Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Gembiralah jika tidak dihargai. Itu perkara yang perlu kita lakukan jika merasakan diri tidak dihargai. Walaupun banyak yang telah kita lakukan, tetapi langsung tidak dihargai, bergembiralah. Nescaya korang akan bahagia dalam meniti hayat-hayat yang masih berbaki ini. Tak apalah. Hidup hari-hari, mati hanya sekali. Hari ini hari dia, esok lusa mana tahu hari kita pula. Haha.
Gembira bukan hanya apabila bermain air laut bersama jer…
Dihargai ataupun tak, itu bukan soal utama. Apa yang menjadi keutamaan ialah niat dan keikhlasan kita dalam menyumbangkan sesuatu perkara mahupun pertolongan. Dapat pahala daripada apa yang dilakukan, itu lebih manis kan? Tak sia-sia sangat kan? Manusia memang ada egonya yang tersendiri. Ada yang tersangat pandai menghargai. Ada juga yang langsung tak pandai menghargai. Jadi, disebabkan keegoaan manusia itu pelik, maka kita bergembiralah dengan apa yang terjadi.
Ok? Senyum, ketawa dan kelautkan perasaan sedih tu. Alahhh… Apalah sangat penghargaan dari manusia ni kan? Bukan boleh bagi kita lampu di alam kubur nanti. Mahupun kesenangan di alam seterusnya. Pendek kata, buang yang keruh ambil yang jernih. Normal la tu. Kadang-kadang kita ni, bukan nak penghargaan sangat. Mengada-ngada je yang lebihnya. Betul tak? Dan kita tak buat sesuatu perkara tu semata-mata hanya untuk dihargai.
“Awakkk… Orang buat ni ikhlas laaa…”
Lagi teruk, apabila berlaku sesuatu konflik. Kita merasa tersangat sedih apabila ada yang buat-buat tak nampak apa yang telah kita lakukan sebelum ni. Ok. Kita kena terima dengan hati yang terbuka. Memang perangai manusia ni pelik. Jadi, bergembiralah dengan apa yang terjadi.
“Bro… Tak payah sedih sangat laaa… Dah namanya manusia. Memang cenggini haaa…”
Dugaan macam ni, kita kena terima dengan hati yang penuh kesyukuran. Bukan selalu kita dapat hadiah berupa ‘dugaan hebat’ macam ni. Lihat lah. Betapa sayangnya Allah S.W.T pada kita. Dia sayangkan kita sebab tu Dia pilih kita untuk terima ujian sebegini rupa. Jadi, sekali lagi. Gembiralah jika tidak dihargai. Nescaya korang akan menuju ke alam kebahagiaan. Haha.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
Boh…macam mana boleh keluar idea nok buat entri lagu ni?
Terkesima sungguh kawe…hahaha
Haha..lagu mana ertinya terkesima dalam bahasa yang mudah kanak-kanak sekolah rendah faham?hahaha..
terkejut + syahdu…ye ke?hahaha
Hahaha…kalau gitu barulah kawe faham..hahaha
berehh boh…haha
Hadapi dengan senyuman, fikir positif insyaaAllah hati kita akan gembira 😀
Orait..terima kasih myra..insyaAllah…
Hati menangis siapa yang tahu kan…apa-apa pun kita kena ikhlas kan jela dalam melakukan sesuatu..
Yup..betul tu..terima kasih bro…hehe
Hadapai dengan senyuman, tiap yang terjadi biar terjadi. Hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik-baik saja.
Ya..setuju bro..terima kasih yer..hehe
saya tetap sama sahaja erm..untuk elakkan sakit kepala tau mau fikir apa-apa anggap itu ujian boleh?
Haha..boleh aje suri..terima kasih..tu la..kadang2 bikin tak tenang jiwa ni..hahaha
uh tuan tanah seksi gambar itu kasi tukar boleh tak? uhu..
salam jumaat ya 🙂
Hahaha..salam jumaat..ala..seksi ke? Cer tengok dari sudut yang lain pula…
Jika bersedih jadikan baca Al-Quran ubatnya. Itukan khabar gembira untuk kita umat Islam..huhuhu
Yup..setuju sangat bro..hehe..kalau baca sahaja mungkin sukar nak wujudkan kegembiraan tu..kena baca dengan alunan yang betul..lagi mujarab kegembiraan itu wujud bila kita faham akan maknanya…hehe…
Kalau diharapkan kasih sayang manusia.. Mana kekal.
Memang takkan bahagia dan kekal
Cer tengok robin william.. Kaya.. popular.. api tak tenang
Tak bahagia.. last2 gantung diri dan mati dalam keadaan macam tu.
Haha..tu la kan..susah hidup ni sebenarnya jika kita merumitkan keadaan yang senang tu..hahaha..
Ujian kehidupan.
Sebab tu islam menuntut.. permudahkanlah.. jangan menyusahkan orang lain
Sebaik2 manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain
Hehe..terima kasih mazni..insyaAllah..nak kearah itu..barulah hidup lebih bahagia dan gembira…
so..silalah bergembira.
tak pun. gi makan cendol banyak-banyak.
Emm nak makan itu cendol banting aje..cendol lain tak lalu nak telan..hahahahaha
Dihargai ataupun tak, itu bukan soal utama. Apa yang menjadi keutamaan ialah niat dan keikhlasan kita dalam menyumbangkan sesuatu perkara mahupun pertolongan., saya setuju sekali, Do The Best!
Hehe..terima kasih bro..lepas ni kena tanamkan sifat buat kerja kena ikhlas..baru tak dikecewakan..haha
kekadang tak boleh nak terima jika sumbangan yang telah kita berikan kepada seseorang atau pun syarikat tidak dihargai langsung…memang tak gembira…huhu
Haha..tu la..sebab tu syarikat selalu bawa staf dia melancong..akhir tahun mesti dapat bonus kaw-kaw punya..hahahaha…
alangkah untungnya kalau dapat company macam tu…huhu
Keberkatan rezeki selalunya nampak lambat.
Memang betul, ada masanya rasa terkilan juga sebab tak dapat balasan yang setimpal dengan usaha
Tapi Allah kan ada. KAlau bukan didunia.. akhirat kita dapat.
Hehe.. Macam senang je nak terima. Nak sedapkan hati je
Masa appraisal pun dah dekat ni
Kalau orang tak hargai kita, kita hargai diri kita sendirilah….
Hahaha..tulah yang terbaik yang mampu kita lakukan..tak salah puji diri sendiri asalkan tak keluar dari rona-rona keterlampauan..hehe
Penghargaan itu akan tiba.
Mungkin hanya menunggu “masa yang sesuai”
mungkin…
Yup..betul tu bro..hehe..mungkin itu dari satu sudut, boleh menyiksakan jiwa dan raga..haha
selalu jer jadi benda mcm ni.. bukan kita mintak unutk dihargai or diberi pujian.. tp jika kita buat sesuatu yang menguntungkan seseorang tu.. Aisyah dah cukup rasa dihargai jika seseorang tu ucap terima kasih.. tp banyak yang tidak buat macam tu.. 🙁
Haha..sabar aje la..rakyat malaysia memang nak kena bagi kesedaran lebih lagi tentang ucapan terima kasih tu..hahaha
Madah pujangga ada berkata Hafizul…tak mengapa jika diri tak dihargai… asal jangan takde harga diri”
psss.
Awat tera sangat buat n3 ek? Ada ja idea noo… 😀
Hahaha..sangat setuju dengan pujangga tu..dan menarik untuk dijadikan panduan..emm tak tera naaa.. Hang tibai aje la…mesti banyak idea nya..hahahahahaha..pandai tak saya cakap org pinang?
Bila kita tak harapkan penghargaan manusia, jadi memang kita tak kisah kalau tidak dihargai. Mula2 memang sakit tapi dah biasa nanti, rilex jer lah… peace yo!
Haha..yup..betul tu..moralnya,buat kerja tak yah nak harap penghargaan sangat..buat aje..haha
Kalau kita berbuat sesuatu kerja dengan ikhlas, kita akan sentiasa gembira samda kerja tersebut mendapat penghargaan ataupun tidak… Buatlah sesuatu dengan seikhlas hati, banyak keberkatannya…
Yup..itulah yang terbaik bro..terima kasih banyak2..hehe
Aku suka entri ni..buat sesuatu tu biarlah ikhlas..tak payah harapkan penghargaan pun tak apa..In Syaa Allah..akan ada sesuatu di sebaliknya yang kita tak tahu..kalau tak dapat di masa sekarang, mungkin di masa depan..
Yup..betul tu bro..itulah yang terbaik..terima kasih atas pandangan yang cukup bermakna ni..hehe
Life has to go on bak kata pepatah Inggeris. Bina sifat positif.
Haha..betul tu bro..terima kasih atas nasihat motivasi ni..hehe
senyum je biarpun pun buat salah… jumpa aweks boleh plak senyum secara auto kan.
p/s: saya tgh sentum nih
Sentum apa tu bro?hahaha..senyum sampaikan typo kan?huhhh…tak dihargai ke hari ni?hahaha
Penghargaan Allah lebih utama 🙂
Yup..setuju..terima kasih nurul..hehe
Grmbira bila tidak dihargai…baru kita tak stresskan
Yup..betul tu..hehe..itulah yang terbaik haaa…
orang yang mampu bergembira saat tidak dihargai..tinggi makamnya
Yup..betul tu..terima kasih bro…