Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Buat duit dari blog tidak mencakupi satu aspek sahaja. Ianya meliputi cabang yang pelbagai dan daripada sumber yang berbeza. Ada blog bersumberkan komisen affiliate semata-mata. Ada blog bersumberkan iklan sahaja. Dan ada juga blog menjana pendapatan daripada pelbagai sumber.
Walau apa sumber sekali pun, ianya tetap dikategorikan sebagai buat duit dengan blog. Selagi menggunakan platfon blog untuk menjana pendapatan. Betul tak?
Siapa tak gembira bila berjaya dapat duit hasil blogging. Jumlah yang diperolehi itu kadang kala bukan ukuran sangat. Apa yang lebih penting, peritnya usaha selama ini telah pun terkambus dengan sebuah kegembiraan yang tak terkata nikmatnya.
Dan nikmat kegembiraan itu mampu mencetuskan lagi keceriaan warna-warni di taman hati. Selagi kita tidak kufur akan nikmat yang diberikan, selagi itulah kita mampu mengecapi rezeki blogging dengan hati yang gembira.
Dan janji-NYA pasti. Siapa yang berusaha dia akan berjaya.
Aku seorang blogger sambilan yang jarang sangat dapat komisen Affiliate, terasa begitu bertuah sekali. Dikurniakan komisen Jobdirumah yang sudah lama menyepi. Tidak dinafikan, berminggu lamanya aku menanti saat bahagia macam ni.
Akhirnya….
Disebabkan komisen affilite Jobdirumah tu sudah lama menyepi. Bila dah dapat, memang rasa bahagia dan gembira sekali.
Adakah komisen ni hasil daripada pertanyaan awek semalam berkenaan dengan contoh kerja jobdirumah? Ataupun enjin carian google yang membawa mereka masuk ke laman Pondok Kecil dan terus jatuh hati untuk mendapatkan panduan kerja Jobdirumah?
Walau apa pun andaiannya, aku ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi mendapatkan panduan tersebut di laman Pondok Kecil. Secara tidak lagsung, korang telah memberikan aku sinar gembira hari ini.
Sekaligus melenyapkan seketika rasa rindu yang telah lama terbuku. Haha. Harapan aku pada mereka yang terlibat, yang membeli panduan kerja Jobdirumah tu, semoga korang berjaya menjana lebih pendapatan daripada majikan tersebut.
Dan apabila korang sudah memohon kerja untuk bekerja dengan majikan tersebut, jangan pula ditunjukkan sikap yang buruk. Selalu mendisiplinkan diri agar sebarang kerja yang dipohon itu mendapat maklumbalas yang baik.
Aku tahu betapa sukarnya untuk memohon kerja dengan syarikat luar negara. Diorang bukan faham pun Bahasa Melayu. Ketidakbolehan aku dalam menguasai Bahasa Inggeris sedikit sebanyak menjadi faktor kenapa sekarang ni aku malas nak mohon kerja dengan syarikat tersebut.
Bagi mereka yang boleh menguasai Bahasa Inggeris, ini satu kelebihan buat korang semua.
Dan satu jer aku nak pesan.
“Siapa yang berusaha, dia akan berjaya…”
Walaupun tayar kereta itu bulat, ia tak mampu bergerak dengan sendiri kecuali kita yang berusaha menolak tayar tersebut.
Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan panduan kerja Jobdirumah, boleh klik pautan di bawah.
Baca, fahami dan buatlah keputusan yang baik. Semoga korang termasuk dalam kalangan mereka yang berjaya buat duit secara part time di rumah.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
Taniah dan well done.
Pssttt.. belanja makan putu ehhhh..
Ismail N recently posted..Maksud Integriti Dan Perlaksanaannya
Hahaha… Belanja makan putu? InsyaAllah kalau ada rezeki kan..haha
itu dia duit berderai masok akaun eceh…
suri recently posted..CPUV Campaigns Nuffnang 20/2014_ SENHENG Online Store One
Huhu..tak ada lah berderai..tapi boleh la..daripada tak ada kan..hehe
terbaik lah bro…memang rasa berbaloi sgt dan puas hati klo dpt duit drp hasil usaha kita selama ini walaupun tak banyak…eden pon samo !! 🙂
Zufar recently posted..Masakan Cina Halal di De Templer
Hehe..terima kasih bro…
tahniah, saya belum lagi kenal cara nak buat duit dari blog, just fokus untuk naikkan rank blog je dulu ni
azimah mohd zainuddin recently posted..Rahsia Kekal Bertenaga Untuk Ibu Bekerja
Hehe..tak apa..tumpukan mana yang penting dulu..hehe
lama xrasa duit affilate
affilate mmg duit pasif yg bagus.. jika dapat sale byk mmg masyuk
plg ptg dpt diri titik peluh kita.. mmg berbaloi
Sop recently posted..Konvoi EduRiders@KL ke Cherating 2014
Hehe..yup..memang berbaloi ha…
wah wah. tahniah2. rezeki bertambah-tambah
Fadhil Husin recently posted..Dah Bosan Dengan Gula? Cubalah Royal Sweetener Stevia!
Hehehe..terima kasih bro…
turun banting wehh..
turun.
haha..
titan recently posted..Royal Sweetener Stevia Pengganti Pemanis Gula Semulajadi
xpe bro..biar gua uruskan..nnati hari jumaat ni gau nak lalu dekat jerteh..rasa sempat menyinggah ni..hahaha
blogger lelaki recently posted..Ranking Alexa Oktober 2014
Ehh ye ke blogger lelaki??? aaaa nak kuar dari Jerteh la Jumaat ni..hahahaha
Hahaha…nanti la ada rezekinya…nak gak jumpa Encik Titan ni…haha
takper…teruskan je..nanti ada le lagi tu 😀
reezluv recently posted..Cara Berbeza Matlamat Sama
Hehe..insyaAllah..terima kasih bro..
Bestnya. Saya FAHAM erti kegembiraan tu. Lagipun, saya pun baru dapat komisyen ni jugak
sabree hussin recently posted..Komen Saya Tentang Program jobdirumah
Wahhh bagus la itu macam..dapat komisen gak ekk..haha
Tu dio.. Gembira sakan semestinya..
Hahaha..betul tu bro..hehe
kena rajin usaha…siapa yang rajin…dapat la… 😀
Ezad Skytech recently posted..Perlu Ke Google Street View ?
Hehe..betul tu..setuju sangat..
syabas dan tahniah..jumlah RM25 amat besar juga..boleh belanja beli susu dan lampin anak..memang tak perlu usik gaji lagi tu.
Hero Borneo recently posted..Bagaimana Nak Ajak Isteri Bermesra?
Hehe..terima kasih bro..yup..nilainya kecil tapi kepuasannya maksimum..
Wah. Memang betul boleh buat duit ye. Saya buat blog nak share info je. Tapi kalau boleh buat duit why not
Elias recently posted..Cabaran Mengajar Post Graduate Student
Yup..kena cara memang leh buat duit haaa…ada masa try la belajar cara buat duit dengan Affiliate..
Den pun bila dapat RM 20 daripada blog pun dah rasa syukur. Nikmat dia lain daripada dapat gaji kerja makan gaji.
Zali recently posted..Google Street View
setuju rasanya berbaloi cukup buat kita senyum
suri recently posted..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
Haha..betul tu bro..setuju sangat..haha
Alhamdulillah, tahniah….
ema recently posted..Masuk PLKN Umur 30 Tahun
Hehe..terima kasih ema..rezeki dari-Nya..hehe
bestnya kalau saya dapat macam tu. bolehlah berenti kerja.
Raihanah Ahmad recently posted..Manfaat Ibadah Korban
berhenti kalau rasa ada amuan itu tetap sepajang bulan
suri recently posted..Terlanggar Pin Langgar Lari Tak Perlu Buat Laporan Polis
Hehe..saya pun nak brenti gak kalau bulan2 banyak dapat haa…hehe
tahniah…macam mudah je buat duit…tapi tak semudah disangka ..perlu usaha berterusan
Rokiah Abdul Hamid recently posted..Promosi ESP Shaklee Giler Kentang!
Hehe..tahu tak apa..tapi bila dah dapat tu, rasa macam ni la..haha
Seronoknya…tahniah2
Nurul recently posted..Produk Selamat Untuk Rumah Anda
Hehe..terima kasih..alhamdulillah..rezeki haaa…
hu mak aiii… duit raya haji ke terrrrr…
encikarman recently posted..Komisen Lazada MyCyberSALE!
Hahaha..duit raya la sangattttt…
Kawe kena belajar dgn demo tips nih 🙂
Hilmi Hasan recently posted..Kuruskan Badan Bukan Hanya Pada Timbangan Berat
Haha..layak ke saya nak jadi cikgu ni..hahaha
siapa tak gembira bor kalau masyukkk..muka ada sinyum..hahaha
blogger lelaki recently posted..Ranking Alexa Oktober 2014
Hahaha..ada senyum dah gembira..haha
best tu…duit masyukkk..
Ha ah..memang best la..hehe..
Itulah nikmat rezeki dari hasil usaha yang gigih. Walaupun sikit kita tetap bersyukur dan terasa nikmat atas rezeki yg kita dapat.
Wira Merah recently posted..5 Blogger Mesra Alam September 2014
Yup..betul tu bro..hehe..sikit nilainya..tapi banyak usahanya..hehe
kerja up blog sahaja boring itu kerja jugakan
suri recently posted..CPUV Campaigns Nuffnang 21/2014_ Sime Darby LPGA 2014
haha..biasalah..namanya blogger kan..
Menarik ni…thanks sbb beri idea utk jana pendapatan lebih
Azura MZaki recently posted..Promosi Kolagen Shaklee 2014
Hehe..sama-sama…semoga bermanfaat untuk azura…
bila baca entri nie, teringat pula komisen bulan 9 belum byr lagi..
kali nie lewat sikit sbb terover busy body. heee
Hairul Hissam recently posted..Blog Hairul.com Berehat Seketika Utk Fokus Buat Pakej Bisnes Air Balang plus Desert Hotel.
Tak apa bro..take your time..org puteh cakap la..hahaha
Pingback: Komisen Keempat Panduan Membuat Putu - Pondok Kecil