Demam Contest Eyriqazz vs Denaihati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pondok Kecil dah terkena demam contest Eyriqazz vs Denaihati. Haha. Bagi peminat bola, musim ni demam Euro kan. Tak kesah la demam apa pun, janji segeralah berjumpa dengan pakar bila demam ni menyerang. Sempena dengan contest anjuran Eyriqazz ni, aku rasa macam nak demam jer. Apa tidaknya, lepas jer publish entri contest tu, aku terus search dalam google, selongkar blog rakan blogger, untuk mencari tips berkenaan dengan SEO ni.

Bersengkang mata untuk mencuba skil-skil SEO ni. Jenuh aku duk baca dan selongkar dalam blog denaihati. Dalam blog Denaihati, aku cari artikel yang lepas-lepas berkaitan SEO. Ada la jugak aku jumpa. Antaranya yang aku jumpa adalah backlink, tajuk artikel (lucah dan tak lucah), keyword, theme mesra SEO dan banyak lagi la yang aku belum jumpa.

Rupanya banyak lagi kelemahan yang perlu aku perbetulkan dalam Pondok Kecil ni. Maklumlakan lepas jer publish post, aku terus check dalam google. Dan terindeks ke belum. Biasa la entri Pondok Kecil biasanya lambat jer google indeks. Tak apa la. Janji google indeks juga. Hehe.

Paling banyak aku selongkar adalah blog Cik Tom. Sebab nya aku search keyword Eyriqazz vs Denaihati, blog Cik Tom duduk tempat teratas page google.

Orang kata nak berjaya kena blaja dengan yang pakar. So, Cik Tom adalah sasaran aku setakat ni. Hehe. harap CIk Tom tak kesah aku selongkar blog dia. Ceduk ilmu sikit-sikit. Hehe.

Blog rakan blogger lain mesti banyak juga ilmu yang boleh aku ambil dan praktikkan. Cuma masa tak berkesempatan. InsyaAllah ada masa free aku akan selongkar tips-tips SEO ni.

p/s : Korang dah join belum Contest Eyriqazz vs Denaihati?

24 thoughts on “Demam Contest Eyriqazz vs Denaihati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge