Duit Tabung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“Tabung duit itu perlu dan sangat penting dalam kehidupan kita hari ini. Tabung duit ibarat nadi kehidupan dan apabila ia dipinta pertolongan, ia sedia membantu.”

duit tabung

Kredit : Berkat duit tabung anak

Itulah antara kandungan ayat yang terkandung dalam dialog perbualan aku dan arwah atuk sebelah mak aku. Perhubungan kami waktu itu sangat rapat sekali. Benar kata mereka semua. Ibu bapa lebih sayangkan cucu daripada anak sendiri. Memang tidak dinafikan, ia berlaku dalam kehidupan aku sekarang ni. Mak ayah aku lebih sayangkan cucu-cucunya daripada anaknya sendiri. Mujurlah aku sudah mempunyai isteri. Tempat bermadu dan bermanja. Namun jauh disudut hati, kasih sayang mak aku satu masa dulu memang tiada tandingannya. Satu dalam seribu. Aku rindukan masa lampau yang penuh dengan memori yang indah. Kenang kenangan itu, akan aku jadikan pemanis dalam kehidupan kami sekeluarga.

Mak aku selalu pesan. “Ada duit lebih sikit-sikit, simpan la.

Namun, sehingga ke hari ini masih belum mampu untuk menabung. Walaupun RM30 sebulan, dengan kadar tabungan RM1/hari, belum mampu untuk aku laksanakan dengan sempurna. Banyak godaan dan banyak hasutan untuk meruntuhkan semangat aku. Mana tak hilang selera menabung andai godaan demi godaan terpaksa aku tempuhi. Orang tua-tua selalu pesan. Buat sesuatu fikir dahulu. Jangan buat sesuatu perkara dengan membuta tuli.

Sama juga dalam konteks menabung. Kita letakkan sasaran, dan kita berusaha untuk mencapai apa yang kita sasarkan. Seandainya ada godaan ke arah perbelanjaan yang tidak berfaedah, fikir dahulu sebelum bertindak. Perbelanjaan untuk hidup kadang-kadang kena melihat kepada pendapatan yang kita perolehi. Sekiranya perbelanjaan melebihi pendapatan, itu dah termasuk dalam kategori miskin. Kategori yang tidak mampu untuk menghasilkan duit tabungan.

Kehidupan ini aku perhatikan, banyak yang tak cukup dari yang cukup. Semua ini terjadi disebabkan oleh satu perkara sahaja iaitu nafsu. Nafsu diturut jangan, ditahan pun jangan. Susah bagi kita sebagai manusia biasa untuk menundukkan nafsu kita sendiri. Apatah lagi nafsu orang lain seperti nafsu isteri dan anak-anak. Jadi, kawal lah nafsu dengan sebaik-baiknya. Didik la jiwa supaya tegas dalam melawan nafsu dan godaan kearah tindakan yang negatif.

“Hidup kita tak mewah. Nak itu boleh. Nak ini boleh. Hidup kita sederhana. Apa yang penting, kita dahulukan. Apa yang tak penting, kita ketepikan. Bukan mak tak nak beli mainan tu. Tapi mak kena simpan duit untuk yuran sekolah kakak tu.”

Aku bersyukur kerana aku telah terjebak dengan program buat duit dengan blog. Walapun aku masih baru dalam bidang ini, namun ia bukan alasan untuk aku kecapi nikmat kejayaan. Hasil yang diperolehi melalui blog aku jadikan ia sebagai duit tabungan. Alhamdulillah ia membantu dikala kesempitan melanda. Walaupun motif asal adalah untuk kegunaan blog sahaja, namun tidak ada salahnya jika aku jadikan ia sebagai duit tabungan. Nak harapkan duit gaji? Emm sampai tahun depan pun, duit tabungan aku tetap RM 0.00.

hasil jobdirumahKredit : Indahnya berkenalan dengan JDR

Kebanyakan manusia akan melalui detik-detik sukar dalam hidupnya. Tambahan pula detik yang sukar itu melibatkan penggunaan wang ringgit. Hati akan hancur berderai bila dikenangkan akan kesempitan hidup sekarang ini. Sana sini guna duit. Masa yang sempit inilah kita gunakan duit tabung. Duit tabung bukan untuk masa-masa kecemasan sahaja. Masa-masa yang sempit dan tersepit, kita boleh gunakan juga.

“Alamak, duit gaji dah habis? Mana nak cari duit isi minyak motor? Pakai duit tabung dulu lah”

50 thoughts on “Duit Tabung”

  1. Menabung memang tradisi sejak turun-temurun….
    Bagus sekali ajar anak-anak kita amalan ini..

    errr…typo error ke boh ayat ni:
    “Mujurlah aku sudah mempunyai isteri. Tempat bermadu dan bermanja.”huhu

  2. nak tak nak, mmg kena buat tabungan, tak kisahlah dalam apa bentuk pun…

    moga kita tak terlampau gusar ttg duit…moga2 kita berdoa dicukupkan rezki utk sekeluarga…inshaaAllah..ameen

  3. kalau sehari seringgit susah nak buat, apa kata sehari seposen. kumpul duit syiling lebih mudah rasanya. setiap hari baki dari belanja kita yang syiling tu masukla tabung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *