Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat mulia. Bulan yang menuntut untuk kita melakukan amal kebaikan dengan sempurna. Dengan bersungguh-sungguh dan penuh rasa tanggungjawab sebagai seorang hamba diatas dunia yang sementara.

Bulan Ramadan juga merupakan bulan yang membebaskan diri kita daripada hasutan syaitan. Hasutan kearah kejahatan. Walaupun begitu, masih ada manusia yang berkelakuan jahat dibulan Ramadan.
Siapakah yang menjadi penghasut kearah kejahatan?
Apakah yang mendorong seseorang itu untuk melakukan perkara yang buruk, jahat lagi menyakitkan hati manusia yang lain?
Tiada sebab yang lain lagi dah. Diri sendiri yang punya angkara.

Suka sangat buat kejahatan. Apa yang aku hairan, bulan Ramadan inilah bulan yang taksub untuk melakukan kejahatan berbanding bulan-bulan sebelumnya. Kadang-kadang tu aku sendiri naik hairan memikirkan penyelesaian kepada masalah ni.
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh masyarakat sekeliling untuk mendidik manusia yang suka sangat melakukan kejahatan dibulan Puasa ni.
- Suka mencuri motosikal di perkarangan masjid.
- Suka sangat pecah rumah. Ambik itu, ambik ini. Sampaikan baju blazer aku pun kau kebas ekk.
- Suka makan dalam semak samun. Ditepian sungai dan dalam rumah yang tiada penghuni.
- Dan macam-macam lagi kejahatan yang dilakukan. Dan kejahatan itu ada nampak dengan mata yang kasar. Ada yang kena pakai teropong askar tu baru nampak.
Lagipun, bukannya korang tak tahu apa yang korang lakukan tu salah. Korang mesti tahu.
Kadang-kadang aku rasa agak kesian dengan korang yang berkelakuan jahat ni. Walaupun aku bukan sesiapa yang sewenang-wenangnya boleh menghukum korang, tapi aku tahu. Ada “something” yang akan korang tempuhi kelak. Just wait and see.
Sekarang korang bersuka ria dengan sepuas-puas hati. Berseronoklah dengan hasil kejahatan yang korang lakukan ni. Esok lusa, jangan nak menyesal pula. Dikesempatan yang ada ni, baik korang menyesal dengan bersungguh-sungguh.
Masih belum terlambat lagi untuk korang berubah menjadi orang yang baik. Ramadan tahun hadapan, jangan buat jahat macam ni yer.
Tahun lepas punya cerita ~~> Permulaan Ramadan yang menyedihkan.
Ramadan tahun depan, kita sama-sama ke masjid. Sama-sama solat terawih. Banyak kelebihan dan fadilatnya terawih yang dapat kita ambil. Boleh?
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
hati tersimpan rapi di dalam diri, kalau ada orang boleh baca baru ada rasa takut dalam hati.
Huhu..betul gak tu bro kan..hehe
kita sebagai sahabat, haruslah ingat mengingati tentang balasan Allah
Yup..betul tu bro..kalau tak, kita juga yang tersangkut sama..
hati siapa yang masih jahat tu..baik ngaku cepat..
Entah la banggg.. Sape lah punya kerja ni..
Betul, balik semula pada diri,
Kesimpulannya, jangan jahat dibulan ramadhan dan seterusnya. hehe 🙂
Hehe..bagi yang sedar dan ketahui ok la..yang menjadi masalah ni mereka yang susah nak sedarkan diri..hehe
Betul tu bro, masih belum terlambat kita berubah dan bertaubat selagi nyawa dikandung badan….
Huhu..terima kasih bro..tu la..harapnya kita sedar dan segera berubah..
susah nak cakap.. diri sendiri pun rasa macam masih jahat juga.. huhu
Hehe..jahat tak susahkan orang lain, tak sakitkan hati orang lain kira ok sikit bro..yang jahat ni dah terlampau dah ni..
kenapa jadi macam tu ye?
jahatnya tuh di sini…huhu
Huhu..tu la pasal..jahatnya disini..sakitnya di sana..haha
Hati manusia siapa yang tahu …… dah berkarat la tu
huhu..tu la pasal bro..entah la..rasa macam nak tembak2 aje diorang ni..
hihihi sabar bro ….
bulan puasa masa paling sesuai untuk bertaubat dan membersih hati..
Yup..setuju dengan apa yang bro katakan ni..rebutlah peluang ini dengan sebaik-baiknya..hehe
Betul tu..ada pernah dengar ustaz ceramah, kalau dalam bulan ramadhan pun kita still berbuat jahat maknanya syaitan sudah berjaya mendidik kita menjadi pengikutnya …
Huhu..inilah yang saya geruni..semoga hati semakin tabah dan semakin suci dari hati ke hati..hehe
syaitn takde tapi nafsu ada..sebab tu nak kena didik nafsu..
Yup..setuju dengan apa yang mak jemah katakan ni…hehe
nasfu semua tu.. masa puasa ni.. dua nafsu yg tidak dapat dikawal.. satu nafsu makan dan kedua nafsu tidur.. em.. ingatkan budak-budak jr yg x tahan posa.. yg dh tua2 pun ada juga… hu hu hu
Hahaha..orang tua dia ada kuasa membeli.. Asal tak leh tahan jer, boleh beli makanan.. Budak-budak ni, paling terik pun, minum air je la.. Hehe
nak berubah makan masa hanya Tuhan mampu gerakkan hati seseornag tu..
Yup..betul tu Suri..hehe..semoga dibukakan pintu hatinya…
betul, bulan puasa ni la mase paling bagus hisab diri…kalo bulan puasa asik buat dosa dan malas nak manfaatkan n tambah amal ibadan bulan lain lagila…
Huhu..elakkan lah buat sesuatu yang merugikan..ke gane?hehe
Betul.. time syaitan diikat tp manusia masih berkelakuan jahat.. sesungguhnya diri sendirilah yg salah. Takperlu tuduh hasutan syaitan dah
yup..betul sangat dah tu..tak yah ngada2 men tuduh2 macam tu..haha
Kadangkala bile difikirkan, bukan setakat syaitan yang jahat, tetapi apa yang ada dalam diri kite sebenarnya penuh dengan kejahatan.. Nauzubillah moga kite bukan menjadi manusia yang bertopengkan syaitan..
InsyaAllah..terima kasih diatas segala nasihat yang diberikan..berguna sangat..yang lalu biarlah berlalu..jadikan iktibar..bak kata pepatah..buang yang keruh ambil yang jernih..kan?