Emosi – Diluah Jangan, Ditelan Jangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Macam mana kesihatan rakan blogger sekalian? Lama tak menjenguk blog rakan blogger. Lama juga tak selongkar perkembangan group Facebook Denaihati Network. Macam mana la agaknya perkembangan untuk beberapa hari yang lepas. InsyaAllah lepas siap artikel ni aku akan selongkar Facebook Denaihati Network. Mana tahu ada lawak jenaka dan gurau senda yang boleh menghiburkan hati yang lara ni. Rentetan daripada kisah artikel yang bertajuk Kau Pergi Jua, maka wujudlah artikel yang sedang korang semua bacakan ini.

emosi

Kredit : www.photodom.com

Sebelum aku terlupa, aku ingin mengucapkan jutaan rasa kesyukuran dan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan blogger yang sudi memberi kata-kata semangat, teguran dan sebagainya selepas artikel Kau Pergi Jua disiarkan. Walaupun kita tidak pernah bersua, namun keakraban soal bicara, kita lebih petah berbanding dengan mereka yang ada di sekeliling kita. Right now. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Itulah resam perhubungan di antara dua alam. Alam nyata dan alam maya.

Semakin hari aku tengok semakin layu jambangan bunga-bunga cinta di halaman Pondok Kecil. Semakin suram dan semakin hilang sinarnya. Begitulah juga dengan perasaan dan jiwa yang aku ada sekarang ini. Layu, suram dan sinarnya semakin usang. Kehidupan ini banyak cobaan dan banyak dugaannya. Rintangan demi rintangan terpaksa kita hadapi, kita laluinya untuk mematangkan kehidupan kita. Namun sejauh manakah kekuatan kita sebagai seorang manusia untuk menghadapinya sendirian? Tanpa ada ungkitan kata-kata semangat, tanpa ada istilah “pengorbanan” sesama kita, selama manakah kita mampu bertahan?

sahabat kucing

Kredit : Google

Akhirnya tersungkur di kaki tangga ibarat retak menanti belah. Tetiba teringat akan Peribahasa Melayu yang berbunyi retak kayu boleh disimpan, retak pinggan susah hilangnya. Begitulah keadaan hidup aku sekarang. Namun aku akan pastikan cobaan sebegini tidak akan menggugat sedikit pun semangat aku untuk terus melihat Pondok Kecil maju di masa hadapan. Pondok Kecil adalah segala-galanya bagi aku. Dia madu, dia juga racun. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah jari jemari ini akan terus menari untuk menghiburkan perasaan rakan pembaca sekalian. InsyaAllah.

Begitu juga dengan kerja dirumah. Kerancakan melihat wang masuk ke akaun sangat mengembirakan. Tapi sekarang ianya seakan mengerti apa yang aku lalui sekarang ni. Keseronokan menjana pendapatan melalui kerja di rumah agak kurang sekarang ni. Komitmen dah tak sama dengan bulan lepas.

dapat komisen jobdirumah

–>> Sila Klik Sekiranya Anda Tahu Kisah Disebaliknya

Dalam setiap liku-liku rintangan yang dilalui, emosi sering setia menemani. Walau apa juga keadaanya, emosi tetap menghantui perasaan kita. Emosi marah, emosi sedih, emosi gembira dan sebagainya lagi. Emosi adalah sebagai penyeri mimik muka. Emosi juga yang mengawal perlakuan kita. Emosi gembira, korang akan senyum selalu. Pergerakan korang akan menampakkan yang korang sedang bergembira.

Apabila emosi hadir, maka layanlah ia dengan baik. Layanlah ia dengan daya yang kita ada. Kena layanannya, kehidupan korang akan selesa. Jangan sesekali nodai jiwa kita dengan emosi yang tak menentu ini. Kadang-kadang rasa gembira lebih baik dari duka. Kadang-kadang sebaliknya. Satu masa dulu, mak selalu pesan.

[quote style=”1″]Nak, bila berada dalam satu kelompok yang sedang membicara akan sesuatu hal, eloklah kamu diam. Jangan menyampuk walaupun korang tahu akan hal tersebut kecuali dipinta untuk bersuara. Nak, ingat pesan mak ni. Diam lebih baik dari berkata-kata.[/quote]

Terima kasih mak kerana sentiasa memberi sokongan jitu pada anakmu satu masa dulu. Walaupun hakikatnya satu masa dulu kita tidak semesra sekarang ini. Terima kasih mak untuk segala-galanya.

“Selamat hari IBU!!!” – Alamak macam mana boleh keluar ayat ni?

p/s : Tak sabar rasanya nak menanti hari Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13).

33 thoughts on “Emosi – Diluah Jangan, Ditelan Jangan”

  1. Apapun, pastikan jiwa kental…

    Diam mmg salah satu cara terbaik, tp biasalah bila kita berdiam, pasti ada satu rasa membuak2 nak mintak kita bercakap..sabor jerlah =)

    p.s. inshaaAllah, moga makin murah rezki bro PK

  2. Pertama kali singgah menarik dan berisi tulisannya. Kesedihan akan membuat kita lebih rapat dengan Allah s.wt. Kegembiraan dan pujian adalah ujian yang didatangkan untuk melihat sejauh mana tautan hati kita dengan Pencipta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *