Hari Jumaat Yang Indah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti kebiasaan hari-hari sebelumnya, apabila hendak ke tempat kerja ataupun hendak meronda-ronda kawasan kampung, aku akan melalui jalan yang sama. Jalan yang disajikan dengan suasana yang menyegarkan dan pemandangan yang sungguh mempersona. Betula lah apa kata mereka semua. Dari mata jatuh ke hati. Sungguh indah kejadian ciptaan yang Esa. Walaupun hanya sekadar sepohon kayu jauh dibendang sawah, namun ia adalah suatu pemandangan yang sungguh mengujakan. Luas mata memandang luas lagi jiwa yang merasa. Sungguh seronok hati ini setiap kali melalui jalan yang damai ini.

hari jumaat hari yang indah

Kredit : Facebook Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Masalah jerebu mungkin tidak hilang sepenuhnya lagi. Kan? Semalam isteri aku kata, kawasan Johor kena jerebu teruk. Hari ini masih teruk. Betul ke? Itu pasal lah pagi ni mendung jer. Jam di dinding menunjukkan pukul 8 pagi. Tapi mentari masih belum juga muncul. Dan suasana yang begitu dingin begini memang sesuai sekiranya membawa anak dan isteri meronda kawasan kampung. Maklumlah hari ni hari jumaat. Hari cuti. Hari untuk bersama keluarga tercinta.

Ok sambung cerita.

“Yang, jom jalan-jalan pusing kampung. Dah lama rasanya tak membonceng dengan ayang. Rasa nak berjiwa remaja jer hari ni. Jom yang”

“Nak pergi kemana bang? Ayang malas lahhh. Nak basuh kain, nak kemas rumah, nak mop lantai.” Balas si isteri dengan nada yang agak perlahan.

“Alahhhh. Kejap jer. Tak best la ayang tak ada. Abang tak suka jalan-jalan tak bawa ayang!! Tak apalah kalau macam tu” Aku mula menunjukkan sifat lelaki manja. Dengan muka sedih, aku muncungkan bibir mulut. Buat gaya merajuk lah kononnya. Haha.

“Yer lahhh… Yer lahhh. Emm susah dapat suami manja ni. Asyik-asyik nak berkepit jer. Ni makin sayang nihhh” Sebenarnya aku malas nak tunjukkan sifat lelaki manja ni. Tahu dah mesti menjadi punya. Mesti isteri cair punya.

Aku terus menuju ke dapur dengan membawa kunci motor. Si anak, senyum lebar jer lah. Sambil mengekori belakang aku. Bab naik motor, memang kegemaran dia lah. Kadang-kadang aku pun stress juga duk fikir. Apa yang seronok sangat naik motor? Emm budak-budak. Memang kadang-kadang tu susah juga aku nak fahami.

Tanpa berlengah lagi, aku letakkan anak aku dalam raga motosikal. Isteri duk belakang. Perghhh seronok rupanya isteri duk kat belakang. Baru tahu. Haha.

Setelah puas meronda-ronda, aku pun balik kerumah. Melalui jalan yang sungguh mendamaikan.

“Behenti!!! Berhenti!!! Berhenti!!!” Dahhh. Datang dari mana pula mamat sewel nih? Kat kampung ni sejak bila ada mamat sewel?

“Cepat keluarkan beg duit. Rantai tu buang cepat” Jenggggg. Aku kena rompak. Sebelum ni tak pernah lagi kena rompak macam ni. jantungku mula berdegup pantas. Kat tangan Mamat sewel tu ada sebilah parang. Entah mana dirembatnya parang tu. Nampak berkarat dan kelihatan agak tumpul.

Kami tak bawa dompet. Rantai ajer kami boleh berikan” Belum Sempat aku habiskan ayat aku, rantai dah kena tarik dari tekak isteri.

Dalam hati ni terdetik “Kalau lah aku superman, dah lama aku kerat 20 badan mamat sewel”

Aku cuba larikan diri. Aku tekan gear satu dan pulas minyak motor selaju yang boleh. Dannnn aku lagi tertekan apabila nampak mamat sewel pun pegang belakang isteri aku. Aku cuba pecut selaju yang boleh. Dahhhhh ada lagi sorang tetiba keluar didepan aku.

Dengan spontan, aku lakukan satu aksi yang belum pernah aku lakukan. Aksi willi. Alah aksi yang mat rempait buat tu. Entah macam mana rupa anak dan isteri aku masa tu. Mungkin diorang redha jer dengan apa yang aku lakukan. Walaupun dulu isteri aku memang selalu pesan, naik motor jangan rempit-rempit. Jangan pandai nak willi-willi. Tapi hari ni aku buatkan juga. Yer. Aku memang lelaki buas.

Tetiba…

“Bangggggggggg!!! Bangun makan nasi.” Cishhh bermimpi rupanya.

“Yer la. Yer laaaaa” Patutlah sirent berbunyi. Dah kol 10 pagi rupanya. Bahana tidur lepas subuh.

35 thoughts on “Hari Jumaat Yang Indah

    1. hafizul Post author

      Hehe..insyaAllah..tapi kalau bab novel rasanya belum ada kekuatan lagi..banyak part nak kena ambil tahu..kan bro..hehe..terima kasih yer sebab sudi komen..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge