Contest Review Klinik Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan satu contest yang sedang hangat berlangsung sekarang ni. Contest yang diberi nama Contest Review Klinik Cinta menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Hanya dengan menaip sebuah artikel berkenaan dengan penambahbaikan laman Klinik Cinta, anda berpeluang untuk membawa wang tunai bernilai ratusan ringgit Malaysia. Hadiah yang ditawarkan itu mampu dimiliki oleh kita semua.

contest review klinik cintaSebulan masa yang diberikan untuk korang cuba hasilkan artikel berbentuk kritikan, cadangan, pendapat dan sebagainya lagi. Pendapat yang diutarakan, sedikit sebanyak boleh memperbaiki kelemahan yang terdapat di laman Klinik Cinta demi menjaga keselesaan para pembaca sekalian. Setiap baris ayat yang dinyatakan akan membawa kepada sejuta makna untuk klinik cinta mengapai kejayaan sepertimana yang diharapkan.

Untuk memastikan hadiah yang ditawarkan itu bakal menjadi milik korang semua, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Antaranya :-

  • Penulisan adalah mengenai pendapat yang positif, idea serta cadangan penambahbaikan di Klinik Cinta.
  • Entri haruslah mempunyai ScreenShot/PrintScreen laman Klinik Cinta.
  • Minimum penulisan adalah 300 patah perkataan jika lebih lagi bagus.
  • Wajib letak backlink kepada Klinik Cinta dalam entri penyertaan kontes.
  • Hanya satu pernyertaan entri sahaja bagi setiap peserta kontes.

Selain itu juga, artikel yang paling kreatif, bernas dan ada idea yang menarik akan diberikan perhatian oleh pihak juri pertandingan. Untuk mendapatkan wang tunai bernilai ratusan ringgit tu, korang kena jadi kreatif dan idea korang tu mestilah menarik. Aku tahu korang semua mampu buat hati juri pertandingan rasa tak keruan, rasa tercabar dan rasa “WOWWW inilah artikel yang sangat bernas ideanya.”

Sebelum terlupa, ada satu lagi perkara yang penting yang mana ia mampu membuatkan hati korang berbunga riang gembira.

Contest yang dipertandingkan ini mempunyai dua kategori iaitu contest Review Klinik Cinta dan contest keyword Kontes Review Klinik Cinta di laman google.com.my. Tak faham? Korang saje-saje buat tak faham atau korang memang tak faham? Ok. Aku cuba terangkan biar korang semua faham dengan jelas dan nyata.

Kategori Pertama – Contest Review Klinik Cinta

Untuk kategori pertama ni telah aku terangkan pada peranggan di atas. Korang haruslah menghasilkan sebuah artikel berbentuk cadangan, kritikan, pendapat dan sebagainya lagi. Cadangan yang korang cadangkan itu haruslah berkaitan dengan penambahbaikan untuk laman tersebut.

Contoh kata, korang tengok header tu, macam tak menarik aje. Dan korang bagilah pendapat korang kenapa header tu tak cantik. Kena buat header yang bla..bla..bla.. serta bla…bla…bla… Apa sahaja yang korang nak kritik, korang tuliskan aje. Janji, tak keluar daripada topik pertandingan. Ok?

Kategori Kedua – Keyword Kontes Review Klinik Cinta

Kategori kedua ni, bagi aku ia agak menarik, unik dan best. Untuk memastikan korang semua layak memiliki wang tunai yang disediakan, korang perlulah bermain kata dan bermain perasaan dengan SEO. SEO tu apa? SEO dalam bahasa yang mudah aku fahami adalah sebarang keyword yang melekat di halaman enjin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya lagi.

Sila pastikan artikel review Kontes Klinik Cinta yang korang hasilkan itu berjaya mendapat tempat di laman GOOGLE.COM.MY sebelum tarikh luput, 12.01 tengah malam 23hb Oktober 2013. Cara nak kuasai hati google ni, korang fikirlah sendiri. Dalam internet, banyak yang korang boleh pelajari. Boleh? Ke tak faham lagi? Ok. Aku terangkan lagi.

Sebagai contoh, pada minit-minit terkahir sebelum tarikh luput, pihak penganjur contest akan menaip perkataan Kontes Review Klinik Cinta di laman google.com.my. Dan sesaat kemudian keluarlah artikel peserta contest dan artikel contest yang mendapat tempat di laman pertama google akan mendapat hadiah wang tunai.

Dahhh aku rasa korang dah faham dah.

Tak faham gak, sila baca sendiri dengan mengklik link dibawah ni. Nak tengok hadiah dan syarat-syarat pertandingan yang lain pun kat kata laman di bawah ni juga. Ye? Baca, fahami dan sertai. Semoga korang berjaya merampas hadiah yang ditawarkan.

— > Kontes Review Klinik Cinta | 22 Sept – 22 Oct ’13

p/s : Maafkan aku sebab terlewat war-warkan pada korang semua. Aku sibukkkk wehhh. Haha.

20 thoughts on “Contest Review Klinik Cinta

    1. hafizul Post author

      Haha..biasalah bro kan..kita bukan full time blogger..bukan selalu hadap komputer..tak apa ada masa bro join lah..tak ada masa apa nak dikatakan lagi kan..hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge