Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ok. Hari ni aku malas nak sembang panjang. Sebab hari ni aku demam. Demam Google Adsense. Ya. Rata-rata blogger dah kena demam Google Adsense ni. Sampai ke Jerteh dia punya jangkitan tu. Apa boleh buat. Ini “barang baik” untuk tambahkan duit blogging.

Disebabkan aku dah tak kerja, ada baiknya juga aku tambahkan lagi sumber pendapatan hidup seharian. Tak dapat banyak pun tak apalah. Dengan syarat, setiap bulan duit poket masyuk. Dan setiap minggu, boleh bawa anak isteri jenjalan kat kolompo. Jenguk-jenguk menara tinggi. Tengok bling-bling cahaya lampu kat taman ICT tu.
Ohhh so sweettttt…
Haha. Ini semua POYO!!!
Ok. Kata-kata aku kat atas tu, korang aminkan yer. Haha.
Jadi, sekarang ni aku hanya tunggu emel daripada pihak google aje la. Dengan penuh pengharapan, aku mengharapkan permohonan itu akan segera diluluskan. Tanpa ada masalah bahasa sepertimana kata orang putehnya “Unsupported Language”.
Oh ya. Dikesempatan yang ada ni, aku nak tanya korang la.
Tak nak beli Panduan Membuat Akaun ke???
Sekarang nak buat sistem perakaunan dah senang. Google aje, dah jumpa caranya. Tetapi AWAS!!!
Ilmu harus dituntut dari mereka yang berkelayakan. Jangan hentam porno aje. Silap hari bulan boleh terpesong. Dan paling mengerikan lagi bilamana bentuk A korang cakap huruf C. Biasanya kes macam ni, orang biarkan aje. Maklum aje la. Nak berubat pun belum tentu baiknya. Haha.
Jangan marah naaa. Chek gurau jaaa…
~~~> Sistem Perakaunan Menggunakan Microsoft Excel Jewww.
Kalau korang tak nak beli panduan tu, korang nak beli apa?
Oh ya. Panduan Poligami pun ada? Nak tak? Yang ni mesti isteri pertama senyum jer kalau korang kawin dua. Siap gosok belakang lagi suruh jaga madu baik-baik. Jangan ganas dan nakal sangat.
~~~> Nak Poligami? Tapi Takut Isteri Marah? Dapatkan Panduan Ini SEKARANG!
Ok dah cukup mengarut sangat dah tu. Haha.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
aku pun masih belum lulus lagi untuk blog aku paparkan iklan dari adsense ni
Hahaha..makan masa gak yer??emmm
kawe baru je try beberapa hari yg lepas…apply guna blog BM…
dok Berjaya boh…unsupport language…hahaha
Haha..tak apoa..cuba lagi bohhh…jangan rusing dah la..haha
ye boh…kawe akan terus berusaha sehingga Berjaya…hihi
Haha..kemah keming sek kito…
sek kito jange pecoh…hahaha
aku pun nk dftar gk la..adsanse dh berjangkit smpai kota bharu ni..
Haha..sila apply dengan hati yang gembira..ye?
ramai pulak yang apply adsense sejak akhir2 nih…
Huhu..tu la…apa boleh buat..masing-masing nak cuba rezeki adsense ni..haha
demam excited, semangat tu bagus bro
Haha..yup..memang excited sangat ni..haha
aku punya 4 akun adsense untuk istri dan kemanakan tapi tak terpakai lagi saat ini
Huhhh..banyak gak tu..bijak-bijak..haha
Belum apply lagi google adsense… nak apply juga… tapi ntah bila… tak tahu lagi..
Hehe..tak apalah..ada masa dan kemahuan nanti boleh la apply yer..
sana-sini cerita pasal adsense.
haha..bosan pun ada gak sebenarnya.
Haha..tak apa..seminggu dua ni jer..lama-lama bosan tengok orang upload komisen la plak..hahaha
Sukar juga nak daftar Google adsense ni, bila dah dapat buat la yang terbaik. Insya-Allah bertambah rezeki.
InsyaAllah..terima kasih yer..semoga murah rezeki saya bersama adsense.,.aminnn
Belum cuba lagi google adsense ni. Nanti sat….nak cuba daftar sekarang..
haha..sila cuba sekarang…
sampai demam-demam cite pasal adsense..hahaa..kelakar
Ha ah..memang sampai demam-demam bro..hahaha.. Awak tak apalah..dah ada akaun tu..hahaha
mudah mudahan kita yang baru mohon adsense ini berjaya.
pertama kali mohon saya ditolak sebab tak sokong bahasa Malaysia.
sekarang mohon lagi, mudah mudahan diluluskan sebab dah mula letak kod iklan.
Huhu..InsyaAllah.. semoga diluluskan itu permohonan.. Terer sangat BI sampaikan google cakap macam tu..haha
patut la semua orang dok cerita pasal ni aje sekarang nih.
Yup…tahu tak apa..hahaha