Gadis Diatas Api

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Gadis diatas api merupakan terjemahan kepada lirik lagu girl on fire nyanyian Alicia Keys. Sudah lama aku dengar lagu ni. Memang sedap dan alunannya tidak membosankan. Malam ni aku cuba fahamkan apa yang ada dalam lirik lagu ni. Tapi kalau pakai google translate, aku rasa makin tak faham. Apa sebenarnya motif lagu ni? Apa tujuan dan apa kisah kehidupan berkenaan dengan lagu ni? Kenapa ramai yang suka dengar lagu ni? Kalau korang perhatikan di youtube, seramai 62,617,128 yang melihat video ni. Patutla aku suka dengar lagu ni. Memang lagu ni sedap kan?

gadis diatas api

Kalau lagu Gangnam Style tu, memang tak boleh dinafikanlah. Tarian dia tu yang power. Sampaikan ada blogger belajar cara-cara menari Gangnam Style ni. Korang nak belajar jugak ke? Jom Belajar menari Gangnam Style bersama Titan.

Sekali sekala layan lagu orang putih ni, feel tu lain sikit aku rasa. Yang moody jadi happy. Stress gaduh dengan bini pun boleh hilang bila dengar lagu orang putih ni. Mungkin lirik dan cara nyanyian tu buat aku rasa selesa. Bukan nak membangga diri yang aku ni perasaan pandai Bahasa Inggeris. Tapi itulah hakikatnya. Aku sekadar dengar je lah. Nak faham jangan harap. Misi untuk belajar Bahasa Inggeris pun dah lama terbuku. Memang betul kata rakan blogger, kalau tiada azam dan semangat yang tinggi, jangan harap nak belajar Bahasa Inggeris.

Tak pasal-pasal kena hangat-hangat tahi ayam. Tidak mengapa. Sekurang-kurangnya tahi ayam tu ada kegunaannya. Malam ni aku rasa frust sikit. Tak tau kenapa. Lepas layan lagu gadis diatas api, rasa ok sikit.

p/s : Korang semua tak nak belajar menjahit ke?

–>> Jom Window Shopping Ebook Jahitan

31 thoughts on “Gadis Diatas Api”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *