Destinasi Honeymoon Impian Kita Semua – Bali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Percutian bersama insan tercinta selepas mendirikan rumah tangga ataupun lebih dikenali dengan nama berbulan madu telah menjadi impian setiap manusia normal. Perancangan untuk berbulan madu kadang-kala telah dirancang terlebih dahulu. Walaupun tarikh perkahwinan masih belum mendapat kata putus semua pihak, kita selaku pasangan bahagia telah pun mengenal pasti destinasi untuk berbulan madu. Sungguh indah saat diambang perkahwinan.

 detinasi honeymoon impian

Seindah destinasi pelancongan yang akan kita tujui suatu masa nanti. Mengimbau sejarah dan kenangan berbulan madu, aku sebenarnya tidak mempunyai satu lembaran cerita yang menarik. Memori berbulan madu tidak seindah yang diharapkan. Namun semua itu telah ditakdirkan. Telah tersurat dan aku menerimanya dengan hati yang redha.

Hotel Sutera Inn Kota Bharu. Itulah destinasi berbulan madu aku dan isteri. Saat perancangan destinasi berbulan madu sebenarnya di Pulau Perhentian. Namun disebabkan harga dan tersilap bajet, kami membatalkan sahaja niat untuk berbulan madu di Pulau Perhentian. Andai ada rezeki kami, Pulau Perhentian akan kami tawan habis-habisan. Walaupun harga yang ditawarkan waktu itu sudah dikira harga berpatutan, namun aku tidak juga mampu untuk menampung kos perbelanjaan ke Pulau Perhentian tersebut.

Begitu lah lumrah hidup orang kebanyakan seperti aku dan isteri. Ekonomi keluarga yang tidak menentu kadang kala terpaksa melepaskan banyak perkara.

Walaupun hanya semalaman aku tinggal di Hotel Sutera Inn Kota Bharu, namun itu sudah cukup memadai bagi melepaskan nafsu untuk merasai nikmat berbulan madu. Ada masanya aku sendiri terfikir. Adakah itu sudah dikira berbulan madu?

Sempena contest yang dianjurkan oleh iLuvTour, Contest – Get a Chance To Win Honeymoon Package To Bali, aku bertekad untuk mencuba yang terbaik. Agar hasrat aku untuk merasai nikmat sebenar berbulan madu dapat dicapai. Bali merupakan destinasi honeymoon impian kita semua. Walaupun seumur hidup ini, aku belum berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Bali, namun aku dapat merasai betapa nikmatnya berbulan madu di Bali. Setelah membuat beberapa kajian berkenaan dengan tempat menarik di Bali, perasaan teruja itu hadir tanpa sebarang kata.

“Ayang, kalau abang bawa ayang ke Bali nak tak?”

“Orang gila pun tak tolak bang. Ini kan pula ayang yang dah lama nak pergi bercuti.”

“Emmm”

Salah satu tempat yang menarik untuk dilawati di Bali adalah Bali Cliff Temple. Di Bali Cliff Temple aku dapat menikmati pemadangan sunset di tempat yang tinggi. Saat yang indah bersama keluarga tersayang. Saat yang indah ini pastinya menjadi suatu kenangan percutian yang menarik di Bali yang bakal aku kunjungi.

bali Bali Cliff Temple destinasi honeymoon impian

Bali Elephant Riding Tour. Bali Elephant Riding Tour juga merupakan satu tempat yang menarik untuk aku kunjungi. Sepanjang hayat hidup akku, tak pernah sekali pun berpeluang untuk menaiki gajah. Dengan langkah gayanya yang slow motion itu membuatkan aku sangat teruja untuk merasai nikmatnya. Melihat keindahan alam ciptaan Ilahi dengan menaiki gajah, itu merupakan satu nikmat yang sungguh tidak terperi.

bali elephant ride tour di destinasi honeymoon impian

Seronoknya dapat naik Elephant…

Dalam keseronokan berbulan madu, tempat makan yang paling romantik pastinya akan menjadi pilihan. Suasana dan makanan yang disajikan semestinya mengikuti citarasa berbulan madu. Sunset Dinner with Bali Hai Cruise pastinya akan memberikan semua keinginan sepertimana yang aku impikan. Menikmati suasana petang yang sangat terpesona, alunan muzik dari kumpulan Batakos Singers, buffet yang lazat bertaraf antarabangsa dan menari sepanjang malam di lounge disko. Semestinya kenangan yang paling indah yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

sunset dinner cruise bali di destinasi honeymoon impian

Awww so sweettt!!!

White Water Rafting at Ayung River. Ya satu lagi tempat yang menarik yang hendak aku lawati dan rasai. Sepertimana yang aku ketahui, Sungai Ayung adalah sungai terpanjang dan terbesar di Bali. Pengalaman berakit di Sungai Ayung adalah satu pengalaman yang sangat menakjubkan. Menakjubkan kerana di sepanjang Sungai Ayung dihidangkan dengan panorama kawasan alam semulajadi yang indah. Diserikan lagi dengan haiwan-haiwan liar seperti kelawar besar, kera hitam dan banyak lagi.

White Water Rafting at Ayung River diDestinasi Honeymoon Impian

Sungai cantik dah ni. Kalau menyelam tangkap ikan sedap juga ni…

Antara beberapa tempat yang menarik yang mampu aku kongsikan. Andai diberi peluang, aku teruja sangat untuk menjejakkan kaki ke Bali. Destinasi percutian untuk honeymoon, Bali merupakan destinasi honeymoon impian kita semua. Apabila aku cuba untuk siapkan artikel ini, aku seperti melaluinya sendiri. Dan paling menariknya, aku rasa seperti sudah menjejakkan kaki ke sini. Walaupun hakikatnya, aku tak pernah ada peluang bercuti di Bali. Walaupun sekali dan sehari.

Apa yang aku kongsikan ini hanyalah sekadar pengalaman di atas kertas. Untuk menempuhnya secara realiti, aku perlukan maklumat dari mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang ni. Di iLuvTour, anda mungkin boleh mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan tempat yang ingin anda tujui.

Sila layari laman iLuvTour untuk melihat artikel-artikel dan video menarik tentang destinasi honeymoon impian anda semua.

Di iLuvTour.com kami menghasilkan pelbagai artikel dan video-video mengenai destinasi-destinasi menarik untuk dilawati sama ada di dalam negara dan juga luar negara yang memang dicari-cari oleh mereka di serata dunia

Kredit : iLuvTour – About Us

Contest ini dibawakan khas oleh Tareeq Al Jannah and iLuvTour.com.

Koleksi Gambar : Laman Sesawang Bali Indonesia

49 thoughts on “Destinasi Honeymoon Impian Kita Semua – Bali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge