Giveaway Hatiputera.com

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada saudara hatiputera kerana sudi menganjurkan giveaway di bulan Oktober ni. Tertarik dengan objektif pertandingan ini diadakan. Dan aku harap lepas ni ranking Alexa blog hatiputera mencapai target yang di sasarkan. Ranking Alexa pondok kecil duk main turun naik jer. Amat sukar sebenarnya untuk menstabilkan rangking Alexa ni. Tambahan pula aku bukan blogger tegar. Hehe. Tak banyak masa free yang ada. Namun semua itu bukan lah alasan untuk aku terus maju dalam dunia blogging. Dan aku jadikan ia sebagai satu cabaran dalam mencapai setiap impian yang aku inginkan dan arena blogging ini.

Selepas rakan kongsi aku, budak felda membuat contest seumpama contest hatiputera ni, alhamdulillah ranking alexa dia berada pada kedudukan yang membanggakan. Tak selaras dengan usia blog, namun itulah kehebatan pertandingan melibatkan review blog di halaman Alexa. Tapi ntah kenapa, entah kat mana silapnya, budak felda hilang dari pandangan mata. Sudah lama tak meninggalkan komen di halaman pondok kecil, mahupun halaman blog rakan blogger yang lain.

Blog beliau sendiri pun sekarang ni dah tak boleh nak access lagi. Mungkin beliau tengah menyusun strategi kot. Bagi mereka yang mengetahui kemana budak felda menghilang, please bagitau aku yer. Tak. Tak. Aku bukan nak apa-apa kan dia, cuma aku mahu tahu keadaan dia sekarang jer. Ambil berat sesama rakan blogger, itukan memang dituntut dalam arena blogging. Hehe.

Blog hatiputera sudah lama aku kenali. Tapi tak sampai setahun lagi. Mungkin beberapa bulan dah kot. Kira lama jugak la tu. Pernah sekali aku review blog hatiputera sebagai tanda penghargaan sebagai top komentator untuk bulan Ogos 2012. Dan kali ni aku review pulak dalam halaman Alexa. Sebagai syarat untuk melayakkan aku menyertai pertandingan yang dianjurkan.

Blog hatiputera sejak akhir-akhir ni sentiasa berubah themes. Sekejap themes nomnom, sekejap themes twenty eleven dan saat entri ni ditulis, blog beliau memakai themes twenty ten. Mungkin ini adalah tempias daripada penyertaan pertandingan blog popular tu kot. Kan hatiputera? Hehe. Dari apa yang aku lihat sejak akhir-akhir ini, dengan tingkah laku semacam ni sekaligus menggambarkan beliau seorang yang rajin dan sanggup berusaha bersusah payah dalam mencapai sesuatu yang di inginkan.

Pengalaman pahit yang terjadi semasa aku menukar themes satu masa dulu membuatkan aku serik untuk bertukar themes sepertimana yang Hatiputera lakukan ni. Walaupun hakikatnya jauh disudut hati, ingin menukar themes memakai theme Twenty Eleven. Hehe. Kalau dipandang dari sudut yang berlainan pula, aku rasa baik aku setia jer dengan themes yang ada sekarang ni. Andai ada rezeki lebih satu masa nanti, ingin menempah theme sendiri dengan citarasa sendiri serta yang penting mesra SEO.

Sebut sahaja SEO, teringat akan SEO Analyse. Memang blog hatiputera mempunyai score SEO yang agak baik sekaligus menjadikan blog Hatiputera ini satu blog yang mesra SEO.

It’s clearly that hatiputera.com has a good level of search engine optimization, thus it’s SEO Score of 70%

Entri dalam blog hatiputera kalau nak dibandingkan dari segi gaya penulisan dan gaya penyampaian, sangat memuaskan hati aku. Dan aku rasa sekarang ni Hatiputera tengah mendalami ilmu fotografi. Mungkin minat beliau yang mendorong untuk berjinak-jinak dengan aktiviti berfaedh macam ni. Dan aku harap Hatiputera akan setaraf dengan mereka yang pakar dalam arena fotografi. Sebenarnya tiada apa lagi yang mampu aku komen berkenaan dengan blog beliau. Tengok sahaja ranking Alexa blog beliau, jauh meninggalkan ranking Alexa pondok kecil. Memang hebat blog hatiputera dari segi penyusunan strategi untuk menambat kekasih hati, Alexa. Banyak yang aku perlu pelajari dan ceduk ilmu dari beliau berkenaan ranking Alexa.

Setakat ni aku cuma ada sedikit jeles la dengan blog hatiputera ni. Berkenaan dengan useronline tu. Memang setiap kali aku singgah, aku tengok dekat user online dia, memang ramai. Kekadang lebih 20 user. Bro, macam mana buat tu. Bagi la tips sikit. Pondok kecil tengah jeles ni. Hahaha. Kepada sesiapa yang belum join, jom la join yer. Hadiah yang ditawarkan amat menarik.

Giveaway hatiputera.com ini dianjurkan oleh hatiputera.com dan ditaja bersama oleh amlanblogger.com dan putera-malam.net

 

62 thoughts on “Giveaway Hatiputera.com

          1. suri

            asal puan plk haa tak hip hop langsung miehaaa…

            erk.. haaa mmg ada hadiah pemenang nk bgi tpi saya tak tahu mana nak dpt almat mereka… huhu… dh htr msg kt fb dia..kursus barang kali ke g kursus kwin hee…

            pst..sy tgu dia gak risau pegang brg org lama2
            suri recently posted..Panas Wei !My Profile

            Reply
            1. hafizul Post author

              emm dia ada hadiah jugak ke??doh siapa tahu ehh budak felda g mana?suri tak ada contact lain ke selain FB?hehe..kalu kursus kawin kenapa tak war-war kan kat kita kan suri..mana tahu ada yang nak sponsor hadiah bila kawin nanti..

              Reply
  1. penowo

    betul tu bang,, dengan kata kunci yang dijadikan kontes maka akan sering dikunjungi apelagi masuk 10 besar dan bahkan nangkring 1 google, maka pengunjungpun akan berduyun melihat dan penasaran,, dengan itulah alexa pun turun,,,
    penowo recently posted..Cara Promosi Online GratisMy Profile

    Reply
    1. suri

      putera
      sy bru tahu ada contest.serius sy gagal bab nak buat riview ni… terkdang bukan tak mau joint nnti krg org kata kita bg ualsan tak tepat bagai hua…

      suka joint skda nak meriahkan jer…bila last eh…

      Reply
    1. hafizul Post author

      sama-sama…emm boleh jer kalau nak suruh sy review..syaratnya kena menang top komentator ler…haha..ada jugak org nak direviewkan oleh sy yer..hahahahaha..TQ bro atas penghargaan ini..

      Reply
  2. Pingback: Senarai peserta Giveaway hatiputera.com | Hatiputera

  3. Pingback: Pemenang Giveaway Hatiputera.com

  4. Pingback: Warna Warni Tomato 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge