Hujan… Satu Rahmat Dan Musibah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hujan merupakan satu rahmat yang diturunkan Ilahi kepada seluruh kehidupan di bumi agar salah satu keperluan asas untuk hidup dapat diteruskan. Apakah yang bakal menimpa makhluk di bumi jika Allah tidak menurunkan hujan? Setahun, dua tahun ataupun bertahun-tahun lamanya?

Sekadar hiasan : Google images

Sekadar hiasan : Google images

Tunggu punya tunggu, hujan tak turun-turun….

Alhamdulillah. Sehingga kini keperluan asas untuk hidup seperti “AIR” masih dapat dinikmati oleh seluruh kehidupan di bumi khasnya di Malaysia.

Penghujung tahun ataupun permulaan tahun, masyarakat di Pantai Timur akan berhadapan dengan situasi banjir. Adakah ia satu nikmat ataupun musibah?

Lain orang lain pandangannya. Bak kata pepatah, lain padang lain pula belalangnya. Betul tak? Bagi aku, ianya satu rahmat. Dan ianya juga satu musibah.

Rahmat apabila :-

  1. Dapat memenuhkan air dalam takungan untuk kegunaan masyarakat setempat. Salah satunya Empangan yang dibuat khas untuk menyalurkan air kepada petani mahupun pesawah.
  2. Anak-anak kecil yang berada di kawasan banjir dapat menikmati masa riang rianya dengan melakukan aktiviti skuba di dalam sawah padi, parit-parit kecil, longkang-longkang dan sebagainya yang mana tempat tersebut tidak membahayakan nyawa mereka sendiri.
  3. Muhasabah diri supaya mengenal erti belas ehsan dan lebih bersikap prihatin dengan masyarakat yang terlibat dengan musibah banjir.
Skuba dalam baruh padi...

Skuba korang ekkk…

Musibah apabila :-

  1. Rumah dinaiki air. Terpaksa mengorbankan masa tidur semata-mata untuk memastikan ahli keluarga dan harta benda selamat daripada banjir.
  2. Terpaksa menangung kos yang tinggi untuk menjadikan suasana rumah kembali seperti sediakala sebagaimana sebelum berlakunya banjir.
  3. Ternakan mati. Tanaman rosak. Dan sebagainya lagi akibat banjir.
  4. Dan macam-macam hal lagi.

Dan….

Setiap yang berlaku, akan pasti ada sebabnya. Pasti akan ada hikmahnya. Musibah yang diberikan adalah sebagai peringatan untuk kita tidak terleka dengan nikmat hidup di dunia semata-mata tanpa mempersiapkan bekal untuk kehidupan dihari esoknya.

Janganlah kita mudah berputus asa dengan apa jua musibah yang melanda. Dan jangan sesekali kita membezakan dan mempertikai nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada setiap hambanya.

Sabar dalam menempuh apa jua musibah yang melanda. Pasti ada hikmahnya yang tak mampu kita berteka-teki dengan fikiran sendiri.

Dan jangan pelik kiranya ini pertama kali dalam hidup, kita menjadi mangsa banjir. Jangan pelik. Mesti ada sebab kenapa jadi lagu tu.

Gambar : Sinar Harian Online

Gambar : Sinar Harian Online

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

10 thoughts on “Hujan… Satu Rahmat Dan Musibah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge