Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ini adalah artikel contest bersama Cik Tom dan Exabytes selaku penaja contest. Terima kasih kepada Cik Tom dan Exabytes kerana hadiah lumayan yang disediakan. Syarat untuk menyertai contest ini cukup mudah dan bukan merumitkan sebagaimana contest berupa SEO. Sekali sekala memang terasa ‘ give up ‘ bila teknik yang kita buat tu tak menjadi. Itu perkara normal yang perlu dihadapi oleh mereka yang ingin berjaya dalam contest berupa SEO ni. Bak kata rakan blogger, ” SEO ni umpama gadis cantik jelita yang perasan lebih dan jual mahal. Nak tackle ini perempuan, hati kena keras macam batu ” .
Dalam contest yang dianjurkan Cik Tom ni, antara syarat kelayakan adalah memberi cadangan penambahbaikan untuk blog Cik Tom dari setiap segi. Segi penulisan ataupun rupa paras blog, semuanya boleh diberikan cadangan. Antara cadangan pondok kecil untuk blog Cik Tom adalah :-
1. Aku suka bahagian header dan favicon blog Cik Tom. Selamber dan menarik serta memberi penjenamaan pada Cik Tom yang suka akan tomato. Dan sehingga hari ni, bila tengok tomato, aku terus terbayang-bayang pada blog Cik Tom.
2. Berkenaan dengan Navigation Menu atau pun menu di bawah bahagian header, aku rasa elok Cik Tom susun menjadi satu baris sahaja. Menu Owner, Menu Disclaimer dan Menu Contact boleh disatukan.Penggunaan bahasa untuk setiap menu aku rasa boleh disatukan menjadi Bahasa Melayu kerana isi kandungan blog ni pun dalam Bahasa Melayu.
3. Loading page blog setakat hari ni alhamdulillah. Laju dan tidak lembab. Aku hanyalah pengguna broadband sahaja dan segala aktiviti blog dilakukan dengan menggunakan talian broadband yang signalnya 2 atau 3 bar sahaja. Tapi blog cik tom masih boleh diakses dengan hati yang gembira. kadang-kadang blog Pondok Kecil pun ada yang tersangkut tetapi blog Cik Tom ok jer. Mungkin ada sesuatu yang belum aku ketahui berkenaan loading page blog ni.
4. Bahagian sidebar blog aku tengok tidak tersusun. Mungkin pada penglihatan Cik Tom dah nampak tersusun. Maaf Cik Tom yer, aku tengok dari sudut kekemasan. Bukan sudut buat duit kerana aku masih gagal dalam aktiviti macam ni. Hehe. Aku suka recent post berada di tengah sidebar.
5. Aku rasa setakat ni sahaja yang mampu aku coretkan. Cadangan yang diberikan ikhlas dari penglihatan mata aku. Aku tak boleh tengok lebih mendalam lagi kerana aku takut terpikat dengan kewibawaan Cik Tom dalam menjana pendapatan dari blog. Haha. Gurau jer Cik Tom nak kasi mood gelak ketawa sikit.
Antara syarat lain pula adalah berkenaan dengan Exabytes. Untuk pengetahuan Cik Tom, ini kali pertama aku dengar nama Exabytes. Bukan nak menipu tapi itulah hakikatnya kerana aku masih baru dalam dunia blogging. Masih banyak perkara yang aku tak tahu. Untuk melengkapkan tugasan contest ni, aku telah membuka laman Exabytes untuk mencari maklumat berkenaan dengan Exabytes. Kalau bukan kerana contest ini, aku tak kan mengenali apa itu Exabytes. Selepas menerokai laman Exabytes, ada beberapa perkara yang aku tahu. Antaranya :-
1. Exabytes adalah syarikat terkemuka di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan webhosting.
2. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Chan Kee Siak, nama Exabytes diambil daripada nama syarikat besar iaitu gigabait.
3. Perkhidmatan yang diberikan adalah terbaik kerana Exabytes adalah pembekal webhosting nombor 1 di rantau ni yang mana pencapaian tersebut di undi sendiri oleh pelanggan mereka. Ini adalah salah satu faktor kepada pemilihan domain dan hosting yang kebanyakannya diberi perhatian oleh mereka yang memerlukan.
4. Mempunyai pelanggan tetap dari syarikat yang berjaya seperti Nuffnang sdn. bhd. menunjukkan bahawa syarikat Exabytes telah berdiri utuh di persada tanahair.
5. Exabytes Network Sdn Bhd telah dipilih sebagai salah satu Top 25 syarikat Paling Popular di Direktori Web Host Jan 2012 sekaligus memberi kepercayaan pada aku selaku orang baru untuk mencuba perkhidmatan ini.
6. Harga domain dan hosting yang ditawarkan oleh Exabytes merupakan harga yang berpatutan dan lebih kurang sama dengan syarikat yang lain. Cuma yang berbeza adalah semasa promosi di jalankan.
Contest ini dianjurkan oleh ciktom.com dan ditaja oleh Exabytes.


{ 31 comments… read them below or add one }
betul. bahagian sidebar tu serabut. tapi dah tu pilihan ciktom. hehe..
ohcikgu recently posted..Saya tak pandai SEO.
insyallah jika berkesempatan nak join jugaklah contest tuh…:)
papa mifz recently posted..Selesai Sudah Majlis Bertunang Adik Ipar
semoga berjaya bro
hairulafiz recently posted..2012 Tahunku Yang Kacak
Terima kasih hairul..hehe
teringin nak join juge…tp macam tak sempat… Good luck ye

Nadot recently posted..2012 Tahunku Yang Cantik
Hehe..biasa la kalau dah kesibukan melanda, apa boleh buat…
moga berjaya, bro
memang meriah dengan contset hujung tahun ni
TehR recently posted..Generasi Y
Betul tu bro..kadang2 dah bertukar..pondok kecil ni blog contest ke blog personal?haha
nak inform ni..
-mencari entry terbaik 2012..boleh share entry terbaik korang dalam segmen ni,,..jemput join..simple,takde syarat..
pemenang akan direview
http://www.jeritpekik.my/2012/12/segmen-bebas-syaratentry-terbaik-untuk.html
afif recently posted..SEGMEN BEBAS SYARAT:Entry Terbaik 2012 Untuk Direview
good luck bro
Terima kasih boni kacak..hehe
good luck..
sy masih x punya masa nak join contest..

Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Di Stadium Perak : Piala Emas Raja-Raja 2012
Hehe..apa boleh buat..kalau dah namanya blogger sambilan..kan?
Memang terbaik bro cadangan penambahbaikan tu. Semoga berjaya.
hatiputera recently posted..Bloglist Blog Hati Putera
Terima kasih bro..hehe
Nampaknya, ini mmg review yg amat jujur…terbaiklah bro PK! Dah ada bakat tulis review tu…
Semoga berjaya!
hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #27 Komisyen Pertama!
Ehh ye ke??lepas ni kiranya boleh la buat segmen review pulak mcm saudara Sop buatkan tu..hahaha…terima kasih bro..
terima kasih atas review yg ikhlas ni..ciktom terima dgn hati terbuka..sejujurnya ciktom pun xberapa suka sidebar blog ciktom..hahahaa….ok ciktom akan follow suggestion dr blog PK utk susun blk menu dan juga sidebar..tq ye!!
thanks join contest ciktom ni ye

cik tom recently posted..Top 10 Ranking Alexa Blogger Malaysia 2012
ciktom dah adjust recent post dan juga tab menu…
cik tom recently posted..Top 10 Ranking Alexa Blogger Malaysia 2012
Waduh…express yer cik tom..ekpresikan dirimu…huahuahua…
Ehhh ada jugak mcm ni..ingtkan sidebar tu cik tom sengaja buat mcm tu…hahaha…sama-sama..
Cik Tom memang mendengar kata. macam nilah semua orang sayang ni
Ladfe Amir recently posted..Dimanakah Keadilan Allah Saat Aku Berdoa
good luck PK, insya allah akan turut serta contest ini
ajumohit recently posted..Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog?
Terima kasih..join jgn tak join..hehe
hari ini adalah hari terakhir. Harap HP dapat join contest nie jugak.
hatiputera recently posted..Cadangan Penambahbaikan Blog Pondok Kecil
ciktom suka makan tomato!
titan recently posted..Susah juga ganti tayar kereta Saga ni..
Tu la masing2 ada senjata masing2..tu la yang cepat famous..huhu
haha. tapi gua tak suka tomato.
titan recently posted..Ya. Gua tak rasa bersalah pun..
good luck bro. saya juga salah seorang peserta contest ini
Ladfe Amir recently posted..Dimanakah Keadilan Allah Saat Aku Berdoa
blog saya masih hijau nak bagi pendapat kat blog senior macam ciktom ni
hairulafiz recently posted..Selamat Tahun Baru 2013
Emm tak apa bro..kongsi sekadar yang termampu…mungkin idea kita ada, tapi kita tak tahu cara nak praktiskan dalam blog sendiri..hehe..
{ 1 trackback }