Dua Hari Sahaja Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa yang ada dengan dua hari?

Dalam masa dua hari, boleh buat apa lah sangat kan?

Dua hari, satu tempoh yang agak singkat. Tidak sepanjang tempoh dua tahun. Dua tahun, macam-macam benda yang boleh di buat. Kalau nak bagi masa pun, bagilah masa dua minggu ke, dua bulan ke, dua tahun ke. Barulah sempat aku nak buat semua ni? Ya aku tahu aku kuli. Kerja makan gaji aje. Kerja kena ikut arahan dari masa ke semasa. Kalau bos kata buat, kena buatkan lah. Tak kiralah masa yang diberi cukup ke tak.

dua hari sahaja lagi KUM 2013

Arahan bos kena ikut walaupun kita sendiri sedang nazak di ambang derita. Kalau aku kaya, dah lama aku bukak syarikat. Jual jamu merampingkan badan. Tak pun duduk di rumah, buat kerja menjahit baju jer. Ebook panduan menjahit baju kurung sekarang ni senang je nak dapat. Klik di laman Ebook Panduan Menjahit Baju, bank in duit, tak sampai 24 jam dapatlah link untuk download ebook tersebut. Nak ebook apa, semuanya ada. Jahit baju melayu, jahit baju kurung moden dan tradisional dan macam-macam lagi.

Bukannya aku tak pernah dapat duit kalau kerja kat rumah. Banyak juga duit yang aku dapat sebelum ni. Terutama komisen dari program Jobdirumah.

Emm aku kena usahakan sesuatu. Tak nak jadi kuli lagi. Aku lah bos, aku lah pekerja. Ya itulah yang selayakknya. Tapi aku bukannya rajin sangat buat semua ni. Aku cakap aje lebih. Nak buat itu, nak buat ini. Tapi akhirnya habuk pun tak ada. Mak selalu kata, buat kerja kena konsisten. Buat kerja kena rajin. Buat kerja kena usaha. Dan bermacam-macam lagi ayat menggoda yang mak berikan. Tapi aku tetap macam ni juga. Pernah sekali tu mak kata, “nak buat sesuatu jangan terlampau excited sangat. Keep slowly but steady.”

“Bro, apa citer dengan KUM 2013 baru-baru ni? Hari tu excited sangat masuk pertandingan” Suara gersang memecahkan awan-awan kelam.

“Kau ni, salam tak bagi, pintu tak ketuk. Main redah aje.” Mata tajam merenun tepat ke mata hitam kawan aku tu.

“Rilek arr bro. Tak kan tu pun nak ambil kesah kot”

“Emm. Pasal KUM 2013 tu, aku.. Aku sebenarnya..”

“Sebenarnya apa?”

“Emm aku sebenarnya dapat pergi ke Majlis Konvensyen Usahawan Muslim tu. Tapi….”

“Ha tapi apa pulak?”

“Aku.. Aku.. Eee tak tahu lah nak cakap macam mana”

“Lahhh cakap aje lah. Sila jangan merumitkan keadaan. OK?”

“Aku kalah la dalam pertandingan hari tu. Tak percaya, baca kat artikel yang bertajuk Tahniah!!! Senarai Pemenang Blog Contest #KUM2013. Tapi, aku dapat tiket untuk pergi KUM 2013 tu. Siap dapat 2 tiket kosong lagi dengan bayaran harga separuh. Itu pun kalau ada yang nak tiket tu.”

KUM 2013 dua hari sahaja lagi

“Bak sini lah satu. Aku temankan kau ekk”

“Eleh nak temankan aku. Nak ajak minum air pun susah. Ada hati nak temankan aku. Bini kau bagi kebenaran ke?”

“Apa ni bro. Jangan libatkan bini aku dalam hal remeh temeh macam ni.”

“Haha. Ye la wahai lelaki takut bini.”

“Aii sudah lebih ni…”

“Ok-ok. Ala macam ni punya hal pun nak ambil kesah ke? Aku sebenarnya dah tolak tiket yang pihak KUM2013 berikan. Kebetulan tarikh 7hb September 2013 tu aku ada mesyuarat tergempar persatuan semut api sedunia. Isteri aku pulak ke Kuala Terengganu. Katanya ada pertandingan nasyid.”

“Lahhh. Ye ke bro? Rugilah macam tu. Peluang keemasan macam ni tak selalu kita dapat tau. Dulu… Excited sangat nak pergi. Sekarang lagu ni pulak. Kalau macam ni, baik kau tak payah masuk pertandingan. Buat habis modal aje perah idea tulis artikel KUM2013 hari tu.”

“Tak apa lah bro. Mak aku pernah kata. Don’t be afraid to make mistake. Jangan bersedih atas segala takdir yang telah ditentukan.”

“Emm ye la. Mak kau memang pandai bab-bab nasihat menasihati ni.”

“Kahkahkah”

Ya…. Aku tak dapat pergi ke Majlis Konvensyen Usahawan Muslim 2013 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Dua hari sahaja lagi. Apa yang aku harapkan, majlis tersebut akan berjalan dengan lancar dan baik.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur. Korang tak sedih kan kalau aku tak pergi? Kahkahkah.

47 thoughts on “Dua Hari Sahaja Lagi

  1. Anuar

    Samalah Bro… Saya pun tak dapat pergi ke Konvensyen Usahawan Muslim 2013… Disebabkan pada ketika itu, jabatan saya menganjurkan Program Didik Berita Harian untuk Calon SPM di sekitar Daerah Sabak Bernam… Rasa tak best pula kalau saya pergi KUM sedangkan rakan-rakan saya bertungkus lumus menguruskan 280 orang peserta…

    Takperlah takder rezeki saya pada kali ini, mungkin ada rezeki saya lain kali… 😉
    Anuar recently posted..Harga Minyak Naik 20 sen, Harga Ayam Goreng Naik 50 sen…My Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      haha..logik gak apa yang bro katakan ni..tak kan nak biarkan rakan sekerja bertungkus lumus tanpa kita kan..rasa kekok pulak mcm tu..tak apalah bro..ada masa nanti, ada peluang nanti kita pergi ekk..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Emm saya dah tolak pada pihak admin KUM2013..saya bukan tak nak jual..tapi saya takut tak ada yang nak membelinya..kan rugi aje tiket tu..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Haha..semestinya ada keuntungan bila pergi KUM 2013 ni..tapi disebabkan perkara yang saya sendiri tak menjangkakannya terpaksalah saya tolak tawaran berharga ni..hahaha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge