Banner

Contest ” Destinasi Percutian Melastik Bintang “

by hafizul on February 7, 2013

in Contest

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama kali aku nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan blogger, Melastik Bintang kerana mengadakan contest yang sangat menarik. Mujur lah penaja tak boleh join contest ni. Kalau boleh join, dah lama aku join. Dan tempat yang akan aku cadangkan adalah La Hot Spring. Haha. Ini kawasan penuh dengan kelapa sawit. Airnya tenang dan sungainya bersih. Kanak-kanak nak mandi manda pun tak perlu bimbang. Air cetek dan sesuai untuk kanak-kanak. Manakala air panasnya pula terbahagi kepada dua. Panas-panas suam dan panas-panas sangat. Tak perlu bimbang kerana air panas La Hot Spring setakat ni tak ada lagi manusia yang melecur.

destinasi percutian

Bila anak gembira, kita seronok. Bila seronok, tekanan pun hilang.

Dulu waktu zaman sekolah menengah, ini adalah antara kawasan terbaik untuk memonteng. Haha. Rela menempuh perjalanan selama 30 minit dari sekolah semata-mata nak memuaskan nafsu serakah. Maklumlah waktu tu mana ada mood sangat nak belajar. Pantang kawan-kawan ajak ponteng, aku mesti setuju punya. Inilah diantara berjuta-juta penyebab kenapa aku tak berjaya mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Ya aku tahu semua itu Allah yang tentukan. Rezeki Allah sangat luas. Cuma yang tinggal hanyalah kesungguhan kita dalam mendapatkan rezeki tersebut.

Alamak. Panjang pulak mukadimah. Ok berkenaan dengan contest destinasi percutian Melastik Bintang, aku nak ajak rakan pembaca sekalian untuk menyertai contest ni. Tak melibatkan contest SEO. Apa yang penting, hadiah yang ditawarkan sangat lumayan. Contest ini diadakan bertujuan untuk memberi cadangan kepada MB berkenaan dengan destinasi percutian yang menarik untuk dilawati. Maklumla beliau adakan contest ni sempena menyambut ulangtahun perkahwinan beliau yang ke dua. Semoga ikatan ini akan berkekalan sampai ke syurga. Aminnn. Dan jangan lupa, tambahkan aset (anak) dalam kehidupan anda. Haha.

Dalam contest ini terdapat dua tugasan. Biasala kan kalau hadiahnya lumayan, contest pun kenalah mencabar sikit. Hehe. Untuk keterangan terperinci berkenaan dengan setiap tugasan tu, korang boleh klik dekat banner dibawah ni. Bila korang baca, mesti korang teruja. Bila korang teruja mesti korang tak sabar-sabar nak sertai contest ini. Hehe.

Hadiah menarik yang ditawarkan.

Tugasan 1


1 Entri Terbaik  
RM 100 + 1 Buku Tips Hartanah

1 Destinasi Percutian Terbaik
RM 50 + Memori Card Camera 4G

10 Hadiah Saguhati
2x Clinique Skincare
3x Perfume
1x Diskaun Card IKEA bernilai RM30
1x Topup RM 30
3x Topup RM 10

1 Penyertaan Terawal
Ruang Iklan ( 150 x 150 ) Di Salah Sebuah Blog Penaja

Tugasan 2

3 Pendapat Blogger Terbaik
3x RM 501 Penghargaan Khas

Hadiah akan diberikan kepada seorang blogger yang berjaya menempatkan entri beliau di Enjin Carian Google di Rank yang pertama sehingga tarikh tutupnya contest.RM 50 + 1 Helai Baju ‘I LOVE BLOGGING’

1 Cabutan BertuahPemenang akan ditentukan melalui proses rawak.
1 Helai Telekung
# Bonus, mereka yang menyertai contest ini secara automatik akan berada dalam BloglistBlog Melastik Bintang.

Ha macam mana? Aku dah kata kan hadiahnya sangat menarik. Jadi apa yang korang tunggu lagi? Jom ke laman beliau dengan segera. Sebelum ke laman beliau, jangan lupa tinggalkan komen yer. Sebab tanpa komen korang semua aku rasa setiap artikel yang aku hasilkan tak bernyawa. Mati dan layu ibarat pokok bunga mawar yang terputus akarnya. Hehe. Ingat tu.

{ 38 comments… read them below or add one }

hatiputera February 7, 2013 at 2:16 pm

Nie komen terawal tak dapat hadiah ke PK…by the way..nice contest.
hatiputera recently posted..Pelaburan Emas Atau Silver Mana Bagus?My Profile

Reply

hafizul February 7, 2013 at 4:05 pm

Amboi2..nak hadiah ke bro?habis lah sy..nanti sy kaya lah..hehe..betul tu..contest ni paling menarik..

Reply

WRizuan February 7, 2013 at 2:31 pm

contest yg menarik, mcm ni baru release tension asyik contest seo jer hehehe
WRizuan recently posted..Wordless Wednesday : Rezeki BloggingMy Profile

Reply

hafizul February 7, 2013 at 4:04 pm

Ha ah..macm tu la kan..contest macam ni tak perlu fikir2..santai dan rilek jer..hehe

Reply

WRizuan February 7, 2013 at 11:30 pm

tu la bro, aku nk join ni :)
WRizuan recently posted..Wordless Wednesday : Rezeki BloggingMy Profile

Reply

hafizul February 11, 2013 at 8:57 pm

Emm join bro..jangan tak join..rugi tu..hadiah punya la lumayan..hehe

Reply

Melastik Bintang February 7, 2013 at 2:46 pm

hehe..La Hot Spring.. best ni nak mandi-manda.. (^_^)

Akan dipertimbangkan hehehe

p:s terima kasih atas entri ini…
Melastik Bintang recently posted..P1 MX230 Penyelamat KehidupanMy Profile

Reply

hafizul February 7, 2013 at 4:04 pm

Sama-sama..kat sini hutan jer..kalau nk merasa pengalaman berada dalam hutan, boleh jer..hehe..

Reply

papa mifz February 7, 2013 at 5:02 pm

antara sungai dan laut, den prefer lagi mandi laut…:)
papa mifz recently posted..Pakej Pulau TiomanMy Profile

Reply

hafizul February 11, 2013 at 8:59 pm

Adoiii..air sungai lagi best..saya kurang gemar mandi air laut..badan melekit jer..hehe..sekali sekala tu boleh ler..hehe

Reply

TehR February 7, 2013 at 10:26 pm

La Hot Spring ni kat mana, bro?
TehR recently posted..Piala Negara-Negara Afrika 2013 | Perlawanan AkhirMy Profile

Reply

hafizul February 11, 2013 at 8:58 pm

Kat besut bro..kat Felda Tenang..huhu

Reply

titan February 7, 2013 at 11:16 pm

hoho..sila join. sila join.
titan recently posted..You raise me up..My Profile

Reply

hafizul February 11, 2013 at 8:58 pm

En titan tak nak join ke?hehe

Reply

akubiomed February 7, 2013 at 11:53 pm

Belum pernah mendengar La Hot Spring. Berdekatan dengan ladang kelapa sawit airnya tidak berbau masam?

Reply

hafizul February 11, 2013 at 8:56 pm

Emm setakat ni saya pergi mandi air tak bau masam lagi..air sungai kat ladang ayah saya pun tak berasa masam..hehe

Reply

Hazmin Hamudin February 8, 2013 at 10:03 am

Menarik jugak contest ni. Mesti ramai yang join nanti ni..
Hazmin Hamudin recently posted..Tazkirah Jumaat | Doa Seorang Muslim Untuk SaudaranyaMy Profile

Reply

hafizul February 11, 2013 at 8:55 pm

Ha ah..mesti ramai yang join ni..huhu

Reply

Mummy Akmar February 8, 2013 at 10:35 am

Cuti dekat mana pon bestttttttt
Mummy Akmar recently posted..Pre-Gong Xi Fa Chai Dinner Di Royal Golf Club IpohMy Profile

Reply

hafizul February 11, 2013 at 8:54 pm

haha..betul dah tu..asalkan boleh pergi bercuti..boleh rawatkan stress pun dah kira OK..hehe

Reply

yusri February 8, 2013 at 11:14 am

asalkann cuti memang best…yang tak bestnya cuti tanpa gaji…
yusri recently posted..Istidraj Di dalam KehidupanMy Profile

Reply

hairulafiz February 8, 2013 at 3:50 pm

hihihi selalu apply ke bro cuti tanpa gaji..
hairulafiz recently posted..Jersi Johor Darul TakzimMy Profile

Reply

yusri February 10, 2013 at 5:34 pm

tak yah apply bro…kalau annual leave habis,otomatik jadi unpaid leave…haha
yusri recently posted..Selamat Hari Lahir ke-5 tahun Puteri KembarkuMy Profile

Reply

hafizul February 11, 2013 at 8:52 pm

Jolo doh tu..kawe dua hari cuti raya tak dop gaji..meme stress..tapi tak apo lah dah tu rezeki kita..nak tak nak kena terimo jugok..haha

Reply

yusri February 12, 2013 at 3:31 pm

ye betul tu…terima seadanya…mungkin ada hikmah di sebaliknya…
yusri recently posted..Selamat Hari Lahir ke-5 tahun Puteri KembarkuMy Profile

Reply

hafizul February 13, 2013 at 10:29 am

Hola..harapnya hikmah hok paling best la..haha

Reply

hairulafiz February 8, 2013 at 3:47 pm

macam best je tempat tu…ada air panas ye..
hairulafiz recently posted..Jersi Johor Darul TakzimMy Profile

Reply

yusri February 10, 2013 at 5:40 pm

kat kampung kawan ni bro…punca air panasnnya keluar dari celah batu.
yusri recently posted..Selamat Hari Lahir ke-5 tahun Puteri KembarkuMy Profile

Reply

hafizul February 11, 2013 at 8:48 pm

Haha..kampung kawe jugok tu..tapi sekarang dah kurang panasnya..org mandi menyelam dalam kolam tu rasa bangga dah..haha

Reply

yusri February 12, 2013 at 3:29 pm

he eh?sekapung lah kito.Hahaha
yusri recently posted..Selamat Hari Lahir ke-5 tahun Puteri KembarkuMy Profile

Reply

donnyien February 8, 2013 at 9:59 pm

selamat bercuti melastik bintang… kalau ada masa nanti boleh melancong di sabah hehe, banyak tempat menarik
donnyien recently posted..Semarakkan nilai-nilai murni setiap masaMy Profile

Reply

hafizul February 11, 2013 at 8:50 pm

ha ah..kan bro..Sabah memang seronok..saya baru pertama kali dalam hidup sampai ke sabah..tu pun masa kerja dengan agensi swasta ari tu..hehe..

Reply

ohcikgu February 9, 2013 at 6:01 am

dah cuti sekolah..leh la bercuti lagi. hehe
ohcikgu recently posted..Persahabatan Singa dan Manusia.My Profile

Reply

hafizul February 11, 2013 at 8:50 pm

Seronok la kalau jadi warga pendidik..boleh cuti..huhu

Reply

suri February 12, 2013 at 8:45 am

cuti sekolah habis mesti ada pic2 yg menarik ni heee
suri recently posted..Blogger Yang Paling Banyak Bercakap_01/2013My Profile

Reply

hafizul February 13, 2013 at 10:53 am

Emm betul dah tu..hehe

Reply

fendy March 6, 2013 at 7:39 pm

join gak contest ni….
fendy recently posted..Bedung See Jantung HatiMy Profile

Reply

hafizul March 8, 2013 at 8:51 am

Hehe..join gak ke?selamat maju jaya..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: