Dilema Suami Dalam Kesempitan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bilakah masanya aku dapat merasai kemewahan dalam hidup ini?

Bilakah akan hilangnya kesempitan yang mencengkap hidup sekarang ini?

Selama manakah kesabaran dalam jiwa ini mampu bertahan?

Ya Allah, aku pohon pada-Mu agar perteguhkan imanku selalu agar aku tidak mudah tergoda dengan mainan duniawi ini.

Andai ini takdir hidup aku, aku pohon pada-Mu Ya Allah. Berikahlah kebahagiaan yang tidak mengenal erti penamatnya.

dilema-suami

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus ( Original )

“Haiii abang kuat termenun. Ingat kat awek mana pula ni?” Lamunan terhenti. Awan-awan harapan pecah berderai di lantai terkejut dengan sapaan isteri tercinta.

“Ala kamu ni buat abang terkejut aje”

Ada perkara yang mengganggu perasaan abang sebelum ni ke? Tanya isteri meminta penjelasan.

“Tak ada la Mah. Abang cuma fikirkan nasib hidup kita ni. Nasib susah kita ni. Entah bila kita nak merasai hidup dalam kemewahan”

“Kenapa pula? Abang tak bahagia Allah anugerahkan kita kehidupan macam ni?” Ujar isteri dengan penuh perasaan mendayu. Kata-kata yang keluar dari mulutnya sangat menyenangkan hati aku. Setiap masalah yang timbul, isteri adalah tempat rujukannya. Tempat untuk aku mendapatkan kata-kata nasihat yang penuh dengan hikmatnya. Tempat untuk aku mendapatkan belaian bagi merawat tekanan hidup seharian. Riba isteri aku jadikan sebagai alas untuk meletakkan kepalaku yang tengah kusut itu. Tangan yang lembut membelai rambut, membuatkan jiwa ini semakin tenang.

“Entah la Mah. Kadang-kadang perasaan abang membawa kepada setiap persoalan yang muncul dalam hidup ini. Persoalan yang sukar untuk mendapatkan jawapannya.” Balas aku dengan penuh rasa kesayuan. Kata-kata yang penuh dengan penyesalan.

“Abang tak payah susah-susah nak fikir menda tu semua. Rezeki ada dimana-mana bang. Apa yang perlu, pohon pada-Nya selalu. Solat tahajud jangan dilupa. Allah dah tetapkan rezeki untuk kita bang. Cuma masa yang menentukan segalanya. Cepat ke, lambat ke, itu hanya Allah yang tahu. Kita sebagai umatnya, sentiasalah berdoa dan terus berdoa. Kita diuji sebegini kita kena bersyukur bang. Itu petanda yang Allah sayangkan kita.”

“Terima kasih Mah.”

Sudah lama aku hidup dalam kesempitan macam ni. Pekerjaan tak menentu. Maklum la pendidikan aku berada di tahap yang teruk. Siapa nak ambil aku bekerja dengan kelulusan macam ni. Dulu masa sekolah, lebihkan bermain daripada belajar. Dulu belajar sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Bila masuk bab bermain, bab suka ria, aku la orang pertama yang akan berada di depan. Dulu zaman sekolah, mana ada baucer buku 1 Malaysia. Yuran sekolah, pakaian sekolah, mana ada orang sponsor. Sekarang dah lain.

Mungkin inilah yang dikatakan dilema suami dalam kesempitan. Kesempitan dalam mencari kemewahan hidup.

SemenjakΒ Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, banyak yang beliau berikan. Bantuan Rakyat 1Malaysia. Duit raya bagi golongan muda belia. Golongan warga emas, duda, janda, semua dapat. Aku ada terdengar tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia akan dinaikkan menjadi RM1200.00 sekiranya rakyat memberi mandat kepada UMNO untuk meneruskan kesinambungan masa depan Malaysia. Mengundi 5 Mei 2013 nanti. Macam mana la nasib UMNO. Adakah aku akan dapat merasai nikmat Bantuan Rakyat 1Malaysia? Adakah anak-anak aku akan merasai nikmat Baucer Buku 1Malaysia? Bila imbas kembali kata-kata PM dalam senarai AKU JANJI hari tu, terukir juga senyuman dibibir.

manifesto

Kredit : 1Malaysia.com.my

Aku tak nak meramalkan masa depan negara. Apa yang aku tahu, nasib keluarga aku perlu diubah. Sentiasa berusaha untuk keluar dari belenggu kesempitan, InsyaAllah nanti ada sinarnya. Itu yang aku selalu harapkan. Satu masa nanti, aku akan dapat kecapi nikmat kemewahan di dunia yang sementara ini.

“Bang, apa yang dimenunkan lagi tu? Masuk tidur la dah lewat ni”. Laungan isteri sekali lagi mengejutkan aku dari lamunan.

“Yer la. Yer la. Abang datang la ni”

66 thoughts on “Dilema Suami Dalam Kesempitan”

  1. kat mana2 ada sumber rezeki. cuma nak dengan tak nak jer. teringat kata2 chef Li dlm bukunya: “amat malang bg org malaysia yang tinggal dibumi malaysia jika tidak kaya”

    1. benar, bg sy kaya tak kaya sgt tpi kita mmpus ara kluga tu dh ok heee skrg mana2 pergi nak duti hurm…

      kena usaha lebih skit bro mana tahuada hasil. setiap org bgi saya ada rezki masing2, klu tak kena jalan yang cam ni cam tu..ada rezki tu cuma mungkin kita yang tak berapa perasan.. πŸ˜‰

  2. utk sesiapa yang mengalami masalah spt diatas, blh hubungi saya utk kita berbincang ttg peluang perniagaan. insyaAllah ramai yang akan membantu di agensi ini πŸ˜‰

  3. sama lah… tak kira apa keputusan 5 may nanti, harap saya ada peluang, panjang umur dan murah rezeki untuk kumpul dan simpan harta untuk anak2.. saya mungkin dah merasa senang di malaysia.. tapi anak2 macam mana…?

  4. Ambe tak dapatlah nak nasihat lebih2…apa yg isteri deme cakap tu, itulah yg ambe rasa ubatnya..

    Allah pasti lebih tahu apa yg terbaik utk kita..

    p/s- bahgia bukan terletak pada kuantiti (walaupun ada kaitan) tp kualiti harta yg kita ada…ingatan utk ambe =)

  5. rezeki itu ada di mana-mana. bukan kita yang menentukan, bukan juga kita (manusia) yang memberi rezeki. jangan risau jika hidup tidak mewah kerana kebahagiaan itu kan lebih penting. tak semestinya orang yang kaya itu hidupnya bahagia. yang penting bersyukur. πŸ™‚

  6. InsyaAllah ada jalannya, rezeki itu Allah yang bagi bukan manusia, jika kita berpegang pada itu InsyaAllah ada jalanNya, solat Dhuha, Tahajjud dan banyak lagi yang dpt membantu kita. πŸ™‚

  7. orang kata…ukur baju badan sendiri…tepuk dada tanya selera…
    Besar periuk besarlah keraknya…huhu

    walaubagaimanapun…kita tetap kena berusaha untuk memajukan serta meningkatkan taraf hidup kita demi kesempurnaan hidup berkeluarga…

    Tak salah bercita-cita untuk kaya-raya…

  8. jangan di pandang ke belakang lagi, tengok ke depan dan tunggu 5 mei. jika mahu berubah, biarlah tangan kita yang mengubahnya sendiri…secara berdikari, semoga hari2 yg cerah menanti sdr Hafizul sekeluarga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *