk rakan blogger sekalian. Blog hatiputera telah berjaya mencalonkan diri dalam Media Sosial Award. Tahniah aku ucapkan pada mereka yang berjaya. Tidak lupa juga pada blog Abang Ensem, Faizal PJ dan iAwani. Blog pondok kecil tak berkesempatan lagi nak sertai. Mungkin di lain masa sekiranya diberi peluang macam ni lagi.
Pulang dari Kota Bharu tadi, aku ada singgah di kedai perabot yang menjual barangan terpakai dekat Kampung Selising. Singgah untuk membeli kerusi untuk melengkapkan ruang kerja aku bersama pondok kecil. Tapi tak sampai sejam aku duduk atas kerusi ni, entri Cerita Jumaat dan Sabtu belum sempat dihabiskan pun, badan aku dah terasa gatal-gatal. Belakang terasa panas dan aku rasa memang tak selesa berada di atas kerusi ni. Timbul pula penyesalan di hati. Tu la nak barang murah sangat. Harapnya esok lusa tak ada kesan sampingan la yang aku dapat daripada kerusi ni. Adoiii. Menyesal…………………………….. menyesal….
Ruang kerja aku bersama pondok kecil
Halaman pondok kecil lama ditinggalkan bukan kerana ketandusan idea untuk menulis. Hal yang berkaitan ketandusan idea ni telah lama hilang kerana rakan blogger, Denaihati telah memberi ideal buat mereka yang terputus bekalan idea. Hehe. Terima kasih bro Denaihati. InsyaAllah ada kelapangan waktu, ada la tu entri kisahnya secebis hati di halaman pondok kecil ni. Hehe.
p/s : Memang badan terasa gatal. Kena pergi mandi. Sampai disini dulu la yer. Jeng molep….
join je bro..
FaizalPJ recently posted..iPhone 5 Gadget Impian
emm tak bersedia lagi la bro..hehe
belum cuba belum tahu..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Cubaan Hack
hehe..alamak..macam terasa dicabar jer..haha..nanti kena tanya sifu dulu..
tred in je kerusi nya tu hehe
onlajer recently posted..iPhone 5 Gadget Impian
syg ler bro..kerusi cantik…lagipun baru jer beli..hehe..
basuh dulu kerusi tu bro…
hairulafiz recently posted..AIM 19 penuh klimaks
Mungkin kerusi tersebut kena berlapik sebab ia digunakan didalam bangunan berhawa dingin jadi tidak panas dan berpeluh menyebabkan gatal ketika duduk diatasnya.
akubiomed recently posted..Dapat barang idaman dengan Sold my
Hehe..memang sy lapik dah bro..selesa..terima kasih atas cadangan berguna nih..hehe
basuh dan keringkan, mungkin lepas tu dah ok kot bro..
Hehe..sy alas ngn karpet..ok sikit bro..hehe
Kalau kerusi jenis kain, bolehlah cuba di basuh dulu, kalau jenis kulit, boleh gunakan bahan pencuci kulit untuk menghilangkan sebarang kuman yang ada. Perkara biasa bila beli barangan terpakai, yang penting masih boleh berfungsi dengan baik.
Walaupun dah beberapa tahun tinggal di sini, tak pernah lagi menjejakkan kaki ke La Hot Spring tu, padahal bukan jauh sangat dari rumah mertua. Tapi tiap kali balik ke kampung, tak terfikir pula nak gi… hehehe
Eizil recently posted..Re: Semangat yang hilang – bonikacak.com
Haha..boleh la tu eizil rancang masa pergi ke La Hot Spring..nanti boleh kenal rumah sy..hehe
lawa SOHO ko. haha..
titan recently posted..20 info tentang Contest tempatan.
alamk…SOHO tu apa dia en titan?boleh explain tak?hehe
Dekat mana La Hot Spring ni..
Sosial Media Award ni boleh ke main calon diri sendiri? Hahaha
Mummy Akmar recently posted..iPhone 5 Gadget IMPIAN
emm dekat kampung sy ler..kampung felda tenang, besut terengganu..haha..emm Sosial Award tu sy tak pasti la mummy…
wahhh si pondok kecil sudah ada opis sediri
tahnah
sweetkurma recently posted..ikhlas menulis
hehe..terima kasih kak ct yang sweet..hehe
pondok kecil beriadah ..haha.. La Hot Spring ..bunyi macam masala..:D
syaifuddin alias recently posted..SEO Extravaganza : Dijemput Semua Blogger Mencuba Nasib
beriadah di kala ada luang waktu jer bro..hehe
seronok tgk air yang jernih..
sama la kita..hehe
Dah lama tak pergi Kolam Air Panas La tu…last pergi sebelum kahwin lagi awal tahun 2000.Padahal tak jauh mana pun dari rumah Tok ambe…
Boh…kerusi tu nok keno basuh dulu tu…biar hilang segala bakteria serta kuman…huhu
yusri recently posted..Retro Sabtu : Kasih Yang Tak Pasti – Panji
haha..demo gak…wak tok ingt lalu tempat peranginan hok tok brapo nak sohor ni..haha..kerusi tu kawe alas ngn karpet boh..seleso la jugak..hehe
kawe ingat sokmo tepat tu…cumo maso jah dok mengizinkan untuk kawe gi lagi…lamo doh nok bowok ore rumoh dgn anok-anok gi situ…sapai ko loni dok jugok sapa-sapa..haha
yusri recently posted..Wordless Wednesday #22 – Top Speed?
haha..tok leh rancang boh..kalau kebetulan balik, g lalu..haha
jolo doh…kalu race tapi dok jadi,ado jugok hok tarik muko nati..haha
yusri recently posted..Aku, Basikal dan Daun Kapal Terbang
haha..hok tu hok tok tahan tu boh..keno pulok anak2.jenuh la nk mujuk..kalu mok dia senang pulok..hahaha
haha…demo gak po beso-beso jah…haha..
po kawe jugok…
yusri recently posted..Aku, Basikal dan Daun Kapal Terbang
ehh jange gege sini boh..malu2..hahaha..wak senyap jah
best n jeles tengok org bercuti…. bile la sy nak gi bercuti niii… haiishh
Nadot recently posted..3 Blog Pilihan Terbaik
Haha..ye ke??ejas la masa pergi la bercuti..kurang2 boleh release kan tension tu..hehe
cuti2 sekolah sonok bawa anak2 jalan kan?
wah siap ada ruang kerja blog
sop merata duduk.. tp suka lepas tepi beranda.. boleh berasap.. hehehe
Sop recently posted..Percutian ke Pulau Pangkor – Hari Kedua
emm sy suka wujudkan suasana kerja mcm ni..ada meja kerja..hehe..sy tak leh nak lepak merata-rata sebab susah nak usung dekstop..lepas tu line broadband tak semua kawasan dalam rumah ada..hehe
sesekali bila bawa ahli keluarga beriadah memang seronok rasanya. lupa segala kesibukan yang mehambat diri.
Ladfe Amir recently posted..KOTAK HITAM
betul tu bro…masa luang yang ada,memang tak rugi jika dihabiskan dengan perkara mcm ni..seronok..hehe
Kerusi tuh mungkin kene basuh dulu kot bro..insyallah dah basuh ok tu nanti 😉
emm sy alas ngn karpet bro..tak tahan ler..nak tukar sampul, memang payah sebab dijahit sekali ngn spam dia tu..akhirnya cari karpet buruk2 yang dah tak pakai buat alas kerusi ni..setakat ni alhamdulillah..selesa..haha
Ketandusan idea dan kesibukan kerja menyebabkan PR saya merudum. Nasib badan,.
daddydee recently posted..Ayuh Kita Bersatu Berjuang…
ciktom suka mandi kt sn..best!
cik tom recently posted..Buah Hati Baru
hehe…kena steril dulu kot kerusi tu..byk hama..hehe
Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Drama Adam & Hawa Episod 49 – 52
emm mungkin la..bekas sape auu yang duduk ni yang jadi gatai tahap cipan ni..haha
demo DIY ko tu mejo komputer?comel molek…kawe kene jugok tengok…kalu tahu kawe suruh demo jah buat hahaha…
yusri recently posted..Wordless Wednesday #22 – Top Speed?
lagu tu demo kato comel??mejo tu tdop cukup kayu dop cukup plywood..kawe malas nok beli jadi pakai hok mano ado jah..hasil nya srupo demo tgok la tu..kalu dekat kawe suko buat ko demo..tapi jauh malas ahh..haha
nok suruh wat mejo komputer anok jate kawe…duk paka mejo komputer kawe dari zame buje lagi tu…last-last kawe gi cari kat perabut terpakai jah…haha
yusri recently posted..Aku, Basikal dan Daun Kapal Terbang
Haha..demo ni gak..kawe kalu dekat2 kawe relo bekorban utk demo..jauh2 masalah lalu lah..last2 po demo oyat tu la..cari kedai senang…haha..tak apo la barang lamo menjadi kenangan selagi buleh dipakai..hehe
demo wat sutil ko kawe…pastu demo courier lah kot ni…postage cost kawe tanggung…haha
yusri recently posted..Aku, Basikal dan Daun Kapal Terbang
haha..bahaya demo..sapa lagu tu skali nak pakai khdmat kawe…nanti kawe ado rezeki kijo johor la kawe buat demo..hahahaha
haha…molek jugok kalu gitu gak…huhu
yusri recently posted..Aku, Basikal dan Daun Kapal Terbang