Gembira Hutang PTPTN Selesai

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Siapa tak gembira hutang PTPTN selesai kan?

Beberapa hari yang lalu, aku ke pejabat KWSP untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi melangsaikan hutang PTPTN. Punyalah gembira hati aku ni. Dah jumpa sumber untuk melangsaikan hutang PTPTN. Terima kasih kepada mereka yang telah memaklumkan bahawa duit KWSP boleh dikeluarkan untuk membayar hutang PTPTN.

hutang ptptn

Banyak lagi tuuu…

Bab macam ni,aku tak berapa nak cakna sikit. Haha.

Apabila tiba di pejabat KWSP, aku pun masuk dengan langkah yang sangat gembira.

Tapi sayang, keluar dengan hati yang kecewa. Haha.

Mana tak kecewa. Duit dalam akaun 2 tak cukup nak langsai hutang PTPTN sampai habis. Separuh pun tak lepas. Kecewa sangat. Akaun 1 pula cukup untuk bayar hutang PTPTN. Tapi awek kaunter tu cakap tak boleh la pula. Dah puas aku pujuk. Umpan dengan ayat menggoda pun tak layan juga.

“Encikkkk. Mana boleh keluar wang dalam akaun 1…”
“Itu kan duit saya…. Tak haramkan saya ambik duit tu…”
“Memang la tak haram.Tapi duit tu untuk simpanan encik masa depan…”
“Tak apa. Saya ambik sikit jer. Masih ada baki lagi kan. Lepas ni boleh simpan balik…”
“Encik… Dah memang peraturan yang telah ditetapkan kerajaan. Kecuali Encik nak beli saham dengan duit dalam akaun 1 tu…”
“Lahhhh… Saham boleh beli pula… Mana penting langsai hutang PTPTN dengan beli saham???

Ok. Aku tinggalkan awek itu dengan satu soalan. Biar dia jawab dalam hati jer.

Aku berjalan dengan perasaan yang sangat hampa. Aku nak cuba langsaikan hutang PTPTN dengan segera. Memang tak aman sangat hidup sekarang ni. Siang malam asyik teringat akan hutang PTPTN je.

Nampak gayanya,kena bayar sikit-sikit la. Biar lambat asalkan konsisten. Lambat laun habis juga hutang PTPTN tu.

Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh awek KWSP tu. Duit dalam akaun 1 untuk simpanan masa depan. Sekurang-kurangnya ada juga duit yang aku simpan untuk digunakan di hari tua kelak. Kalau nak harap duit tabungan sendiri, memang tak sempat berbuah la.

Belum berputik, dah kena petik. Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

60 thoughts on “Gembira Hutang PTPTN Selesai

    1. yusri

      akaun 1 memang TAK BOLEH buat keluar untuk tujuan pendidikan/perumahan.
      akaun 1 hanya boleh dikeluarkan untuk pelaburan unit amanah (unit trust) tetapi bukan keseluruhan.
      selain daripada tu cukup umur 55 tahun (persaraan) ataupun meninggal dunia/meninggalkan Negara.
      yusri recently posted..Update Page Free BacklinksMy Profile

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge