How To Change Nickname In Website Alexa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Keadaan pondok kecil semakin hari semakin parah. Ditambah pula dengan masalah talian internet di rumah, cukup-cukup memberi tamparan yang hebat. Dalam minggu ni, aku langsung tak dapat mengakses internet di rumah. Talian internet menggunakan Celcom Broadband amat mengecewakan sekarang ini. Langsung tiada liputan 3G. Bukan broadband sahaja yang mengalami masalah seperti ni. Di telefon bimbit juga liputan 3G tidak dapat diakses.

sepetang bersama blogger

Aku pakai iphone 5? Ehh tak ada la. Aku pakai telefon nokia jer, E71. Dah dicampak beberapa kali oleh anak tersayang, namun masih bertahan. Masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan lagi.

Dah tu iphone 5 mana nya? Ini soalan yang betul-betul mengecewakan. Haha. Iphone 5 tu orang lain dah kebas. Diorang lagi layak. Nak baca artikel berkaitan dengan Majlis Sepetang Bersama Blogger, sila terjah laman rakan blogger, Denaihati, Earncent, Akubiomed dan banyak lagi. Malas aku nak ulas panjang-panjang. Kecewa tak dapat menghadirkan diri ke majlis tu pun masih terasa lagi. Haha. Kalau rasa nak tengok siapa pemenang iphone5, klik jer artikel yang bertajuk Sehari di #SBB2013 yang Sungguh Hensem & Anggun!

Selepas membaca artikel dalam blog rakan blogger, ada sesuatu yang boleh diambil pengajaran. Dalam riang ria majlis tersebut, ada juga sedikit duka. Semua yang hadir tak mengharap hadiah kan? Korang pergi semata-mata nak cari ilmu. Mungkin banyak ilmu yang dapat korang sedut. Untung la pada mereka yang punyai sikap peramah dan bukan pemalu. Haha. Aku tahu aku belum ada kekuatan untuk hadapi semua ni.

Terima kasih pada mereka yang sudi upload gambar sekitar majlis tersebut. Dari tak kenal, jadi kenal. Tambahan pula ada sorang rakan blogger tu, aku sangat-sangatlah nak tengok rupa dia macam mana. Akhirnya aku dapat tatap juga wajah beliau. Aku tak boleh terangkan kat sini siapa yang aku maksudkan tu. Mungkin ada pihak yang tak suka nanti. Jadi, biarlah rahsia. Janji aku dah kenal siapakah insan bertuah tu. Comfirm jumpa kat mana-mana mesti aku tengur punya. Haha.

Berkenaan dengan tajuk, Kekasih Hati Alexa Tak Pernah Mengecewakan, itu hanyalah tajuk semata-mata. Isi dalamnya sikit sahaja. Sejak kelmarin lagi aku cari jalan penyelesaian dalam Google. Macam mana cara nak tukar nickname di halaman Alexa. Ada juga cuba kot Bahasa Inggeris. How to change nickname in website Alexa. Langsung tak jumpa jalan penyelesaian. Tetiba terdetik dihati untuk mengutuskan surat cinta pada Alexa sendiri.

how to change nickname in website Alexa

Maaf aku terpaksa selindungkan nickname aku tu. Konon nya nak privasi la kot. Haha.

Rupanya senang sahaja caranya. Suruh pihak Alexa yang tukarkan. Kecewa semalam kerana terpaksa menghabiskan banyak masa semata-mata mencari perkara yang sia-sia. Kalau aku tahu awal-awal, dah lama aku utuskan surat cinta pada kekasih hati Alexa. No waste time any more. Haha. Betul ke tidak penggunaan Bahasa Inggeris aku tu? Janji korang faham, itu dah cukup bermakna bagi aku. Satu pencapaian yang amat membanggakan. Hahaha.

Pada mereka yang sekarang ini sudah memiliki iphone 5, ipad mini, basikal cute dan segala hadiah lagi sempena majlis tu, aku ucapkan tahniah. Selamat melayari dan menerokai menda tu semua. Yang tak pergi tengok aje lah. Hahaha. Aku terpaksa bahagikan masa sekarang ni. Maklumlah kena curi sikit masa kat pejabat untuk update blog. Harap tiada yang kesah. Haha.

p/s : Alamak, bos sms. ” Sila ke bilik saya, sekarang. Tq. “.

47 thoughts on “How To Change Nickname In Website Alexa”

      1. sy tak berpelung blj je pergi sorng tapi sy ras abaik pergi bedua sama dia.btw hari tu byk tempat nak pergi dan ada gak mjlis ulangtahun abg saya jadi tak sampai hti tka pergi nnti huhu…

        tunggulah akan ada masa yg sesuai sy akan pergi gak suatu hri nnti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *