Cerita Kosong Sahaja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Diam tak diam, sedar tak sedar dah penghujung bulan Julai 2017. Lagi beberapa bulan melangkah masuk ke tahun 2018. Sekejap masa berlalu. Namun pencapaian hidup tidak sepantas masa berlalu. Perancangan kehidupan juga ada yang terbantut dan tidak mampu dilaksanakan dalam tahun 2017.

Teruk... Sangat teruk dia punya statistik.. Haha
Teruk… Sangat teruk dia punya statistik.. Haha

Selagi hayat dikandung badan, selagi masih bernafas, kehidupan harus juga diteruskan dan aturlah kehidupan itu supaya berkeadaan baik selalu. Bak kata peribahasa “dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam”.

Pencapaian blog juga saban hari semakin merosot. Puncanya adalah malas. Malas nak menulis. Malas nak login wordpress. Malas nak tekan-tekan keyboard. Dan segala-galanya malas bila melibatkan aktiviti blog.

Keseronokan menulis blog sudah lama menghilang. Tidak sebagaimana tahun pertama menceburkan diri dalam dunia blogging.

Seronok tengok rakan blogger yang sedang asyik menjana pendapatan dengan Adsense. Jauh disudut hati, terasa juga cemburu. Namun, komitmen untuk bersama dengan adsense masih belum ada. Haha.

Ok. Sekilas cerita luahan hati untuk hari ni. Semoga esk akan ada mood yang baru untuk terus menulis dan menceriakan laman Pondok Kecil yang semakin suram ini.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

48 thoughts on “Cerita Kosong Sahaja”

  1. Apa lagi motivasi yang lebih baik untuk paksa kita ke depan selain daripada untuk bawa manfaat pada orang lain tuan

    Hehe

    Dan sebab duit. Pasang surut tu biasa

    Tapi kalau objektif kita besar. Mesti kita akan cari jalan juga

  2. semoga semangat untuk menulis di blog itu masih ada. kongsikan segala yang ingin dikongsikan di sini agar semua masih dapat membaca coretan ketika menjengah ke bloh pondok kecil. semangat2.

  3. semoga semangat untuk menulis di blog itu masih ada. kongsikan segala yang ingin dikongsikan di sini agar semua masih dapat membaca coretan ketika menjengah ke blog pondok kecil. semangat2.

  4. Dah lama sangat tak update blog… Sebab tu lah jadi macam tu…
    Blog Pondok Kecil ada nama… Dan ramai orang kenal blog ni… Cuma kena update sahaja supaya trafik blog ni terus memberangsangkan…

    1. Yup..itulah bro.. sayang pula sebab dulu tak fikir semua ni.. dulu pandai sangat ikutkan perasaan malas ni.. la ni, dah rasa selesa dengan malas update blog.. haiyaaa….

  5. Saya rasa relieve sangat bila dapat berkongsi pasal minat saya kat blog.. walau kadang-kadang busy yang amat.. tapi blog tak pernah missed ! macam diary nutrisi dah blog saya, impian saya nak lebih ramai orang yang cantik dan sihat..

    1. Hehe.. besar impian tu.. semoga berjaya nantinya yer.. Hehe.. Sekarang saya dah rasa stress sebab sudah selesa dengan tidak update blog.. Kalau dulu blog diutamakan.. La ni, blog diakhirkan.. Haha

  6. Salam bro, moga sukses. Saya pun memang malas jugak nak tulis blog. Semenjak dah dpt sdsense akaun penuh, kembali bersemangat.

    Nak cepat lulus, pohon melalui youtube adsense dulu, tapi kena ada video recording sendiri dan upload. Lps tu mohon adsense. Bila dah approve, add pula utk blog.

    Kalau boleh jangan blog wordpress, guna blogspot tetapi domain sendiri spt dot com.

    Bila youtube approve dan ada domain sendiri, add product, yakni blog milik kita tu.

    Bila adsense dah review blog kita, dalam masa 2 minggu, dia approve dan bolehlah pasang iklan di blog dan mana-mana blog termasuk wordpress.

  7. blog merupakan tempat yang amat sesuai untuk berkongsi sama ada kehidupan, maklumat atau sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain. jadi teruskan bersemangat ye.

  8. Yang merah ifu saga
    Yang kelok itu kendi
    Yang indah itu bahasa
    Yang elok itu budi.
    Menulis itu memerlukan kerajinan,
    saya berpesan termasuk kpd diri saya sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *