Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tidak dinafikan lagi. Kita selaku ibu bapa seringkali berhadapan dengan masalah untuk gembirakan hati anak-anak. Nampak mudah tapi tak senang juga untuk dilakukan. Perasaan anak itu unik sampaikan susah untuk ditafsirkan.

Terutama sekali anak-anak yang telah menjangkau usia remaja.
Penting sangat ke untuk mengembirakan hati anak-anak?
Bila ditanya soalan macam ni, aku sendiri confius nak jawab. Macam mana nak bagi jawapan yang munasabah dan tepat jika aku sendiri pun masih gagal untuk mengembirakan hati anak-anak.
Walaupun aku rasa macam dah selalu sangat mereka digembirakan. Haha.
Kadang-kadang aku rasa macam tak penting je.
“Alahhhhh. Perasaan anak je pun. Lantak dialah nak gembira ke tak….”
Jika difikirkan balik, memang tidak patut untuk kita abaikan perasaan anak-anak. Salah satu sebab untuk menjadikan keluarga itu bahagia ialah melalui jiwa anak-anak.
Pendek kata, anak gembira, ibu dan ayah bahagia.
Bimbang jika diabaikan akan membawa kesan yang negatif kepada tumbesaran emosinya kelak.
Bimbang juga di masa kita tua nanti, tiada anak yang mampu mengembirakan hati kita. Tak kan nak harapkan kawan dan jiran tetangga yang mengembirakan hati dan perasaan bila kita tua kelak.

Anank yang tidak merasa gembira dengan keluarga mereka akan mula berkongsi masalah dengan orang lain. Bukan dengan ibu bapa mereka sendiri. Kadang kala mereka lebih selesa meluahkannya di media sosial yang mana bakal membuka pintu rahsia keluarga tersebut.
Maka akan kelihatan pada pandangan masyarakat bahawasanya keluarga tersebut banyak keburukan daripada kebaikan.
Sedangkan suasana dalam keluarga tersebut sebaliknya.
Jadi, aku merasa amat penting untuk membuat anak-anak merasa gembira dalam keluarga mereka sendiri.
Betul tak?
Sebenarnya bukan susah sangat untuk mengembirakan hati anak. Tak kiralah anak-anak yang dah menjangkau usia remaja ataupun anak-anak yang belum akhil baliqh.
Cara yang paling senang tetapi payah untuk dilakukan :
- Luangkan masa bersama anak-anak.
- Bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.
- Cuba untuk menjadikan hal-hal keluarga sebagai suatu tindakan yang paling utama untuk diselesaikan.
- Wujudkan suasana “ZERO” tekanan dalam rumah tangga dan banyakkan suasana yang mendamaikan, bahagia, gembira dan sebagainya yang mampu untuk mencetuskan perasaan gembira anak di rumah.
- Banyak lagi la perkara yang senang tetapi susah untuk dilaksanakan.
Sifat dan tingkahlaku anak itu berbeza. Ada yang pendiam seribu bahasa. Ada yang kalut tak hingat dunia.
Jadi, belum terlambat lagi untuk mewujudkan talian perhubungan yang berkualiti dengan tidak mengabaikan hati dan perasaan seorang anak.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
Yurp…. Kalau ada masa lapang, kena luangkan masa bersama anak-anak…. Senyuman kegembiraan yang terpancar di wajah mereka sangat bermakna dalam hidup kita… 😉
Betul tu bro.. tak ada nikmat kegembiraan lagi bagi saya selain daripada melihat anak-anak gembira.. membesar dengan sihat dan gembira selalu…
yup bro…bukan senang nak menjaga anak2..
kalau ibibapa sibuk..lagi la jauh anak2..
hehe.. itu la.. nampak gayanya nak kena lebihkan masa dengan anak-anak pas ni.. kesian gak diorang…
untuk anak jadi dewasa yang baik, dia perlu gembira di masa kanak2nya
Betul tu.. setuju dengan komen ni.. hehe
Betul tu x senang nak jaga anak, kalu rezeki dapat anak yang aktif lagi la berlari ke sana ke sini jawabnya.
Yup.. itulah..sampai satu tahap kita rasa macam segan dan macam malas je nak bawa p rumah jiran.. kot ada berlaku apa2 disebabkan keaktifan dia.. Tapi saya tak kesah.. Namanya budak.. Kan?
Kegembiraan anak dpt membantu membahagiakan ibu bapa…
Bila anak tdk gembira, secara tidak langsung akan membuatkan hati ibu bapa gelisah…
Ini menandakan betapa pentingnya untk membuatkan anak gembira…
cantik latar belakang bukit keluang.. org besut ke boh?
Yup..orang Besut jer..haha
Insaf baca perkongsian ni. Penuh pengajaran. In Shaa Allah akan ingat pesanan dalam ni bila dah ada anak nanti
Betul, Kita kata sayang anak, tapi jarang sangat untuk gembirakan hatinya.Bila dah dewasa kelak, mereka hanya gembirakan hati mereka sahaj.tetapi tidak kita.Menghargai akan dihargai.
Adawiahnik menullis:http://adawiahnik.blogspot.my/2016/10/sihat-dan-cergas-bertenaga-di-tanah.html
Tiada yang lebih penting dari itu, kerana anak kita adalah cermin kita sebenarnya. Anak yang bermasalah biasanya berpunca dari ibubapanya yang bermasalah.
Anak gembira, bapa terhibur 🙂