Banner

Cuti Sekolah

by hafizul on May 23, 2012

in Semasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cuti sekolah tiba lagi. Anak-anak dibangku sekolah dan juga warga pendidik mesti tengah merancang sesuatu untuk dipenuhi dalam musim cuti. Bila musim cuti sekolah tiba, ramai yang mengeluh panjang. Ada yang mengeluh lega, dan ada pula yang mengeluh hiba. Masing-masing punyai masalah tersendiri.

Tidak kira lah apa-apa perancangan yang dibuat, aku harap semuanya berfaedah. Bagi mereka yang mementingkan keluarga, pasti saat ini digunakan sepenuhnya untuk meluangkan masa bersama-sama. Ada yang merancang untuk bercuti sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan. Ada pula yang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Haiya jalan masuk ke bandar pun jem bila cuti sekolah. Ada ke patut.

Yang pasti, musim cuti sekolah, aku kena ready duit lebih sikit. Sebab sudah ada beberapa kad undangan perkahwinan. Termasuklah kawan baik aku sendiri. “Woii anak aku dah umur 1 tahun 5 bulan. Kau baru nak kawin. Tu la dulu time bujang enjoy sakan. Haha.”

Teringat semasa aku di zaman persekolahan dulu. Pastinya saat-saat sebegini memang dinanti-nantikan. Sehari sebelum sekolah mula bercuti, jadual aku sudah dipenuhi dengan 1001 aktiviti. Yang pasti, tak ada satu masa pun aku notakan dalam jadual aku untuk mengulangkaji pelajaran. Aduss malasnya aku diwaktu dulu. Antara favorite aku adalah aktiviti menyelam dan memburu ikan. Hehe. Banyak cerita di zaman perseolahan dulu. Remaja hanya sekali. Rugila kalau tak dinikmati dengan perkara sebegini.

p/s : Selamat bercuti kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tak langsung. Semoga percutian korang dipenuhi dengan perkara yang berfaedah dan bermakna.

Share it now!

{ 17 comments… read them below or add one }

hatiputera May 24, 2012 at 10:02 am

tinggal dua hari lagi sebelum cuti sekolah bermula,,,aku sekeluarga ingin bawak anak-anak balik kampung ke pantai timur,,hehehe
hatiputera recently posted..SEO ANALYZER DAH NAIKMy Profile

Reply

hafizul May 24, 2012 at 11:54 am

wahhhh balik kampung ekk…kg kat mana????

Reply

yusri May 24, 2012 at 10:09 am

biasenya demo gi nyele nembok ike sungai mano?
yusri recently posted..Wordless Wednesday #6 – Anda Pernah Basuh Keretapi?My Profile

Reply

hafizul May 24, 2012 at 11:53 am

biaso g sg alor keladi…sg kampung la…jarang2 lata tembakah dan air panas la hot spring…haha

Reply

yusri May 25, 2012 at 10:20 am

hahaha….namo tepat hok demo sebut tu sungguh familiar bagi kawe…lamo doh weh dok kelik kapung…kawe dulu maso kecik barehi pelek gi mandi sungai bekok.Mugo tok kawe ore Tenang…
yusri recently posted..Wordless Wednesday #6 – Anda Pernah Basuh Keretapi?My Profile

Reply

hafizul May 27, 2012 at 12:43 pm

ooo y ke tok org tenang??kawe duk tenang jugok…nama gapo tok???sg bekok tak ajin g sebab air dia nmpk g tu jah…hehe

Reply

yusri May 28, 2012 at 11:49 am

Namo tok kawe Saodah.Tokki tak dok doh…kalu demo kenal Pok Dik, tulah Pok Sedaro kawe…No 61 Felda Tenang (Peringkat 1).Sungai Bekok tu tempat tumpuan ore mandi tu….dulu comel sungai dio.

Reply

hafizul May 28, 2012 at 12:32 pm

ho la..sg tu tmpt basuh kain baju bilo air tak dop..ingt zaman kecik..haha..sokmo mandi sg tu..kawe duk peringkat 5..pok dik???po rajin dgr jah..dio jual lemang ko loni??

Reply

Cikgu Hairul May 24, 2012 at 12:55 pm

Jom bercuti. Saya merancang nak ke gunung besout. Ada hotspring felda punya.. :)
Cikgu Hairul recently posted..Tuhan Sedang Menguji KitaMy Profile

Reply

hafizul May 24, 2012 at 1:07 pm

kat mana tu cikgu????tak pernah dgr pun nama tempat tu..hehe

Reply

Jebeng Otai™ May 25, 2012 at 8:50 am

kat sungkai ker??

Reply

cik tom May 26, 2012 at 1:56 am

tue gmbr era nona kat mn??tganu ke??
cik tom recently posted..Asada Blog Budak Malaysia [Blog Review]My Profile

Reply

hafizul May 27, 2012 at 12:45 pm

emm kat jerteh..pernah masuk ke???

Reply

Izzuddin Fauzi May 26, 2012 at 8:35 am

Cuti sekolah dah sotat… Adik beradik penoh da kat rumah… :)
Izzuddin Fauzi recently posted..Masyarakat Tepi Depan Belakang AkuMy Profile

Reply

hafizul May 27, 2012 at 12:47 pm

wahh meriah la rumah izzuddin…mcm sy tak de adik beradik ramai..best kan???

Reply

yusri May 28, 2012 at 5:59 pm

Pok daro kawe dio jual kepok lekor loni kat Payo Rawo depe MRSM.Dulu dio ado keda spray kat halame rumoh tok kawe…Demo ado keno mengeno ko dgn Che Mahadi?
yusri recently posted..Wordless Wednesday #6 – Anda Pernah Basuh Keretapi?My Profile

Reply

hafizul May 29, 2012 at 8:18 am

ooo kawe kenal pok dik tu..naik keto kancil kalau tak silap…rumah tok demo kawe kenal..area tu kaw. kawe blaja ngaji maso kecik2 dulu…pok dik tu saing abe kawe jugok..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: