Happy Birthday To You

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Happy Birthday To You… Happy Birthday To You… Happy Birthday To You!!!

Alhamdulillah. Sepenuh ucapan kesyukuran diucapkan buat sang pencipta. Kerana Dialah, Allah Yang Esa, kami sekeluarga mengecapi bahagia. Bersyukur juga ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniaannya, kami sekeluarga boleh berada dalam keadaan aman dan harmoni. Diberi rezeki yang mencukupi dan dianugerahkan seorang insan yang solehan untuk berada disisi sebagai peneman perjalanan di dunia dan akhirat. Alhamdulillah. Aku bersyukur pada-Mu.

happy birthday to youSedar tak sedar usia remaja meninggalkan kita dengan 1001 kenangan. Pengalaman meniti usia remaja akan dijadikan kenang-kenangan yang tak mudah untuk dilupakan. Keriangan bergelar seorang remaja, akan sentiasa utuh terpahat di jiwa. Selagi hayat dikandung badan, pengalaman ini akan dijadikan panduan. Panduan dan penglaman untuk mendidik anak supaya menjadi insan berguna di masa depan. Kesilapan untuk setiap langkah-langkah kehidupan yang lepas insyaAllah akan dijadikan pengajaran berguna buat si anak kelak.

happy birthday to you

Merenung wajah isteri dan wajah seorang anak kecil, aku merasa diri ini bergitu bertuah sekali. Hadirnya mereka untuk mencoretkan warna warni dalam kehidupan aku membuatkan aku merasa sangat selesa. Alhamdulillah semoga rasa ini akan terus berkekalan sampai ke akhir hayat. Bahtera rumah tangga yang dibina tak akan selamanya tenang. Sekali sekala ia dilambung ombak juga. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri.

Untuk isteri yang tercinta, selamat hari jadi. Semoga dipanjangkan usia dan diberi ketabahan serta kesabaran untuk memikul amanah sebagai seorang isteri.

Aku tak mampu untuk berikan wang ringgit, intan permata, rumah banglo, dan kereta besar. Walaupun tidak pernah disuarakan, namun aku tahu itu semuanya bukan permintaanmu. Ucapan selamat hari jadi, sedikit kata-kata semangat dan sedikit penghargaan, itu sahaja yang mampu aku berikan. Walaupun hakikatnya aku nak buatkan kejutan, namun kejutan itu telah mengejutkan aku sendiri. Mungkin kejutan tersebut akan ditunda ke tahun hadapan. InsyaAllah.

Zul Ikan Bakar, Tempat Belanja Isteri

Zul Ikan Bakar merupakan kedai makan yang menjual masakan berasaskan ikan bakar sahaja. Makanan ringan ada disediakan juga seperti udang celup tepung dan sotong celup tepung. Zul ikan bakar terletak di Kampung Pengkalan Nyireh berdekatan dengan Pejabat LKIM Besut. Sekiranya rakan pembaca melalui kawasan ini, jemputlah singgah untuk merasa. Harga makanan kat sini berpatutan dan tidak ‘cekik darah’. Sekali sekala belanja keluarga apa salahnya.

Happy Birthday To You

Zul Ikan Bakar adalah tempat pilihan untuk meraikan hari jadi isteri. Motif utama bukannya nak raikan hari jadi sangat. Penghargaan buat si isteri sebagai tanda terima kasih diatas segala pengorbanan yang telah diberikan, itu motifnya. Ingat senang ke nak jadi isteri ni? Susah tu. Kalau dapat suami yang tak cerewet, tak apa lah. Dapat suami yang cerewet, tuhan jer yang tahu. Hehe.

Happy Birthday To You

Apa yang menarik dengan Zul Ikan Bakar?

Zul Ikan Bakar ada beberapa elemen yang menarik perhatian aku. Antaranya:-

  1. Masakan dia best dan tak pernah berubah citarasanya.
  2. Ikan, sotong dan udang yang disediakan semuanya segar.
  3. Ruang makan yang selesa.
  4. Semua pekerjanya peramah dan pandai mengambil hati pelanggan.
  5. Tak perlu tunggu lama untuk masakan masak.
  6. Harganya berpatutan.
  7. Sentiasa dikunjungi pelanggan dan tak pernah sunyi.
  8. Korang kena cuba sendiri baru korang tahu.

Happy Birthday To You

p/s : Seronok tengok isteri dan anak makan. Maklum la bukan selalu suami belanja macam ni. Setahun sekali ajer. Tu pun kalau mood suami OK.

39 thoughts on “Happy Birthday To You”

    1. Emm betul-betul..tak salah kan..isteri kita jugak..org lain boleh ajer belanja..kenapa isteri sendiri susah nak belanja?something wrong somewhere..huhu

  1. Selamat hari lahir buat isteri bro PK.

    Moga rumahtangga deme berdua kekal aman bahgia dunia akhirat…ameen =)

    p.s. tips utk kasi isteri sayang lagi lebih ialah buat mereka suprise walaupun hanya beli aiskrim coklat 50sen =)

    1. Ohh ye ke?terima kasih boh sebab bagi tips berguna nih..sejak nikoh ni dop ajin mano wak suprise..baru2 ni wak suprise pasal hari jadi dia nih, kawe sendiri tang lebih suprisenya..hahaha

  2. Selamat hari lahir untuk isteri… Dibelakang lelaki itu adanya seorang perempuan yang sentiasa memberi sekongan kepada kita. Oleh itu, kita haruslah menghargai isteri yang sentiasa berada di sisi kita.

  3. Selamat Meyambut Hari Lahir buat isteri Hafizul PK…sambutan yang ke berapo doh ni boh???

    Errrr… tepeklah sekeping duo gamba ore tino tu…hehehe

    1. Sambutan ke 27 boh..tua doh bini kawe..kawe jah mudo lagi..huahuahua…emmm kawe buke dop sir tepek dalam pondok kecil ni..tapi kawe takut bini kawe famous jah..jeles dop pasal kawe..hahahaha

        1. haha..ooo kiro pelaris dih…nanti la kawe pertimbangkan..hahahahaha..kalau bini kawe baco komen kito nih,dop pasal buleh make sedap-sedap sokmo kawe..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *