Hina Sangat Ke Lalat Dalam Kehidupan Seharian?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hina sangat ke lalat dalam kehidupan seharian? Lalat merupakan sejenis serangga yang sentiasa menjadi buruan setiap kali ia singgah di atas makanan yang terhidang. Sejarah telah membuktikan bahawasanya kehadiran lalat dalam kehidupan seharian kita sangatlah unik. Tak semua serangga terbang yang mempunyai kelebihan sepertimana lalat miliki.

lalat dalam kehidupan seharian

Kredit : Google Images

Lalat dalam kehidupan seharian terbahagi kepada beberapa jenis. Antaranya yang biasa kita ketahui adalah lalat rumah dan lalat hijau. Lalat rumah dan lalat hijau ni senang sahaja untuk dibezakan. Lalat hijau ataupun bahasa orang puteh adalah greenbottle fly, merupakan sejenis serangga yang mempunyai badan lebih besar dari lalat rumah. Badan yang berwarna hijau berkilat, dan bunyinya yang berdengung-dengung memudahkan kita untuk mengenalinya.

Manakala lalat rumah pula orang puteh panggil Musca Domestica. Lalat rumah ni hampir 80% ada di sekeliling kehidupan manusia. Walaupun persekitaran yang bersih, lalat rumah tetap ada. Tetap setia untuk merasa setiap hidangan yang korang sajikan. Berbeza dengan lalat hijau yang hanya suka pada bau yang busuk seperti perut ayam, ikan, paling lalat ni suka bau petai jeruk. Haha.

Cara makan serangga ni lebih kurang sama sahaja. Lalat makan dengan belalainya. Muntah air liur yang dikeluarkan akan diserap kembali dengan menggunakan belalainya. Kalau buat perumpamaan pun rasanya boleh. Bagaikan lalat menghisap air liur sendiri. Ok tak perumpamaan macam tu? Pada sayap lalat terdapat gen refilin yang mana gen ini berfungsi pada penyebaran penyakit dan kesihatan. Biasanya orang kata, sebelah sayap tu racun. sebelah sayap lagi penawarnya.

Pesan Rasulullah…

“Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.”

Hadis Riwayat Bukhari

Walaupun lalat hidup dalam persekitaran yang kotor, namun ia telah membekalkan penawar untuk setiap kekotoran yang ada pada tubuhnya. Jangka hidup lalat pun tak lama. Paling lama setahun dan paling singkat enam bulan sahaja. Lalat sukar untuk didekati. Cara membunuh lalat secara tradisinya hanya menggunakan sebatang lidi sahaja. Kehadiran lalat dalam kehidupan kita seharian kadang kala terasa juga terganggu dan tak selesa. Terutama masa makan dan masa hendak tidur di siang hari.

Ok. Sekian sahaja info hari ni berkenaan dengan lalat. Lalat memang berani sangat. Sekali halau sekali lari. Tak sampai seminit, datang balik. Kadang-kadang tu, boleh hilang sifat sabar ni. Baik mati daripada terus hidup. Dannn sebatang lidi singgah untuk menamatkan riwayat sang lalat. Hebat juga lalat ni kan. Tinggalkan kesan pada manusia sampaikan manusia dapat kecantikan dek tempias lalat ni. Apa tu? Tahi lalat lah. Apa lagi.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur.

57 thoughts on “Hina Sangat Ke Lalat Dalam Kehidupan Seharian?

  1. hafizmd

    Lalat ni kalau dah banyak, ingat masa duduk hostel dulu. Habis makanan kena “peng” ngan lalat….hohoho

    lalat oh lalat…kitaran dia penting dalam tentukan masa kematian <– kesan tgk cerita CSI byk sangat…hahaha

    "Cara makan serangga ni lebih kurang sama sahaja" <– ingat nak tunjuk resepi lalat tadi….aduyai…..keh3

    thanks boh utk kelas haiwan hari ni =)
    hafizmd recently posted..Dengarlah Rintihan Si BeronggaMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Emm ada baiknya juga bro tengok citer macam tu..ilmu pengetahuan am belake tuh..hehe..emm makanan kena peng lalat biasanya saya buang lalu..tak ada selera dah nak makan..masa kat asrama dulu, lalat memang banyak..entah lahhh mujur tak keracunan aje..hehe..sama-sama bro..

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..betul tu sop..kadang2 ada yang degil, saya pukul ngn lidi jer..confirm mati lah..kalau boleh makanan tu sentiasa lah bertudung kemas selalu..kan Sop..hehe..

      Reply
  2. Cikgu Hairul

    Lalat dipandang hina sebab dia suka kat benda-benda kotor. Langau pulak sejenis lalat yang berdengung sambil menghurung najis. Kan sifat-sifat ni bila diumpamakan kepada manusia sangatlah buruk rupanya. Bukan salah ibu lalat bertelur..
    Cikgu Hairul recently posted..Rileks Zone Bersama OgawaMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..terima kasih cikgu..mendalam apa yang cikgu katakan ni..hehe..ibu lalat memnag tak salah..kita yang slah kan biarkan kawasan sekeliling kotor dan tak bersih..bila dapat penyakit baru nak menyesal..hehe

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..betul tu kak..cegah sebelum mendapat apa-apa musibah yang kurang baik disebabkan lalat..lalat hadir pun sebab kita gok tak menjaga kebersihan kawasan sekeliling..

      Reply
  3. azwan

    lalat ni vektor penyakit. sila tutup makanan anda dari terdedah. kalau lalat hinggap boleh dapat penyakit.

    pernah nampka kat satu kedai makan tu. makanannya ada telur lalat. selamba je dia buang telur lalat tu and jual macam biasa
    azwan recently posted..Main Tembak Sekarang Ini !My Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Haha..kalau macam tu memang kena mark dah la kedai tu untuk persinggahan kali terakhir..tak logik langsung penjual tu kan..emm apa boleh buat bila dah giler duit mcm tu lahhh..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge