Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk pertama kalinya sepanjang aku bekerja dengan goverment, aku telah ditawarkan untuk memegang jawatan Executive Information Officer (EIO) contract dibawah kawal selia Tesdec. Kerja ni aku apply pada awal tahun 2012 dan masa aku apply kerja ni, aku tengah memegang jawatan Peg. Pemberhentian Kerja Sementara. Haha. Memang akhir tahun setiap tahun, aku akan memegang jawatan ni dan awal tahun sekiranya ada rezeki, aku akan dipanggil balik untuk bekerja semula dengan kerajaan.
Memang macam ni la setiap akhir tahun dan awal tahun. Kebetulan pula tempoh kerja yang sekarang akan tamat pada akhir bulan Jun ini. Menurut bahagian pentadbiran, surat untuk menyambung kerja aku telah dihantar kepada MOA dan sedang menunggu keputusan MOA. Andainya keputusan MOA meluluskan permohonan itu, maknanya aku boleh bekerja di tempat ni untuk tempoh 3 bulan berikutnya. Tapi kalau tidak diluluskan, maka terpaksala aku memegang jawatan Peg. Pemberhentian Kerja Sementara tu balik.
Aku sekarang dalam dilema. Antara kerja baru dan kerja lama, sudah tentula kerja lama ni banyak kelebihan. Antaranya kebebasan tu ada. Suasana tempat kerja pun selesa. Cuma kekurangan, bebanan kerja la yang selalu memberi tekanan. Sedangkan suasana kerja ditempat baru, aku tak tahu lagi macam mana. Tempat kerja baru ni dekat sekolah rendah. Biasala bila sebut sekolah, mesti tiada kebebasan kan. Tapi tak tau la macam mana. Sekolah kan skema.
Kalau nak dibandingkan gaji pula, kerja lama dan kerja baru lebih kurang sama jer. Sukarnya nak membuat keputusan. Aku takut tersilap buat keputusan jer.
p/s : Kawan-kawan, apa pendapat korang tentang masalah aku ni?
mmg sukar juga..jika byk kebaikkan di tempat kerja lama..maka sambung lah.. 🙂
Emm tu la…macam2 hal duk pikir sekarang ni..bukanapa..kot tersalah buat pilihan jer…
Tengok aspek long term. Kedua2nya kontrak ke?
Kerja baru ni kontrak setahunn..kerja lama sambilan 3 bulan jer..pening2…
Personally kalo aku, pilih kerja baru. At least kontrak setahun sambil2 dpt pengalaman & pendedahan baru 🙂
Ya..terima kasih bro..memang aku rasa mcm tu jugak…cari pengalaman…tak kan nak duduk di takok lama dengan kerja yang sama…
Executive Information Officer (EIO) tu kerje apa bro? Acecite sikit… Nak tau jugak… 🙂
Kerja diabaiki komputer (ebook) budak sekolah..yang kerajaan Terengganu bagi kat pelajar tu…
Kalau sayalah, saya ambik yang baru. Lagipun bebanan kerja tu ada di mana-mana. Dah nama pun kerja, kalau takde baban bukanlah namanya kerja.
Ye betul tu cikgu…terima kasih..kerja baru, semangat sikit..kerja kita mula pun dari awal..tak de masalah dah la..macamkerja tempat lama ni, byk giler yang tertinggal macam key in stok dalam sistem..maklumla kerja sambilan..berhenti, masuk..berhenti masuk balik…huhu
Tgk kat mana senang lulus cuti.. Ada kawwn aku gaji byk,tp nk cuti pyala payah
kerja lama senang giler nak cuti..i gaji potong arr bila cuti..fed up betul kalu mintak cuti…
janganlah sedih.baik keje kerajaan sb klu sy tgok pd pencen pun akan dpt, kenaiakn gaji dah makin tggi naiknya..
skrg keje makan gaji cam swasta sy ni tgok lama kje last d berhentikan bgtu je..dah nak cri keje bru..kli kerajaan dh kompon tetap tapi satu yg kita pegang jagn buat hal mksud keje gomen disiplin diri rekod kerja jgn buruk ar hee..
Masalhnya sy tak dapat jawatan tetap lagi…sambilan jer..sekarang kerja baru pun bawah tesdec..kontrak..tapi ok sikit dari sambilan tu…
bt solat istiharah bro.. buat dalam seminggu 3 ke 4 kali minat petunjuk dari dia.cam suri artupun mmg takut2 nak pergi temuduga sb risau kot2 suami tak izinkan..tpi pas solat istiharan suri mohon klu laluannya temuduga nak pergi kau mudah permudahkanllah kerja aku ni..
kalu mmg dah der rasa peluang nak pergi temuduga kat sana maka sukarkanlah perjalananku ini..
sy sllu buat cam tu jer bro hee..
goog luck utk bro semoga dpt pilihan yg terbaik
okk terima kasi..memang dah buat istikoroh..tapi petunjuk tak dapat lagi…haiya…
everyone is looking for new opportunity…just grab it bro…tambah pengalaman kerja…boleh pelbagaikan dalam resume.huhuhu
hehe..terima kasih..mcm mana nanti kerja baru..hahaha..