Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kemiskinan adalah anugerah terindah dalam hayat ini. Kemiskinan mengajar kita hidup untuk lebih bersyukur. Hidup dalam kemiskinan bukanlah batu penghalang dalam mengecapi saat-saat kebahagiaan. Bahagia kadang kala terletak pada kemiskinan. Jarang sekali terletak pada kekayaan. Dalam aspek kehidupan, miskin dan kaya bukan sahaja diukur dengan berapa banyak aset wang ringgit yang kita ada. Tetapi banyak faktor yang boleh mempengaruhi kemiskinan dan kekayaan seseorang.
Kredit : Google Images
Hari ini, ketika ini, kita hidup dalam kemiskinan wang ringgit. Ketika ini, hari ini, kita kaya dengan budi bahasa. Sopan santun dan maruah diri yang tinggi, itu juga merupakan kekayaan. Ramai yang beranggapan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kita sudah tergolong dalam masyarakat yang miskin. Bukan begitu ukurannya.
Hari ini kita seronok melihat mereka hidup dalam kekayaan. Wang ringgit tidak pernah terputus. Makanan dan keperluan harian langsung tidak terbantut. Hari ini kita dengki dengan mereka semua apabila memecutĀ Mercedez Hitam dengan laju tanpa menoleh kiri dan kanan. Kita semua golongan yang miskin, mampu juga memilikinya suatu hari nanti. Mungkin rezeki belum berpihak kepada kita. Usaha, doa dan tawakal adalah penentu segalanya.
Usah ditangisi pada dugaan hidup sebegini. Jadikanlah ia sebagai cabaran yang paling berharga dalam kehidupan ini. Agar suatu masa nanti, kita boleh menghargai nikmat kekayaan dengan sebaik-baiknya. Anugerah nikmat kehidupan ini kita tidak mengetahuinya bilakah akan kita miliki. Tidak mengapa kalau kita miskin wang ringgit. Jangan sesekali miskin ilmu dan budi bahasa.
Selagi hayat dikandung badan, jangan sesekali mengeluh pada dugaan hidup sebegini. Jerit perih yang telah kita laburkan selama ini, satu masa nanti akan dapat merasa hasilnya. Mungkin bukan hayat kita untuk merasai nikmat kesenangan. Mungkin hayat keturunan kita untuk merasa nikmat kesenangan. Kekayaan di dunia ni, bukan penentu masa depan untuk hari esok. Simpanlah bekalan yang mencukupi untuk menempuh hari esok. Miskin di dunia ini, tidak mengapa. Jangan miskin bekalan untuk tempoh alam yang kekal abadi kelak.
[quote style=”1″]Kadang-kadang, kita perlukan push. Push mampu membantu kita ke arah kejayaan. [/quote]
Facebook Encik Titan
Bukan korang sahaja yang miskin. Aku pun miskin wang ringgit juga. Mereka semua pun miskin juga. Tapi dalam kemiskinan kita tu, kita dianugerahkan satu kekayaan. Nikmat kekayaan yang sering kali mereka lupakan. Nikmat kekayaan yang seringkali dipandang sebelah mata. Nikmat kekayaan itu adalah, kebahagiaan dalam keluarga. Berharga tak ‘bahagia’ dalam hidup korang? Berharga kan? Jadi kekal dan tambahkan kebahagiaan itu agar korang tak rasa miskin lagi dalam kehidupan hayat ini.
[quote style=”1″]Jadikanlah mereka yang kaya sebagai contoh dan pemangkin semangat untuk kita berusaha dengan lebih gigih dalam mencari keselesaan dan kesempurnaan dalam hidup. Kekurangan yang kita ada jangan sesekali dijadikan alasan.[/quote]
Kredit : Kenapa Harus Sedih Bila Miskin
Ok. Apa yang aku terangkan ni, harap membantu korang semua yang sedang sedih dilanda kemiskinan tu. Terima kasih untuk idea hari ini.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur.
tenks for motivation…suka dengan penulisan anda…really inspired me =)
Terima kasih fasha..terharu saya membaca komen anda..hehe
bila kita dalam kesusahan, sebenarnya ia membuatkan kita lebih matang dalam kehidupan.
Emm betul tu bro..kadang-kadang mereka yang susah ni, bila dah senang akan lebih menghargai nikmat kesenangan tu…nikmat susah lagi lah akan dihargai..emmm
kalau susah makna kita emsti klr dr kesusahan itu…cuba cari jalan.jgn tumpu pada satu2 jalan sahaja..cewah…
Hehe..terima kasih Suri atas komen yang diberi..insyaAllah..
Jadikan kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat untuk kita mengecapi kejayaan… Dalam hidup kita, kita samasekali tidak akan gagal sekiranya kita terus berusaha… Hanya orang yang berputus asa sahaja yang gagal…
Yup..betul tu..terima kasih atas pandangan dan cadangan yang bermakna ni..hehe
Nak berjaya jana duit melalui Blog kita kena berusaha… Tak bekerja macamana nak dapat hasil?
Adakalanya hasil melalui blog berjaya di tuai dalam tempoh sehari bekerja… Ada kalanya hasil kerja berjaya kita membuahkan hasil setelah lebih sebulan, dua bulan, setahun dan sebagainya…
Tapi percayalah, setiap apa yang kita usahakan hari ini melalui blog kita, pasti akan ada hasilnya… Cuma masaya dan rezeki yang menentukannya… Yang penting kita kena melakukan 4 perkara ini iaitu:
D – Doa
U – Usaha
I – Ikhtiar
T – Tawakal..
Wahhh hebat pula singkatan ni..selalu tak peduli dengan singkatan duit ni..kadang-kadang doa sahaja./.tapi usahanya tak ada..emm susah nak sempurnakan kesemua singkatan D.U.I.T ni..hehe
Saya ada tulis bagaimana kita perlu belajar daripada orang miskin untuk jadi kaya sebelum ini kat sini. Mungkin menarik untuk difikirkan. http://www.hidupringkas.com/2012/08/belajar-dari-orang-susah-untuk-jadi-kaya.html
Hehe..terima kasih bro..lagi bermanfaat buat mereka yang memerlukan..
betul tu bro, sehingga sekarang den masih lagi menjadikan orang orang yang telah berjaya sebagai pemangkin semangat untuk berjaya
Hehe..sama lah mcam saya..contoh yang terbaik adalah penentu kejayaan kita..hehe
dugaan miskin lebih mudah dari dugaan jd org kaya
bila miskin kita lebih beringat berbanding jd kaya.. mungkin akan lupa.. heheh
Hehe..terima kasih Sop..betul tu..elok-eloknya biarlah seimbang..
betul tu bro, ujian lagi mematangkan kita cuma kekadang kita payah nak terima semua tu.
sy selalu juga cek keyword hari2 tapi tak update entri macam bro, bro rajin terbaiklah
Hehe..saya suka check keyword mcm ni..sebab dari keyword saya boleh hasilkan artikel..jimat dan otak saya untuk fikir artikel hari tu..hehe..terima kasih bro..
Biar miskin harta tetapi kaya budi bahasa.
Yup..tulah yang saya maksudkan..hehe
Takpe kita miskin, janji kita kaya dalaman. tp kena jugak berawas dgn kemiskinan yg mungkin boleh menjebak kita ke arah kejahatan tanpa batasan.
Yup..betul tu bro..hehe..kena seimbang lah..miskin dan kaya dua-dua kena berawas kan bro.hehe
@Hafizul,
ada betul juga pendapat bro Titan,
Puncak kejayaan ada tangga laluannya. Kita sedang melalui tangga-tangga itu..
Setiap tangga ada nikmat & halangannya..
Kena ‘push’ dari kepayahan sedia ada & dari taraf selesa sedia ada
untuk naik tangga selangkah lagi.. Matlamat ke puncak kejayaan itu..
Mesti diteruskan walaupun dah semput…
Ikhlas,
AMIN JOHAR
(Jurutera SEO Malaysia)
PAKAR NIAGA
Terima kasih banyak-banyak sudi kongsikan pandangan yang sangat bermakna..hendak seribu daya tak nak seribu dalih..apa yang penting, usaha..rasa termotivasi dengan komen yang saudara Amin Johar berikan..terima kasih…
bagi aku le, nak berjaya kena mula dgn minda, minda kata nak berjaya, nak capai itu ini, lepas tuh tindakan baru ada. Kalau kata nak dapat komisen aff rm500 sebulan, tapi dah fikir susahlah nak dapat, sampai bila2 pun tak bleh dapat rm500 sbln tuh.
Emm betul tu bro..terima kasih sebab memberikan komen yang bernas untuk pembaca blog pondok kecil..target dan kena usaha…
biar sederhana dna adil dpt di dunia dan akhirat dua selamat
Hehe..betul tu Suri..setuju..
kalau sedih..nangis je. haha..
Emm susah nak menangis bila dah masuk dalam kategori lelaki ni kan?lelaki kan ego..betul tak?
Sedikti sebanyak dapat inspirasi dari entri bro ni
Hehe..terima kasih bro..terima kasih…
Kalau sedih luahkan rasa daha kurnag skit tekanan tu
Emm kadang kala baik dipendamkan dari diluahkan..huhu
biar miskin duit bro.. jgn miskin semangat utk berjuang memperbaiki diri dan meningkatkan taraf hidup…
Hehe..terima kasih bro..terima kasih banyak-banyak atas komen yang berharga ini..
bersulur dengan apa yang sudah kita miliki,tawakal atas doa dan usaha yang sudah kita lakukan.
InsyaAllah..terima kasih bro atas peringatan ni..