Duit Kotor Elak Mesin ATM Diganggu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Duit kotor yang menggunakan Teknologi Hakisan Dakwat merupakan inisiatif kerajaan dalam membendung masalah kecurian wang di mesin ATM. Mengikut pandangan aku, ini merupakan satu langkah bijak yang telah diambil sekaligus mampu menyelesaikan masalah tersebut.

duit kotor
KUALA LUMPUR 11 MAY 2015. Kakitangan Bank Negara Malaysia, Nor Aimah Mohd Nor, 36, menunjukkan contoh wang rosak yang digunakan teknologi dakwat-noda berwarna pada Majlis Pelancaran ‘ My Ringgit Mobile App ‘ di Sasana Kijang, Jalan Dato Onn. NSTP/Azhar Ramli

[quote cite=”Harian Metro” url=”http://www.hmetro.com.my/node/50223″]Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim berkata, dakwat itu akan mengotorkan wang kertas pada pelbagai sudut dan kesannya tidak boleh dihilangkan, sekali gus menjadikan wang terbabit tidak sah penggunaannya.[/quote]

Kelebihan Duit Kotor :

  1. Tak akan laku sepanjang masa. Baik di bandar mahupun dikampung.
  2. Kotoran degil. Memang tak boleh dihilangkan.
  3. Tak ada makna untuk pencuri sekalian. Lepas ni nak rangka strategi curi mesin ATM mesti dah tak ada mood. Langsung tak ada.
  4. Kalau curi dan ambil juga duit dalam mesin ATM tu, akan memberikan kemudahan kepada pihak berkuasa. Pendek kata, senang nak tangkap la.

Aku setuju sangat sekiranya kerajaan mengambil langkah keselamatan macam ni. Sekurang-kurangnya tak akan ada lagi kes pecah dinding ambil mesin ATM. Tarik mesin ATM dengan kereta kancil. Dan tak kan ada kes pikul mesin ATM dengan motosikal.

Itulah harapan aku sebagai seorang rakyat Malaysia.

Walaupun demikian, teknologi masa kini akan seiring dan sejalan dengan akal fikiran si pencuri. Kita pasang CCTV, diorang selamber jer tunjukkan muka. Kita letak guard untuk jaga bangunan tu, senang-senang jer diorang tarik mesin ATM tu.

Bila difikirkan balik, memang tak akan ada kesudahannya. Si pencuri seakan-akan mendalami dengan baik akan pepatah “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Akhirnya kita yang tertekan memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik.

Insaf la wahai pencuri. Hidup di dunia tak kan kemana pun. Diakhirat jua kekal abadi.

Korang semua rasa macam mana?

Adakah ini merupakan satu jalan penyelesaian yang terbaik?

Ataupun indah rupa dari bahasa?

Sila kongsikan hasrat, cadangan dan pendapat dalam ruangan komen dibawah.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

33 thoughts on “Duit Kotor Elak Mesin ATM Diganggu”

    1. Bila dapat kat pengguna, pengguna buat laporan polis..polis pula yang pergi siasat hingga ke akar umbi..macam tu la kot..bab duit boleh kotor tu saya tak leh nak jawabkan..hahaha..

  1. jika ada kecurian, dakwat akan dialirkan ke dalam slot simpan duit dalam mesin ATM ke boh?
    Kalau macam tu duit yang dah tercemar dengan dakwat tu akan dilupuskan ke?

    Untung jual dakwat…pilihanraya pun pakai dakwat…huhu

    1. Hahahahaha..lain benor luahan hati demo nih..po ore kecewo jahhh..hahaha.. dop pasti pulok tu macam mana cara fungsinya.. mungkin bila laksana nanti baru diwar-warkan kot..

    1. Ha ah..saya sendiri pun tak pasti macam mana cara berfungsi..mungkin tak leh didedahkan..kot si pencuri ambil langkah yang lagi bijak..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *