Hari Raya Hari Untuk Bermaaf-Maafan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Macam mana hari raya rakan blogger sekalian? Adakah meriah? Adakah Suram? Adakah penuh dengan kejutan? Walau apa-apa pun suasana yang berlaku di hari raya ini, aku harap korang semua berbahagia meraikan hari yang mulia ini bersama keluarga dan sanak saudara tercinta.

Sinonim dengan hari raya adalah hari untuk kita bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Andai ada kelukaan yang terpahat dihati, ubatilah ia dengan satu kemaafan. Hanya memaafkan kesalahan orang lain sahaja yang dapat mengubati hati yang luka. Ibarat kata pujangga, buang yang keruh ambil yang jernih. Tak rugi andai hari yang mulia ini kita sinari dengan perasaan yang gembira dan saling mengukir senyuman sesama kita.

Sumber : Google

Sempena hari raya ini, banyak juga mesej ucapan yang dihantar. Termasuk lah rakan blogger, Yusri. Inilah kekuatan rangkaian blogger. Silaturahim yang terjalin berpaut kukuh sehingga ke hari ini. Hehe.

Tahun ni aku beraya bersama keluarga mertua. Sungguh meriah hari raya ini. Bak kata biras aku, ” Orang beraya makan rendang, makan lemang, makan ketupat, tapi kita ber BBQ”. Hehe. Seronok juga dapat berkumpul bersama setelah berpisah untuk sekian lama. Mertua aku senyum lebar jer. Haha.

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa… Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira… Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa… Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

p/s : Sekian entri ringkas di hari raya. Nak sambung penjelajahan menziarahi sanak saudara. Huhu. Selamat Hari Raya!!!

18 thoughts on “Hari Raya Hari Untuk Bermaaf-Maafan

    1. hafizul Post author

      Emm rajin memang rajin..tapi pikir ke jarah tu yang jadi malas nak drive..tambahan pula jalan tak berapa kenal..kan tak pasal makan buah langsat..huhuhu..

      Reply
  1. yusri

    selamat hari raya maaf zahir & batin boh…bereh gu walaupun raya tahun ni kita tak berkesempatan untuk berjumpa…insyaAllah akan diusahakan pada lain waktu…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge