Gaya Berjalan Yang Sangat Kelakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam hidup aku, tak pernah lagi jumpa gaya berjalan macam dalam video ni. First time tengok, rasa pelik jer. Teruja sangat untuk melihat video ni sampai habis. Sampai kat satu part tu, tergelak sorang-sorang. Adoii ada jugak orang macam ni ekk. Rasa seksa bila melihat gaya berjalan macam tu. Hahahaha. Untuk apa direka produk macam ni. Mungkin strategi marketing untuk produk lain kot. Mungkin korang pernah kan jumpa video ni.

Tak kisah sangat la kan apa yang mereka buat, sebab mereka semua selalu mencari kelainan dalam setiap aspek kehidupan. Kadang-kadang aku terbayang juga. Macam mana kalau wanita berbaju kurung menggayakan selipar ni. Berjalan sekitar bandar Jerteh. Haha. Memang tak leh nak bayangkan emosi mereka yang melihatnya. Agak-agak produk selipar macam ni akan masuk pasaran Malaysia tak? Ke dah ada jual kat mana-mana kedai yang belum aku ketahui.

Teringat akan satu entri wordless wednesday dalam blog rakan blogger, Jebeng Otai. Effect kasut tumit tinggi memang memudaratkan. Kali pertama juga aku tahu akan kesan memakai kasut tumit tinggi ni. Memang betul kasut tumit tinggi dah menjadi trend sekarang ni. Dan dari pendapat aku, baik jaga kesihatan anggota badan daripada menjaga mata mereka-mereka diluar sana. bagi mereka yang melihat sudah tentu akan melihat dengan pandangan yang sungguh mempersonakan. Mungkin juga ada kata, ” Wow cantiklah penampilan awak hari ni “. Dan kita sebagai pemakai menafikannya. ” Ehh mana ada. Biasa-biasa jer “. Walaupun hakikat sebenar dalam hati ” Baru tahu aku cantik “. Haha.

gaya berjalanTapi kalau pakai kasut yang macam dalam gambar ni, comfirm tak ada siapa yang berani kacau. Sekali buat sepakan percuma, serik untuk setahun. Haha. Kreatif pemikiran manusia kan.

Tips Kesihatan – 4 perkara kita perlu tahu tentang kesihatan

p/s : Kasut macam ni kalau dibuat sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan ok tak?

28 thoughts on “Gaya Berjalan Yang Sangat Kelakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge