Cerita Sempena Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kehangatan dan kemeriahan hari raya telah menampakkan sinarnya. Kesyahduan lagu hari raya sudah pun berkumandang. Hiba, pilu, gembira, dan segala bagai lagi rasa singgah mencoret pada kenangan lampau. Sungguh indah suasana malam ini. Malam yang sunyi daripada bunyi-bunyi sang cengkerik menimbulkan tanda tanya dalam diri ini. Adakah malam ini malam Lailatul Qadar? Malam yang dicari dan dinantikan oleh umat Islam seluruhnya.

indah hari raya ibarat indahnya bulan purnama

Kredit : Wordless Wednesday – # Oh bulan!

Faktor utama yang membawa kita kepada malam Lailatul Qadar adalah kesungguhan dan keikhlasan kita mengerjakan amal ibadah disepanjang 10 malam terakhir bulan Ramadan. Sempena hari raya yang bakal menjelma, banyak kenangan manis dan kenangan pahit terpaksa aku imbas kembali. Nostalgia yang tak ingin aku kenangkan ini hadir jua setelah sekian lama menyepi jauh di lubuk jiwa. Mungkin ia kenangan yang terkahir yang hadir dalam hidup aku sebagai seorang perantau.

Hati si perantau ada kalanya tersentuh juga. Hati si perantau ada masanya terasa hiba juga. Jauh perjalanan luas pemandangan, merupakan visi aku sebagai seorang perantau. Menyelusuri ceruk-ceruk, denai-denai, dan sudut-sudut kehidupan ini demi mencari pengalaman hidup. Pengalaman yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Pengalaman yang tak ada nilai gantinya. Kecekalan hati aku sewaktu bertekad untuk menjadi si perantau satu masa dulu menimbulkan rasa pelik pada pandangan mata keluarga.

Adakah aku yang berstatus anak bongsu tidak mampu untuk mengharungi dunia luar yang penuh dengan cabaran? Rintangan demi rintangan terpaksa dilalui untuk mencari sesuap pengalaman yang berharga? Aku pun manusia juga. Punyai naluri dan perasaan ingin hidup berdikari. Mencari rezeki dengan kudrat tenaga yang masih berbaki. Tak kan selamanya hidup anak bongsu di bawah ketiak keluarganya?

Cekalnya hati aku, tak seorang pun yang menyangka. Tabah dan kuatnya semangat aku untuk menjadi si perantau diselitkan dengan pandangan sinis masyarakat kampung. Pandangan yang mampu membunuh semangat yang ada dalam jiwa ini. Azam yang kian lama tersemat ini, lambat laun akan menjadi realiti juga. Permulaan untuk berjaya, memang banyak cabaran dan halangan. Betul kata mak. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah.

Suasana dipasaraya sekarang ini meriah dengan lagu-lagu syahdu. Lagu hari raya versi lama zaman 70-an betul-betul menggamit memori. Sekali hinggap, terpaku utuh dalam jiwa ni. Memaksa hati yang rajuk, pulang untuk beraya bersama keluarga tercinta. Sudah lama rajuk di simpan dalam jiwa. Andai kata ia dihitung, lebih kurang 10 tahun lamanya. Sudah lama juga aku tidak menjenguk keluarga di kampung. Disebabkan perkara yang mengguris hati suatu masa dulu, aku nekad untuk terus tinggal di ibu kota ini. Selama-lamanya selagi hayat dikandung badan.

Namun, jauh di sudut hati, aku masih merindui wajah-wajah manis keluarga tercinta. Terutama wajah jernih mak yang sentiasa menjadi bahan untuk dirindui sepanjang aku bergelar si perantau. Betul kata mereka, aku dan keluarga ibaratnya, air di cincang tidak akan putus.

Batang selasih permainan budak. Daun selasih dimakan kuda. Bercerai kasih talak tiada. Seribu tahun kembali juga.

Macam mana keadaan mak sekarang ini? Masih ingatkan dia pada wajah anak bongsunya ini? Adakah dia akan terima aku dan memafkan segala silap yang telah aku lakukan dulu?

Persoalan demi persoalan terlintas di kotak fikiran. Mencari jawapan yang semakin lama semakin bercelaru. Mungkin tahun ini, sudah ditakdirkan. Aku akan beraya bersama keluarga tercinta. Walaupun kehidupan aku di kota agak baik sekarang ni, namun tak lengkap rasanya jika tidak dikongsi bersama keluarga tercinta. Tahun ini, hari raya pastinya akan meriah dengan kepulangan aku yang sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki di kampung halaman.

Sawah padi dan gunung-ganang yang menghijau. Ahh sungguh nyaman dan dingin suasana kampung halaman. Keseronokan memancing belut bersama mak mengukir senyuman tatkala di imbas kembali kenangan itu. Walau apa pun yang bakal terjadi, tahun ni aku akan pulang ke kampung halaman. Ciuman dan pelukan ini bakal ku hadiahkan pada mak sebagai pengubat rindu yang sudah sekian lama terbuku.

Mak, sempena hari raya yang bakal menjelma ni, orang nak mintak maaf yer. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Orang tahu orang selalu sakitkan hati mak.

kepulangan yang dinantikan di hari raya

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur.

44 thoughts on “Cerita Sempena Hari Raya

    1. hafizul Post author

      Emm sabar bro..setiap penghidupan ada pengakhirannya..semoga bro sekeluarga bergembira untuk hari raya yang bakal menjelang tiba..

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..terima kasih banyak-banyak bro…insyaAllah..semoga bulan mulia ni banyak yang dapat kita bekalkan untuk kehidupan hari esok..selamat hari raya juga untuk bro sekeluarga..hehe..

      Reply
    1. hafizul Post author

      Haha..betul tu bro..dan paling excited nak tunggu anak balik pun mak ayah gok..walaupun luaran nampak mcm tak buat persiapan mana nak sambut anak balik..haha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge