Cerita Seram Blogger Sepenuh Masa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah masuk hari yang ke-16 aku menjadi seorang blogger sepenuh masa. Sepanjang tempoh tersebut, banyak perkara duka daripada suka. Permulaan untuk menjadi blogger sepenuh masa sebenarnya bukan senang. Harus ada “backup” yang mencukupi. Baik dari segi kewangan, pengurusan masa dan yang penting sekali ialah hati mau kering.

sekadar hiasan
sekadar hiasan

Setakat ini, sumber pendapatan hidup seharian kini lebih tertumpu kepada blog sahaja. Seminggu duit tak masuk, hati dah mula tak keruan. Gundah sana dan gundah sini. Nak duduk selesa pun tak senang jadinya.

Duit gaji bulan lepas tinggal sikit aje. Entah esok, entah lusa, habis la duit tu. Manakala duit komisen untuk minggu lepas, dah habis digunakan. Entah la. Aku rasa macam tak boros mana pun. Belanja seharian sekitar 30 hinggit jer. Haha.

Bangun pagi, fikiran mesti melayang punya. Fikirkan duit dalam bank. Duk risau duit komisen masuk ke tak. Sekali sekala aku rasa macam nak tidur jer. Dari pagi sampai ke malam. Ada ketika aku akan berperangai pelik. Dengar bunyi telefon macam ada emel yang masuk.

Buka telefon, check emel. Tak ada pun berita gembira. Yang paling celaka lagi, bila ada masa free, aku akan buka emel. Refresh emel. Sampai 10 kali refresh. Kononnya line internet slow menyebabkan emel susah masuk dalam inbox.

Dan lepas tu, aku gelak sorang-sorang.

“Hahaha. Tak ada emel komisen hari ni…”

Semakin hari, semakin tak keruan. Semakin pelik jadinya.

Itu baru satu bab.

Minggu lepas, aku nak balik rumah. Bawa kereta macam biasa. Steady jer. Tak laju dan tak slow sangat. Sampai kat traffic light bandar Jerteh, aku berhenti. Nak U-Turn pergi ke Gong Nering. Masa tu, aku tak tahu apa yang aku syok sangat duk fikir.

Sedar tak sedar aku bawa kereta sampai ke Pasir Puteh. Siap hairan lagi kenapa kawasan rumah aku penuh dengan bangunan-bangunan kedai. Siap ada orang cina lagi. Sedangkan kawasan rumah aku kawasan kampung. Jiran semua orang Islam.

Hinggalah aku ternampak tulisan “Majlis Daerah Pasir Puteh”.

Tetiba rasa nak babak diri sendiri.

Rasa nak keluar kereta dan bergolek atas jalan raya.

Malang sungguh hidup blogger sepenuh masa macam aku ni. Langsung tak ada serinya. Dah hari ni, “seri” itu datang.

Dapat emel komisen dari Ashadee…. Gembira? Terlebih gembira hari ni.

Hahaha.

Kesimpulannya….

Bukan senang nak jadi blogger sepenuh masa andainya pendapatan blog masih tidak menentu. Kena persiapkan emosi dan mental sehabis baik. Agar korang akan tulis cerita gembira blogger sepenuh masa di blog korang nanti.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

49 thoughts on “Cerita Seram Blogger Sepenuh Masa”

  1. Good Luck!! Jadi blogger sepenuh masa ni kena cekal dan tabah… Banyakkan bersabar, ada masa rezeki yang masyuk banyak… Ada masa langsung tak ada rezeki… Tengah rezeki masuk banyak kena beringat, supaya tidak berlapar di kemudian hari..

  2. jangan risau sangat pasal rezeki..usahakan saja sebaik mungkin…jangan miss solat dhuha

    itu sangat bagus untuk melancar rezeki masuk..

    jika kena pada masanya saya juga nak sangat jadi blogger sepenuh masa…

    jadi kita akan satu club…” Malaysia .Fulltime Blogger Club

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *