Contest SEO Eridy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Contest SEO Eridy. Kelmarin dapat berita seorang rakan blogger telah menganjurkan contest SEO yang bertajuk Contest SEO Eridy. Dan hari ni, aku nekad untuk mencari luang masa agar dapat menerbitkan artikel contest sepertimana yang dikehendaki oleh pihak penganjur. Sebenarnya dah lama Pondok Kecil tidak menyertai contest SEO. Rasa rindu pula nak masuk pertandingan yang mana melibatkan kemahiran dalam menawan laman Search Engine Optimization.

misi dalam contest SEO eridyWahhh… Sejak bila aku jadi Renjer ni???

Bila masuk jer pertandingan, aku dah nekad yang aku nak menang pertandingan tersebut. Walaupun ilmu hanya sekangkang kera, namun ia tidak menggugatkan emosi aku untuk turut sama bertandingan dalam acara yang sangat meriah ni. Walaupun begitu, ada sedikit kebimbangan bersarang di hati. Kalau aku kalah macam mana???

Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak buat isi kandungan dalam artikel ni. Oleh kerana syarat contesnya “Entri mengikuti kreativiti tersendiri”, makin aku jadi bingung. Aku dah la tak kreatif. Idea pun tak ada bila nak karang artikel menggunakan kata kunci “Contest SEO Eridy”.

Demi menambat hati penganjur dan rakan pembaca, aku cuba dan cuba kerahkan otak ni untuk berfikir. Kalau aku masukkan maklumat mengenai contest tersebut, tak nampak uniknya kerana ramai di antara peserta contest yang dah lakukan perkara ni. Kalau aku cerita bab Search Engine Optimization (SEO), dah tentu korang akan blur dan bertambah peningnya. Yer la. Aku bukan pandai sangat pun cerita bab SEO ni. Merepek dan merapu dah memang kerja aku. Haha.

Jadi aku pun…

Toleh kanan, nampak dinding jer. Toleh kiri, makin berserabut. Tengok depan, hilang mood nak menulis. Serba tak kena jadinya.

Walau apa pun, artikel yang mengandungi kata kunci Contest SEO Eridy mesti diterbitkan hari ni juga. Makin lama aku peram, makin susah untuk memenangi pertandingan ni. Lagipun tarikh penyertaan ditutup hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi iaitu pada tarikh 11 Disember 2013. Semasa aku menulis artikel ni, seramai 29 penyertaan telah pun diterima oleh pihak penganjur. Dan mungkin akan meningkat lagi dari masa ke semasa.

Baru sahaja dilancarkan, tetapi dah mendapat sambutan yang menggalakkan. Hati aku ni, semakin tak keruan. Asyik tanya jer, ” boleh menang ke ni??? Boleh menang ke ni???”

Dan sampai ke saat ni, aku masih belum berjaya mendapatkan idea yang terbaik untuk menulis artikel bertajuk Contest SEO Eridy. Jadi, aku harap sangat. Korang yang kreatif tu, masuklah pertandingan ni. Boleh la aku cilok sikit idea-idea “KREATIF” yang korang ada tu. Hehe.

Jom sertainya di sana ~~> Contest SEO Eridy

p/s : Selamat membaca dan doakan aku berjaya. Ye?

94 thoughts on “Contest SEO Eridy

    1. hafizul Post author

      Ayat komen ni sama jer pada artikel rakan contest semua..kasi lain sikit lah..baru ada feel sikit bila encik titan komen..haha..ni jadi tak bersemangat dahhhhh…kahkahkah

      Reply
  1. kakiblog

    persaingan sangat sengit sekarang ini…saya fikir bro ada peluang jika ada teknik SEO bro menjadi percayalah..

    p/s : Sebagai rakan blogger yang prihatin gua harap bro tak usah terlalu rendah diri.Bro adalah yang terbaik dan unik ciptaan Allah SWT.Percayalah cakap gua maa..
    kakiblog recently posted..Guna Google Dalam Contest SEO EridyMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Wahhhh bro cakap macam ni, memang terharu rasanya…emmm terima kasih bro..tapi semakin lama makin rasa susah pulak nak menang..emmmm…

      Reply
    1. hafizul Post author

      Entah la bro..saya cari dekat page 5 jer..tapi tak jumpa-jumpa lagi..sampai ke hari ni masih tak masuk page 5 lagi..kat mana menghilang pun tak tahu lah..yang pasti, artikel bro dah ada dekat page 4 kalau tak silap..kan?kan?

      Reply
  2. yusriyusoff

    Wah makin ramai yang join contest ni. Kalau menggunakan enjin carian google.com dengan keyword “Contest SEO Eridy” jumlah result adalah sebanyak 70,500 results. Satu angka yang tinggi ni.

    Reply
    1. hafizul Post author

      Ohh ye ke bro?ala peluang baik ni..tapi mampu ke saya ekk?dah la sekarang ni masa semput2 aje..emm terima kasih bro atas pemberitahuan ni..

      Reply
  3. Pingback: Tips Untuk Semangat Dalam Blogging - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge