Dilema – Kerja Lama Vs Kerja Baru Last Part

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Buntu fikiran untuk mencari jalan penyelesaian bagi sesuatu perkara adalah satu cabang dugaan dalam setiap kehidupan. Andai tersalah buat pilihan, diri sendiri jua yang akan merasa. Bebanan yang ditanggung berkemungkinan besar sukar untuk dilepaskan begitu sahaja. Syukur aku diberi dugaan sebegini kerana pengalaman adalah satu nilai yang amat bermakna.

Sumber : Google

Setelah beberapa hari aku memikirkannya, aku telah membuat keputusan dan keputusan yang aku buat ni insyaAllah tidak akan mengecewakan hidup aku dan tidak ada penyesalan yang akan berlaku. Apa-apa pun yang akan terjadi lepas ni, aku redha sahaja. Kerana aku hanya mampu merancang dan tuhan yang akan menentukan. Untuk mendapat keputusan ni, aku telah membuat sedikit perbandingan. Hasilnya seperti dibawah:-

Perbandingan Kerja Lama Vs Kerja Baru

Aku telah memilih untuk kerja ditempat lama. Ntah kenapa aku buat keputusan macam ni. Hehe. Maybe aku pilih kerja lama sebab aku suka dengan suasana kerja kot. Bebas dan tidak terikat sangat. Aku tak suka kerja yang terikat melainkan kerja tu berstatuskan tetap dan aku tengah menganggur. Hehe.

Terima kasih juga aku ucapkan kepada mereka yang telah sama-sama bagi pendapat dan cadangan. Tidak terlupa juga rakan blogger. Terima kasih banyak-banyak. Korang memang terbaik lah. Tidak sia-sia aku ada rakan blogger. Tuhan sahaja mampu membalas jasa korang semua. Terima kasih. Aku sangat-sangat terharu.

Terima Kasih Kepada Mereka Yang Membantu

p/s : Apa pendapat korang?

15 thoughts on “Dilema – Kerja Lama Vs Kerja Baru Last Part

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge