Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tittt-tittt… Tittt-tittt…
“Awak, saya dapat tawaran exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat“
Tergaman seketika. Aku baca mesej tu berulang kali. Aku perhatikan dalam-dalam. Piah??? Siapa Piah??? Sambil berjalan menuju ke ruang tamu, aku membaca mesej tersebut untuk kali kedua. Fikir punya fikir, akhirnya…
Laaaaa… Piahhh… Macam mana aku boleh lupa nama Piah senget kepala henjut ni? Masa zaman “kejambuan” aku di Politeknik dulu, kau tolak mentah-mentah aje kan lamaran aku. Sampai hati kau Piah buat aku macam ni. Sekarang ni bila aku dah ada anak, dah ada isteri, mesej macam ni kau hantarkan???
“Awak, saya dapat tawaran exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat“
Ayat ni…. Kalau tak ditafsirkan betul-betul pada isteri leh bawa perang dunia ke sepuluh. Tak kena cara, leh mogok lapar isteri aku tu. Tak kan hari-hari aku nak makan nasi mentah dengan telur goreng aje. Kesian la kat kami anak beranak. Korang leh bayang tak macam mana situasinya bila isteri mogok lapar???
Teruk…..
Dah la makan kena masak sendiri. Mandi tak leh mandi bersama dah. Tidur? Dah terang lagi bersuluh. Tak kan tidur satu bantal, satu katil dan satu selimut. Ini hakikat yang korang harus terima bila isteri mogok lapar.
Haha. Straight to the point…
Korang selaku pembaca setia blog Pondok Kecil ada dapat tawaran tak untuk exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat pada 8 Mac 2014 nanti di Kuala Terengganu? Ataupun ada yang pernah menimba pengalaman menempuhi exam F29 ni? Kalau ada, boleh la kongsikan soalan-soalan exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 tu ye.
Sibuk aje si Piah tu asyik duk tanya itu, duk tanya ini. Sedangkan aku sendiri pun tak ada pengalaman exam kerja kerajaan.
Aku rasa kan. Piah sekarang ni tengah gembira sakan. Yer la. Bukan selalu dapat tawaran macam ni. Tambahan pula sekarang ni, nak masuk kerja kerajaan punyalah susah. Bukan boleh menyorok masuk macam tu je. Ramai orang yang pandai-pandai sekarang ni kan?
Seronok juga kalau team Infokerjaya keluarkan panduan menghadapi exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29. Boleh la aku promote pada Piah nanti. Mesti dia gembira sangat. Barulah dia tahu siapa Hafizul yang ditolak lamarannya suatu masa dulu. Siapa Hafizul yang giler-giler remaja dulu. Haha.
Ok. Aku nak pergi layan Piah jap. Kot dia tak leh nak kawal perasaan dia yang terlalu gembira tu.
UPDATE (03.03.2014)
Panduan Lulus Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 telah pun dibuka jualannya. Sila klik banner dibawah untuk mendapatkan panduan tersebut. Terima kasih.
KLIK BANNER untuk dapatkan panduan tersebut
*************************************************************
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
Piah ni kacau sungguh, macam tiada orang lain nak bagi tahu tawaran yang dia dapat. Kepada suami orang juga yang dia hantar sms. Semoga Piah betul2 dapat tawaran tu, untungnya dapat bekerja dengan kerajaan.
Haha..insyaAllah bro..terima kasih..kalau usaha mesti dapat ni..hehe
moga Piah dapat apa yg dia nak….hheehe
InsyaAllah..terima kasih bro..hehe
Kenapa piah hantar mesej yang sama kat kawe jugak? Adakah mereka adik beradik?
Hahaha..entah..ye kot…hahaha
tahniah piah, semuga sukses dalam exam tu nanti yer.
Terima kasih tuan Denaihati..insyaAllah..hehe
Semoga Piah jawap periksan elok-elok nanti yer… Bukan senang zaman sekarang ni nak kerja kerajaan Cik Piah Oooii.. Orang yang minta ramai, tapi kekosongan jawatan sedikit..
Ok..yang ni saya setuju..susah memang susah…terima kasih bro..hehe
saya x pernah pulak amik exam pen peg teknologi maklumat. first time dengar ni. saya dulu temuduga sahaja kemudian dpt kerja tu. mungkin berbeza sebab saya kerja uitm . saya pun pernah dpt iview utk jawatan ni di trg tapi terlepas sebab masa tu tak der orang kat rumah ms surat iview sampai. rezeki saya di shah alam gamaknya..
Ya Allah..sukanya kalau saya dapat rezeki macam ni..emm tu la bro kan..rezeki Allah ni susah kita nak duga..
saya bukan bro :p saya eliss..hehehe
Laaaa…bukan ke??ingtka betul dah..hehe
piah, nama tak best, tapi mesti cun nih..
Hahaha..cun sangat…
Dah kerja pun kena lalui exam juga ya hehe
Haha..tu la bro..hidup ni tak lekang dari exam..hehe
haha kelakar. moga piah tak memporak perandakan rumah tangga orang lain.
Haha..Piah ni baik orangnya..hahaha
telur goreng untuk bro jer , untuk anak2 isteri masak sedap punyalah…hehe
Hahaha..tak adil..memang tak adil..hehe
Petang hari ke lapang sasar,
Mahu menembak se-das dua;
Pabila isteri dah mogok lapar,
Ha ha baru padan muka kita.
Hahahaha..mintak jauh la dari isteri mogok lapar ni..hehe
Uish dah kua ke? Tak sempat kejar nampak gayanya huhu
Ha ah..dah kuar..nanti leh la singagh2 tengok mana yang sempat tu..hehe
naisb baik aku cikgu kalu tak nak try jugak 🙂
Haha..tak apa..bro dah lepas dah mintak2 kerja ni..
ha’ah dah lepas zaman mintak kerje hehee
Untung lahhhh..jeles i..hahaha
salam..sy dpt jgak exam 2… maybe sy jmpe dgn piah tersebut
Haha..ye ke?nanti kalau kenal Piah tu leh la tegur yer..dah ada panduan exam?kalau belum, leh la dapatkannya di sana
~~ > http://www.panduanexam.com/panduan-exam-penolong-pegawai-teknologi-maklumat-f29/
TQ… sy ade jgak bca skit info psal exam 2…x tau la…hope dpt jmpe piah tersebut… hihihi… hope piah blh buat…
Haha..nanti kalau ada rezeki leh la jumpa Piah tu..hahahaha..mesti Piah sekarang ni tengah study kaw-kaw ni..hehehe
piah oh piah…boh PK jugak yg dicarinya…hohohoho
Haha..tu la..mentang2 la say jual panduan exam…
haha..piah jugak jadi penangan…
haha..entah la..rasa sedap aje letak nama PIAH tu..hehe
semoga calon-calon berjaya kali ini.
Hehe..terima kasih Encik Titan..aminnn…
selamat berjaya buat mereka yg ambil exam ini
Hehe..terima kasih bro…