Duit Gaji Tak Pernah Cukup???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“Bro….”

“Tak puas hati la. Duit gaji tak pernah cukup tiap-tiap bulan….”

“Laaaa… Dah tu jer punca pendapatan kau. Nak lebih-lebih tak boleh la kalau tertumpu pada kerja tu je. Melainkan kau berminat nak cuba kerja online di rumah ataupun membuka cawangan baru nak tambah sumber pendapatan kedua….”

Tak Puas Hati Gaji Dapat SikitGambar : Google Images

Kawan-kawan selalu juga merungut. Tiap-tiap bulan gaji tak pernah cukup. Sedangkan hidup di kawasan luar bandar. Kawasan yang tahap sara diri tak tinggi mana pun. Tapi kenapa tiap-tiap bulan masih belum mencukupi duit gaji yang diperoleh?

Kadang-kadang tu, kita kena nilai dan tengok balik. Kat mana yang tak kena dengan perbelanjaan seharian kita. Adakah ia melebihi pendapatan ataupun ia betul-betul cukup dengan gaji yang diperolehi. Banyak faktor yang boleh kita jadikan garis panduan. Ada masanya rezeki yang kita dapat tiap-tiap bulan tak ada keberkatan. Ada ketika mungkin kita lalai tentang bab halal dan haram.

Itu lah hakikat dan perkara biasa yang menjadi titik tolak kenapa setiap bulan gaji yang diperolehi tidak mencukupi. Aku pun sama jer. Ada bulan-bulan tertentu gaji memang boleh buat belanja sampai ke bulan seterusnya. Tapi nasib yang baik tu bukan selalu dinikmati tiap-tiap bulan. Banyak yang tak cukup dari cukupnya.

Bila check balik, patut la gaji tak cukup bulan tu. Ada yang tak kena rupanya. Haha.

Ada masa bila kita merungut bab duit ni, kita seringkali leka dan lalai. Kadang-kadang kita kena nilaikan juga pendapatan kita dengan orang yang lebih susah dari kita. Yang kerja sapu sampah kat tepi jalan tu. Diorang berlelah, berpanas semata-mata nak cari duit seringgit dua. Tapi kita selesa. Tempat kerja ada bumbung, ada itu, ada ini, tapi masih lagi merungut duit tak cukup. Susah untuk kita ucapkan Alhamdulillah dan syukur diatas segala rezeki yang diperolehi.

Kan?

Diri aku pun macam tu juga. Ada ketika langsung tak pandai nak mensyukuri nikmat yang diberikan. Bila nikmat tu perlahan-lahan hilang, barulah timbul rasa nak bersyukur. Pelik kan?

Ok. Hari ni aku nak kongsikan sebuah artikel yang bertajuk Amalan Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Murah. Aku tertarik dengan apa yang penulis kongsikan. Dan amalan-amalan yang diterangkan memang mudah untuk kita praktik dalam hidup seharian.

Aku melihat dalam kita mencari sumber pendapatan seharian, dalam kita kejar sana, kejar sini, tetapi rezeki tu berada di takuk lama juga. Sebab apa? Sebabnya, amalan untuk murahkan rezeki tidak dititik beratkan. Ada bab-bab dalam amalan ni, kita pandang sebelah mata je. Sedangkan benda tu penting untuk memastikan kita dimurahkan rezeki tiap-tiap bulan.

Apa yang korang rasa bila ada yang merungut duit gaji tak pernah nak cukup??? Hehe. Jom kongsi-kongsikan diruangan komen di bawah.

Jadi, untuk menambah satu lagi sumber pendapatan korang tu, apa kata cuba mohon kerja secara online ni. Ada agensi yang menawarkan kerja kosong secara atas talian (Online). Nak tahu lebih lanjut, sila klik —>> Pekerja Dari Rumah Diperlukan.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

37 thoughts on “Duit Gaji Tak Pernah Cukup???

  1. Izan

    duit tak cukup sebab belanja ikut kemampuan bukan keperluan..pernah terbaca satu artikel ni disebutkan beberlanjalah di bawah paras kemampuan.. lagi satu keberkatan harta tu sendiri..kalau harta banyak tapi tak berkat tu yg asyik tak cukup..
    Izan recently posted..Menjemput Imam kuMy Profile

    Reply
  2. suriaamanda

    dulu SA selalu merungut bila gaji x pernah cukup..mula la sekat itu ini termasuk sekat kehendak diri sendiri…dulukan mana yang penting…betul ckp mak abah…kena selalu bersyukur..rezki ada dimana2…sampai la SA melibatkan diri dalam dunia online biz…kecil2 lan…tp ok la dari xde kan….lagi satu kena berdoa selalu somoga diperluaskan rezeki…
    suriaamanda recently posted..SBBYEOS2014 – Random PhotoMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Terima kasih bro..walau sesukar mana pun, perbelanjaan memang kena ikut kemampuan..itu rule dia kalau nak hidup dengan hati yang senang..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Terima kasih Lizz..betul dah tu apa yang dikata..saya pun setuju..jangan lokek na bersedekah..walaupun duit dalam vollet hanya ada RM 2…hehe

      Reply
  3. zufar

    Kalau ikut nafsu mmg kita rasa tak cukup sentiasa…satu ilmu yg sy baca dri buku sorang pakar jimat..kena belanja kurang drp kemampuan..dan simpanan wajib tiap bulan..lpas tolak simpanan hasil tu baru buat belanja…

    tapi masalahnya…dah tolak simpanan dan installment tinggal negatif.. 🙁
    zufar recently posted..Keropok Lekor Berkeju dan Lada HitamMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Haha..pulak dah..apa-apa pun, terima kasih bro atas pendapat yang cukup menyentuh hati..sampai sekarang ni, masih belum berjaya menyimpan duit..semuanya berbelanja tidak mengikut kemampuan..hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge