Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hidup mesti berani. Kehidupan sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Setiap hari, pelbagai cabaran dan dugaan yang baru mesti kita tempuhi. Oleh sebab itu, kehidupan zaman ini menuntut kita untuk hidup lebih berani. Berbeza dengan zaman mak ayah kita dulu. Memang mereka dilatih untuk menjadi berani. Zaman sekarang, zaman yang moden, kadang kala manusia lupa bahawa hidup itu mesti ada keberaniaan. Melihat kepada perkembangan dan tumbesaran si anak seharian, timbul pula rasa kebimbangan. Rasa gundah gulana dan sebagainya setiap kali memikirkan akan masa depan persekolahan si anak.
Kredit : Google Images
Sebagai ibu bapa yang perihatin dan cakna akan sifat keberanian si anak, beberapa langkah dan garis panduan telah diambil. Dalam artikel ini juga, aku akan menerangkan serba sedikit apa yang patut dan perlu ibu bapa lakukan agar sifat keberanian yang ada pada si anak tidak terbantut. Kadang kala, salah kita juga sebagai ibu bapa yang tidak pandai dalam mendidik anak-anak. Memang tidak dinafikan, perkara yang kita anggap remeh temeh tersebut yang akan membunuh sifat keberanian yang ada dalam diri anak-anak.
Sebagai ibu bapa juga, kita tak boleh mendidik anak-anak menjadi terlampau berani. Berani dalam segala hal dan berani dalam setiap perkara memang tidak wajar juga kan? Seelok-eloknya biarlah seimbang. Berani pada perkara yang menuntut keberanian dan takut pada perkara yang menuntut kepada ketakutan. Bukan apa, takut nanti kita sebagai ibu bapa ni akan menyesal suatu hari nanti. Keberanian yang terlampau kadang kala boleh menghilangkan sifat hormat menghormati yang ada dalam diri anak-anak.
Kredit : Ibu Ayah, Wazif Dah Bebas
Lebih malang lagi, jika sifat keberaniaan tersebut akan menguasai diri anak-anak. Bimbang nanti, kita selaku ibu dan ayah terkena sepak terajang anak-anak bila mereka dewasa kelak. Minta dijauhkan perkara buruk macam ni. Ok. Dibawah ini aku kongsikan beberapa perkara yang korang perlu ambil perhatian. Dan sekiranya ada yang tak kena, aku harap korang complain pada ruangan komen dibawah yer.
Hidup Mesti Berani
- Jangan sesekali takutkan si anak dengan perkara yang mereka takuti seperti bunyi guruh, bunyi kucing yang tengah gersang, bunyi hantu dan sebagainya lagi.
- Elak menggunakan ayat-ayat yang mengandungi unsur-unsur ketakutan apabila anak-anak sedang menunjukkan ragamnya. Sebagai contoh :-
“Adik menangis lagi, nanti ayah suruh hantu pocong ambik adik” - Jangan melarang anak-anak dari melakukan perkara yang mereka ingin lakukan. Sebaliknya kita jadilah pemerhati dan pemudah cara yang setia. Asal anak nak cuba panjat tangga rumah, kita pun kata :-
“Adikkkk jatuh tu. Tak yah nak pandai-pandai naik sendiri.” Lama kelamaan jika berterusan macam ni takut nanti sifat berdikari dan sifat berani yang ada pada si anak akan hilang. - Jangan ajarkan anak-anak pukul barang. Sebagai contohnya. Anak sedang bermain berdekatan dengan kerusi. Tetiba kepala dia terhantuk pada kerusi tersebut. Menangis. Lepas tu kita pun “Siapa kenak adik? Kerusi ni ke? Meh ayah pukul kerusi ni. Haaa dah menangis yer” Cara ini akan menuntut anak-anak untuk menjadi seorang yang suka memukul. Asal ada jer menda yang buat dia menangis, siap la menda tu. Kena pukul lah nanti. Haha.
- Jangan selalu mendedahkan anak-anak kepada serita hantu yang terdapat di kaca televisyen. Memang aku akui. Aku takut untuk melihat cerita hantu mahupun cerita seram. Kadang kala kalau nak keluar rumah pada lewat tengah malam, memang aku akan terbayang muka hantu sebijik macam dalam cerita hantu. Kadang kala bila aku duk di tempat yang sunyi, aku akan terbayang tangan berbulu menghampiri aku. Sangat seram. Jadi, untuk pengetahuan korang, aku memang takut untuk melihat cerita hantu.
Ok. Setakat ini sahaja mampu aku sampaikan untuk tatapan korang semua. Andai ada yang kurang, aku harap korang sudi kongsikan di halaman komen di bawah. Aku tahu memang susah nak jadi ayah yang baik. Memang susah nak jadi ayah yang berjaya mendidik anak-anak. Namun perkongsian sebegini memang wajar aku terbitkan. Mungkin ada yang akan aku perolehi melalui komen korang semua. Mungkin ada perkara yang patut aku lakukan lagi lepas ni. Artikel ini hanyalah sekadar cebisan dari pengalaman hidup sahaja. Harap korang semua terhibur.
yup, kene berani bagi pandangan.
Memang bernas pandangan yang En titan berikan..setiap pandangan yang diberikan membawa kesan yg mendalam..terima kasih..hehe
betul bos.. apa yang diajar oleh ibu bapa memainkan peranan utama dalam kehidupan anaknya.. :D. wew~
Hehe..terima kasih bro…
budak2 kecil nih memang senang tangkap apa yang kita buat pasti nak tiru…
Haha..memang betul tu PM..tu sebab jangan buat aksi pelik2 depan anak-anak..bahaya tuuuu..hehe
Betul,termasuk memberikan keberanian supaya tak takut pada jin.
Hehe..terima kasih bro…
wah…parenting tips lagi. Hehe.. tahniah Hafizul. Apa yg tertera tu memang betul … keberanian yg membawa kepada sifat2 positif memang perlu. As a parent ada masanya tak boleh terlalu bersifat protective sgt, nanti anak2 ni jd ‘lemau’ pula 😛
Hehe..setuju dengan pendapat akak ni..terima kasih kongsikan hehehe
Berani pun kena ada hadnya kot? 😀
Ha ah..betul lah tu..hehe
berani menegakkan kebenaran, kdg2 terlalu risaukan ank2 smpi nakkan semuanya duduk dlm rumah tanpa bermain di luar
Emm memang tak leh lari dah tu aju..saya pun ada juga sikap macam tu..tapi fikir balik, tak kan selamanya nak biarkan anak-anak macam ni..hahaha
Saya cuba ajarkan pada anak-anak mana yang betul, mana yang yang salah. Kemudian ajar mereka berani buat perkara betul dan berani tinggalkan yang salah walaupun majoriti mengatakan sebaliknya…
Hehe..betul tu tu bro..satu tindakan yang baik untuk proses tumbesaran dan proses pembelajaran anak-anak..hehe
Ada sesetengah bahagian, kita kena biarkan anak2 settle sendiri apa yang dia buat..proses pembelajaran..
Betul tu bro..kita boleh perhatikan jer mana yang salah kita betulkan..hehe
skang ni, anak aku yang suka ngusik-ngusik aku kata ada hantu. camna lak tu 🙂 Pengaruh tv la ni.
Haha..oengaruh TV lah tu..ada ke patut usik ayah nya pula..hahaha
Aku pun takut jugak tengok cerita hantu 🙁
Haha..sama lah kite…
tanpa keberani memang takkan kemana. terbaiklah kalau berani untuk gagal…
Hehe..terima kasih DH..berani untuk gagal memang disarankan jika mahu berjaya..tak gitu?hehe
wah.. bagus info ini utk persediaan akan datang..
Hehe..terima kasih bro..
yeah berani berani utk berubah dan mencuba benda baru.. aku rasa ramai blogger tak berani lagi utk melabur utk memajukan diri dlm blogging
Hehe..betul tu bro..memang begini kot pandangan masyarakat kita..hehe
Berani pasti hidup 😉
Haha..betul tu Auc..
setuju dengan tips2 yng bro kasi tu
Terima kasih bro..hehe
dulu2 kita ditakutkan sebagai kawalan sosial cam hantu lah, penculik lah
ada benda kena takut juga cam benda2 yg bahaya.. cam jalan2 sorang.. tempat2 berisiko 🙂
Hehe..betul tu Sop..bab macam tu memang kita kena take care juga…
Budak budak jd takut kerana didikan yang salah. Tak patut gtu kan.
Memang doh..nanti ada anak,didik baik2 yer..haha
ha itu la.. target nak 7 anak.. kena didik betul betul.. nak bagi berani punya
Haha..7 jer??kasi up la sikit DT…haha..insyaAllah anak DT berani mcm DT juga nanti..aminnn
Bila kita didik diorang untuk berani, diorang akan berdikari nanti 😀
Emm setuju..salah satu harapan saya untuk anak..pandai berdikari…hehe
yang cerita hantu tu..sangat bagi kesan terutamnya budak-budak..kesan jangka masa panjang.
Emm setuju..like me..haha..sampai sekarang masih belum ada keberanian yang menebal untuk tngok citer hantu..haha
kena tunjuk berani bro walaupun takut..hehe
Hehe..betul tu..terima kasih bro..memang prang tua kata pun mcm tu gak..hehe
ya betul tu tuan. Hidup ini mesti berani….
Hehe..terima kasih bro..
meluntur buluh biarlah dari rebungnya.. eh ada kaitan ta? hehe gua pun dah menunjukkan keberanian dengan rebrand balik blog gua under new domain 🙂
Hehe..tahniah der..haha..emm ada lah juga kaitannya..sipi2..hahaha
kita sebenarnya kena berani betul – betul bukan 50-50
Hehe..betul tu bro..tapi kena simpan gak takut tu..ke gane bro?betul dop saya oyat ni?haha
jangan hanya berani merempit
huhu
Ya betul.. Hidup mesti berani… Kita perlu berani dalam segalanya.. Berani membuat keputusan, berani bertanggungjawab, berani memandu kereta, berani takle awak untuk dijadikan isteri, dan bermacam-macam berani lagi…
Bro, salah tu..bro tak boleh nak tackle saya…sebab saya ni lelaki…haha..apa-apa pun terima kasih..komen yang menarik..hehe
its a simple thing… berani mean BERJAYA..
Hehe..terima kasih bro..
jangan takutkan mereka..keinginan.percubaan..tgok mereka dari jauh itu cukup memadai
Hehe..betul tu Suri..terima kasih atas perkongsian ini..hehe
hidup memang harus berani termasuk berani untuk gagal
Hehe..terima kasih bro..
Setuju dengan pendapat. Berani pada perkara yang menuntut keberanian dan takut pada perkara yang menuntut ketakutan. Terima kasih kerana mengingatkan 🙂
Hehe..betul tu..terima kasih bro..